Korang tau tak ada tempat makanan ikan bakar yang power dan sedap di Cyberjaya? Kami Makan Di Bawal Power Sempoi Cyberjaya baru-baru ni sebab nak foodhunt kat sini. Ye lah tempat ni memang popular dikalangan warga Cyberjaya dan kawasan lain juga. Puas hati Makan Di Bawal Power Sempoi Cyberjaya sebab harga berpatutan, sedap dan fresh. Tapi korang kena sanggup beratur ya.. Tak lama, dalam kes mama around 40 minit juga lah beratur.
Ini lah menu yang kami order. Alang-alang dah sampai sini nak lah merasa lauk-lauk yang ada kan,,
Ini antara menu glemer kat sini. Sotong bakar. Sotong ni size dia memang besar. Puas hati makan. Cuma agak liat sikit kalau gigi tak berapa nak kuat korang ambil ikan bakar je la ye..
Ni yang mama cakap.. kena beratur.
Antara pilihan menu di sini. Korang boleh pilih sendiri sotong, ikan dan makanan laut. Takde timbang-timbang, semua sama harga. So, kalau nak untung korang pilih lah yang besar-besar saiznya ye.
Makanan semua masak kat sini. Sotong sedang di bakar tu.. tengok gambar je pun dah rasa lapar balik hihi..
Ikan pari bakar dan sotong bakar. Harga sotong bakar adalah RM15 set. Setiap set ada nasi, ulam dan sambal pilihan kita. Ulam dan sambal belacan ambil lah banyak mana, FREE aje u ols.
Ikan caru bakar.
Sotong goreng tepung. Not bad jugalah walaupun sotong dia agak liat, Menu kegemaran Syafi ni.
Antara ulaman yang mama ambil
Nasi, sambal kicap dan kuah kari ni memang di letak dalam sepinggan macam ni. Sambal kicap sedap juga.
Kalau nak ke sini jangan risau tentang parking kerana parking memang banyak. Selain dari menu yang mama order, ada juga set ikan bawal, ikan keli, ikan siakap dan ikan talapia. Menu memang bakar-bakar dan goreng-goreng aje tapi bila makan dengan nasi panas memang terangkap you.. Harga satu set bermula dari RM8. Murah aje kan..
So, kepada sesiapa yang belum merasa Bawal Power Sempoi Cyberjaya ni boleh ke alamat berikut;
Bawal Power Sempoi Cyberjaya
Alamat: TSI Sport Arena Food Court, Jalan Usahawan 2,
Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor
Hari perniagaan:
Setiap hari kecuali Ahad Tutup
Waktu perniagaan: 10:30PG–4:30PTG
Tags
FOOD
Menggodanya sotong bakar.
ReplyDeleteSedapnyaa sotong tuuu. Seksi sangat :p
ReplyDeleteSedapnya Adda.. lapar tengok gambar. Rasa teringin nak pergi cuba lah nanti..
ReplyDeletenyesal tgk petang2 ni, trs rasa nk mkn mcm2 buka nnti hahahha...
ReplyDeletemengoda nya sutun tu kak...alahai
nsb baik ujung minggu ni nk pi terengganu, blh dpt sutun sekor gitu jgk ni... kene cari nih
save...nampak menarik ni
ReplyDeletesdapnya sotong tu..:)
ReplyDeleteAda tgk org share kt Fb . Blum sempat try lg
ReplyDeleteHaha sorilah kalau mama buat org ngences.. to recommended pergi lah try
ReplyDeleteAlahai si sotong bakar tu.. Seksi bebenor.. menggoda mulut betul.. hahaha
ReplyDelete