Di Kala Rindu Semakin Menghebat Kau Hadirkan Mereka Di Dalam Mimpi

Alhamdulillah syukur ya Allah.. Di Kala Rindu Semakin Menghebat Kau Hadirkan Mereka Di Dalam Mimpi. Sebenarnya mama ambil risiko buat post ni sebab confirm ia akan membuatkan mama tersangat sedih dan kebanjiran air mata.

Walau berapa lama pun mereka meninggalkan mama tapi kenangan Dan pengorbanan arwah mak dan ayah tetap subur sehingga kini.

Alhamdulillah Allah Hadirkan Mereka di dalam mimpi maka terubatlah sedikit kerinduan. Semoga arwah mak Dan ayah sentiasa Di dalam jagaan Allah Di Sana. Mama sangat bersyukur dikurniakan mak dan ayah yang sangat meyayangi kami adik beradik dan banyak berkorban intuk kami.

Arwah mak cuma sempat merasa cucu sorang ni saja. Sekarang cucu dah 3 orang dah. Meninggalkan kami pada tahun 2015 Yang membuatkan mama sangat down sehingga berhenti berblog selama 2 tahun. 

Arwah ayah Yang dulunya seorang tentera berpangkat sarjan. Baru saja 7 bulan meninggalkan Kami. Boleh tahan garang walaupun semasa mudanya tak banyak cakap. Tapi bila sound sekali terus ngeri campur insaf. Tak perlu pukul anak cuma bercakap ala sarjan pun dah bertempiaran  lari anak2 takut.. Siapa sangka apabila usia menjelang senja arwah menjadi sangat cool dan kuat bergurau.

Baju Raya arwah mak yang tak sempat dipakai semasa Raya tahun 2014 sebab dia kena stroke seminggu sebelum Raya. Di kalangan adik beradik tiada siapa Yang sampai Hati nak ambil Dan pakai baju ni. 

Sebenarnya banyak lagi mama nak coretkan  Di sini tapi tak mampu dah nak menulis. Mungkin Hari lain bila mama kuat. Karang balik office Mata bengkak siapa nak jawab. Rindu sangat pada keduanya. Sekarang hanya doa dan amal soleh saja yang boleh bantu mereka Di Sana.

Pesanan kepada semua Masih Ada ibu Dan bapa Di luar Sana, hargailah ibu Dan bapa Kita Selagi mana mereka Masih bernafas. Sesungguhnya perjalanan Kita Di dunia ini sangat singkat. Bila-bila masa semua Yang Kita Ada Akan diambil semula Oleh Nya..

Jom sama-sama Kita muhasabah..



Berbuat Baiklah Kepada Ibu Bapa


Sejauh mana agaknya usaha yang kita telah lakukan untuk berbakti serta menyantuni kedua ibu bapa kita? Hebat mana sekalipun usaha usaha menyantuni mereka itu, ia tetap tidak akan pernah memadai pengorbanan pengorbanan yang telah mereka lakukan untuk membesarkan kita.


Justeru, sebagai seorang anak, hendaklah kita terus berusaha sehabis baik untuk menyantuni kedua ibu bapa kita kerana ia adalah diantara tuntutan utama di dalam agama.


Membelek beberapa kisah yang terkandung di dalam buku BIRR AL-WALIDAYN (Bakti kepada Ayah & Ibu) ini ternyata membuat saya sedar lalu memikirkan betapa jauhnya diri ini untuk menyaingi orang orang soleh terdahulu menyantuni dan berbakti kepada ibu dan bapa mereka.


Uthman bin Affan mengatakan "sejak aku memeluk Islam, aku tidak pernah berani bertentang mata dengan ibuku"


Harithah bin Nu'man sentiasa menyikat rambut ibunya, menyuapkan makanan ke mulut ibunya dengan tangannya sendiri, dan jika ibunya menuturkan sesuatu yang tidak difahaminya, beliau tidak sesekali menyoal balas ibunya, sebaliknya akan bertanya kepada orang yang berada disisi ibunya sesudah keluar dari rumah ibunya "Apa yang ibuku katakan tadi?"


Ali Zayn al-Abidin bin al-Husayn bin Ali bin Abu Talib tidak pernah makan bersama sama ibunya. Walhal dialah anak yang paling banyak berbakti kepada ibunya. Apabila ditanya mengenai sebab perlakuannya itu, dia menjawab "Aku khuatir jika aku makan bersama ibuku, aku termakan mana mana makanan yang terlebih dahulu dipandang (diingini) oleh ibuku, maka aku dengan itu telah menderhaka kepadanya".


Muhammad bin Sirin pada tiap kali melawat ibunya, dia tidak pernah bertutur dengan sepenuh mulutnya, dek terlalu hormatkan ibunya itu.


Ini adalah sebahagian sahaja daripada kisah kisah yang telah ditulis oleh pengarang di dalam kitabnya ini.

Begitulah tugas sebagai seorang anak, wajib menyantuni kedua ibu bapa yang melahir dan membesarkannya. Agama amat menekankan perintah berbuat baik kepada ibu bapa ini.


Seperti firman Allah yang bermaksud ;

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa"

(Surah Al Isra' 21)

Cubalah perhatikan bagaimana pula kita menyantuni kedua ibu bapa kita. Apakah telah dilunakkan suara ketika bercakap dengan mereka? Apakah telah diketepikan gadget gadget ditangan ketika bersama mereka?

Apakah telah dikerahkan sendi sendi dibadan untuk membantu mereka?

Ataukah kita tergolong dari kalangan mereka yang tidak mahu menyantuni ibu bapa? Ataukah ibu bapa dijadikan orang suruhan?

Jangan demikian! Kelak Allah akan membalas dengan azab secara "cash" jika kita tega untuk menderhakai ibu bapa.

Jika ibu dan bapa masih hidup, sayangi dan santunilah mereka dengan sebaik baiknya kerana merekalah "lubuk" untuk meraih pahala dan keredhaan Allah.

Jika mereka telah dahulu pergi meninggalkan kita, masih ada peluang untuk kita berbakti kepada mereka dengan memperbanyakkan doa dan bersedekah untuk mereka. Wallahu'alam.


Sumber: Tazkirah ringkas

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

14 Comments

Words of wisdom

  1. Allahuakhbar. Menitis air mata tanpa sedar. Semoga roh mereka semua ditempatkan di kalangan orang yg dirahmati Allah Taala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin yrba.. setiap org Akan merasa perasan ni umi Kan.. ini adalah metafora kehidupan

      Delete
  2. sedihnya mama...alfatihah untuk mereka semua..😥

    ReplyDelete
  3. Saya selalu juga mimpi bertemuvarwah mak dan ayah. Mujur semua mimpi baik2 saja. Sampai la ni masih terkilan bila ingat arwah pak teringin sangat nak ada cucu tapi tak kesampaian sampai keakhir hayat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mimpi Yang bagus2 semoga keadaan mereka pun bagus2 Di Sana ye kak.. kalau difikir2 mesti Ada aje yg buat Rasa terkilan spt arwah ayah saya mmg betul2 teringin nak menunaikan Haji Dan tahun ni adalah panggilan Haji untuknya tapi tak kesampaian.. alfatihah buat mereka yg telah pergi

      Delete
  4. Replies
    1. TQ Pak.. iya itu my parents Dan adik2 saya. Yg didukung Tu Syafi Yang tak reti duduk siap masa kecil

      Delete
  5. Al Fatihah Moga awrah tenang di sana, touching tau entri ni... sob sob sob

    ReplyDelete
  6. tersentuh hati Sha.. Bertuahnya akak didatangi mimpi..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post