Mudahnya Membayar Zakat dengan Kaunter Zakat Bergerak PPZ MAIWP

Menunaikan Zakat adalah rukun islam yang wajib ditunaikan kepada umat Islam yang cukup syarat-syarat berzakat. Namun begitu kadang2 ia menjadi tertangguh akibat kekangan masa, masalah jarak, tidak sempat ke kaunter dan sebagainya. Tapi sekarang itu sudah tidak menjadi alasan lagi. Mudahnya Membayar Zakat dengan Kaunter Zakat Bergerak PPZ MAIWP.


 Gambar Ihsan Dari Laman web PPZ


Kaunter Zakat Bergerak PPZ MAIWP

Ada pelbagai kemudahan sekarang untuk kita menunaikan rukun islam ini. PPZ-MAIWP ada menyediakan kemudahan Kaunter Zakat Bergerak untuk mereka yang ingin membayar zakat. Dah takde alasan tak bayar zakat dah sekarang. Tak perlu bersusah payah PPZ sendiri yang datang ke tempat korang. Kaunter Zakat Bergerak akan berada di tempat-tempat yang telah dijadualkan dan akan dimaklumkan dari masa ke semasa di dalam FB PPZ-MAIWP . klik sini https://www.facebook.com untuk mengetahui kaunter zakat di mana pada tarikh yang ditetapkan.

Selain itu, pihak PPZ-MAIWP juga ada memperkenalkan perkhidmatan khas 'Door-to-Door' bagi pembayaran zakat RM5000 ke atas. Pihak Zakat akan pergi ke pintu rumah korang tau. Alhamdulillah banyak cara yang pihak PPZ-MAIWP dah usahakan bagi memudahkan semua orang menunaikan zakat. Boleh hubungi talian zakat 1300 88 5757 bagi perkhidmatan ini. 

Alangkah seronoknya kalau pihak syarikat, sekolah dan badan-badan tertentu mengambil kesempatan  menjemput Kaunter Zakat Bergerak agar turut serta dalam event yang diadakan. Sama ada Hari Terbuka Sekolah, atau Hari Terbuka Agensi Kerajaan / Swasta mahupun hari Konvokesyen IPT, Karnival atau sebarang Pameran di tempat  mereka. Kan mudah bagi pengunjung untuk berzakat sekali.

Perkhidmatan yang disediakan oleh Kaunter Zakat Bergerak PPZ MAIWP

  • Pertanyaan zakat
  • Taksiran zakat
  • Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir)
  • Salinan penyata/resit zakat

Jenis Pembayaran Kaunter Zakat Bergerak PPZ MAIWP

Ada dua jenis pembayaran yang boleh dibuat melalui kaunter zakat bergerak iaitu;
  • Tunai & Cek
  • Kad Kredit Islam & Kad Debit

Kelebihan Perkhidmatan Kaunter Zakat Bergerak PPZ MAIWP

Banyak kelebihan pembayaran melalui kaunter zakat bergerak ni tau. Antaranya;
  • Pegawai yang mesra pelanggan
  • Perkhidmatan Lebih Mudah
  • Cenderahati menarik menanti
  • Perkhidmatan ke tempat anda
  • Perkhidmatan yang cekap & pantas
  • Kemudahan yang selesa


Jom lihat pesanan Bell Ngasri dalam video ni. 
Apa lagi, marilah kita sama-sama berzakat!

Firman Allah (yang bermaksud):
Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat)? [Surah al-Taubah (9): 103]


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

28 Comments

Words of wisdom

  1. saya byr kat kaunter bergerak juga. DI LZS sbb saya di Selangor.

    Btw, jemput join kakak : http://www.azlindaalin.com/2018/12/2019-segmen-blog-azlinda-alin.html

    ReplyDelete
  2. senangnya nak bayar zakat dah ada kaunter bergerak!😄😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah sgt kan tak perlu kita ke sana. ppz yg dtg kepada kita

      Delete
  3. bagusnya siap ada kaunter bergerak ni... sangat memudahkan orang awam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kemudahan yg ada harus digunakan sebaiknya

      Delete
  4. Sekarang semuanya dah mudah. Tiada alasan lagi untuk tidak bayar zakat.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. yes betty.. very easy with all this fascilities

      Delete
  6. Assalamualaikum mama...mmg bagus kalau ada kaunter mudah mcm ni...mmg mudah sgt...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, satu inisiatif yang sangat bagus. memudahkan orang ramai membayar zakat

    ReplyDelete
  8. Will share with my Muslim friends.

    ReplyDelete
  9. Teman bayar zakat melalui potongan gaji ke Zakat Selangor dan Zakat Perak... mudah dan senang... peace of mind...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada pelbagai cara lain juga. mama pun buat potongan gaji. alhamdulillah takyah pikir apa dah kan. peace of mind

      Delete
  10. Bagusnya usaha pusat zakat.. memudahkan pembayar..

    ReplyDelete
  11. Sangat memudahkan unat Islam untuk bayar zakat.. Bagus inisiatif ni

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah memudahkan semua untk bayar zakat lepas ni. Tq sharing. Bermanfaat :)

    ReplyDelete
  13. Tiada alasan untuk tidak membayar zakat sbb dh ada pelbagai kemudahan disediakan

    ReplyDelete
  14. Dah tak ada alasan tak sempat bayar zakat Sekarang dah ada kaunter zakat bergerak

    ReplyDelete
  15. Yang door to door tu betul betul menyenangkan tapi kene 5k ke atas je la kan

    ReplyDelete
Previous Post Next Post