Jeruk Madu Pak Ali Wajib Singgah Jika ke Pulau Pinang

Jeruk Madu Pak Ali Wajib Singgah Jika ke Pulau Pinang. Sebelum ni mama ada cerita kalau nak jeruk Pak Ali yang murah korang kena pergi ke kedai Pak Ali di area Gelugor, Pulau Pinang. Bolehlah bawa balik jeruk untuk dimakan di hotel tepi pantai kan. Pelbagai pilihan asam jeruk dan barangan keluaran IKS boleh di dapati di sini. Puas hati beli jeruk dan buah pala di sini tau. Jeruk Madu Pak Ali Wajib Singgah Jika ke Pulau Pinang.

Yeay sampai juga Kami ke sini.  Masa ni hujan tapi ramai Yang baru sampai. Agak sukar untuk mendapatkan tempat letak kereta sebab tempat parking hanya Di sepanjang jalan Di hadapan kedai saja.

Dah nampak Ada pelbagai produk Yang dijual disini bukan hanya jeruk saja. Produk lain pun ada.

Inilah jeruk2 madu favourite mama.. terus sambar byk2. Alahai pecah kilang air liur. Mama memang suka jeruk madu Pak Ali. Office mama ada branch di Pulau Pinang so sesiapa yang outstation ke sana confirm akan belikan jeruk ni buat kawan-kawan di Shah Alam. Jeruk ni cukup sedap di makan sambil melepaskan penat semasa berehat di hotel layan view.

Buah Pala dijual RM 10 untuk 3 bungkus. Sambar banyak2 juga

Cenderahati Ada juga dijual Di sini. Selain Dari barangan Di atas, t-shirt juga Ada dijual dengan harga Yang berpatutan.

Model bergambar dgn fridge magnet

Add caption
Pesanan penaja jeruk Pak Ali hihii

Memang best shopping di sini. Selain dari dapat beli jeruk madu dengan lebih murah dengan harga murah, kita juga boleh beli barangan lain seperti kerepek, gula-gula, snek dan cenderahati.  Kakitangan yang bertugas juga ramah dan sentiasa sedia membantu.

Kepada sesiapa yang nak pergi ke sini bolehlah ikut alamat berikut;

Jeruk Madu Pak Ali

Alamat: 24, Jalan Pantai Jerjak, Pantai Jerjak,
11700 Gelugor, Pulau Pinang
Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari dari 8:30 pagi –10:00 malam
Telefon: 04-657 7131





mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

9 Comments

Words of wisdom

  1. Jeruk Pak Ali memang terkenal di Utara.. :)

    ReplyDelete
  2. aaaa.....sedap nya....
    baru tau pak ali pun jual souvenir ya :)

    ReplyDelete
  3. aritu cuti bln 10 pegi jgk sana..dekat ngan umah anak sedara..cuma x borong byk sbb x beli luggage..hehehe

    ReplyDelete
  4. Jenama jeruk yang mmg dah terkenal nie.. sedap pula tu

    ReplyDelete
  5. Meriah betul kedainya.. Memang wajib beli..

    ReplyDelete
  6. yummy.. baca balik post ni tetiba nak cari jeruk pak ali laa haha

    ReplyDelete
  7. mesti singgah beli jeruk..suka yg jeruk buah salak

    ReplyDelete
  8. selalu juga beli,banyak cawangannya sekarang.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post