Kami bercuti ke Langkawi bulan lepas Dan tentunya Kami tak lepaskan peluang untuk Pergi Underwater World Langkawi. Pergi Underwater World Langkawi ni memang no 1 Dalam senarai tempat Yang Kami nak pergi sebab Tu lah mama awal-awal dah beli tiket melalui Fave. Dapat jugalah harga diskaun walaupun hanya beberapa ringgit. Jadilah Kan boleh juga berjimat.. duit Tu boleh guna untuk beli Coklat banyak2 heee..
Baca juga travelog mama ke Pulau Langkawi
- Lunch Di Warung Janggus Langkawi
- Pergi Underwater World Langkawi
- Landcons Hotel Langkawi
- Dinner Di Janggus Seafood Restaurant Cenang Langkawi
- Pergi Wildlife Park Langkawi
- Shopping Coklat dan Makan Pasembor Ahmad Top Langkawi Di Kompleks Haji Ismail Group
- Pergi Kota Mahsuri Langkawi
- Makan Di Rasa Warisan Langkawi
- Melihat Minyak Gamat diproses di Nusantara Maju Langkawi
- Pergi ke Muzium Laman Padi Langkawi
- Makan Di Kak Yan Nasi Campur Langkawi Murah Dan Sedap
Pandangan Dari hadapan Underwater World Langkawi. Tempat terletak betul2 seberang jalan hotel kitaorang http://www.mamapipie.com/2018/10/landcons-hotel-langkawi.html
Sesiapa Yang nak ke sini mama syorkan korang attend feeding time Di Underwater World Langkawi.. make sure korang pergi tengok semua feeding time ni tau. Memang puas hati. Kalau nak tengok video feeding time boleh visit youtube channel mama atau satgi mama letak di bawah ye..
Feeding di tunnel Tank. Comel aje ikan-ikan ni makan especially ikan pari. Bersuap makan tau.. Manja kan..
Feeding african penguine.. ni first time mama tengok penguin yang banyak dalam satu tempat. Semuanya aktif belaka. Memang terasa cam ada kat antartika la pula hihii.. Ada satu lagi feeding penguins rock hopper pun menarik sangat.. South Africa Fur Seal pun comelnaje feeding dia.. jinak sangat
Underwater World Langkawi ni terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Hutan Hujan Tropika, Iklim Sederhana dan Sub-Antartika. Ini bahagian taman dia
Banyak akuarium kecil Yang Kita boleh tengok hidupan laut yg rare contoh seperti garden eel Di atas.. Ada juga ketam japanese yang besar sangat.. first time mama tengok
Info berkenaan fossil, zaman dinasour dan hidupan laut lain boleh dilihat di galeri di situ.. banyak fakta menarik yang kita boleh dapati kat sana
Kat sini kita juga boleh bergambar dengan gambar 3D secara percuma di tingkat atas sebelum galeri..
Ada beberapa gambar saje tapi jadilah kan suka anak mama bergambar kat sini
Ada juga lost world tunnel dan tayangan 4D typoon Pavilion. Nak masuk sini kena bayar RM36 dewasa Dan RM24 Kanak-kanak.. Pada pendapat mama tak payahlah masuk sini. tak berbaloi hihi.. mama dengan syafi sesat dalam tunnel tu kepala asyik terhantuk cermin aje.. Ayah Syafi pula asyik main nyorok2 dengan kitaorang.. stress haha!!
Typhoon Pavilion tu pula rupanya kena berdiri dan berpaut terasa seperti Dalam suasana taufan Dan puting beliung. Awas kalau masuk sini confirm basah sebab Tu baju hujan diberi free. Sakit juga pinggang mama dibuatnya. Ini adalah pendapat mama saja tapi kalau korang nak merasakan pengalaman rare ni apa salahnya..
Kesimpulannya kami memang seronok berada di sini.. Kepada sesiapa yang nak pergi mama highly rekemen ye
Tiket Underwater World Langkawi
Dewasa - Warganegara RM36, Pelancong Asing RM46Kanak-Kanak - Warganegara RM26, Pelancong Asing RM36 Jalan
Alamat Underwater World Langkawi
Pantai Chenang, 07000 Langkawi, KedahWaktu perniagaan: Dibuka setiap hari dari 10:00PG–6:00PTG
No Telefon: 04-955 6100
Video Feeding Di Langkawi Underwater World
African Fur Seal
African Penguins
Rockhopper Penguins
Tunnel Tank
Mmg best. Dah beberapa kali pi, si kembar suka sangat
ReplyDeletesuka anak- anak tengok binatang depan mata.
ReplyDeleteaida x pernah lagi masuk sini.
ReplyDeletesebab mcm lebih suka jenjalan kat shopping mall sebelah tu hi hi hi hi...
masa tu, kursus.
ramai member masuk tau underwater world ni.
aida sekumpulan heboh la shopping hu hu hu hu :)
wah..bestnya..:)
ReplyDeleteHa'ah mmg best masuk kat sini..kalau bawak bebudak mmg sesuai sangat.. Sambil tengok sambil mengenal haiwan...
ReplyDeletebestnye. langkawi pun ray x penah jejak lg
ReplyDeletearitu pi langkawi tak singgah sini sbb anak kecik lg. tunggu depa bsr nak bawa masuk dlm ni nt
ReplyDeletetak blh bukak lak video akak kt pc nih... huhuhu kt opis ni banyak yg kene block, nti try bukak kt hp lak... msti comei kn aksi binatang2 tuh
ReplyDeletebila lah nk jl2 langkawi nih... kene tunggu papa aiyan free betul2 lah... klu tak cuti dekat2 je lah jwb nya
Comelnya garden eel tu.. Kikiki.. Kalau bawa Amani ngn Imani nie mesti mereka teruja..
ReplyDeleteSeumur hidup baru sekali pergi. Mula2 buka dulU.
ReplyDeleteSuka tengok yang garden eel tu comel macam dalam cartoon.
ReplyDelete