Mama mengenali Oden apabila mama first time pergi ke Family Mart. Bila masuk ke dalam kedai saja terus terbau sesuatu yang terlampau lazat sampai berkeroncong perut haha.. Rupa-rupanya oden yang menjadi pilihan ramai ada di jual di situ. Punyalah ramai yang beratur untuk membeli oden ni. Tentu jimat jika kita buat sendiri oden di rumah. So, hari ini mama nak share Resepi Oden Mudah Dan Sedap. Beberapa hari lepas mama dan rakan-rakan sama-sama masak dan makan di office. Memang lazat tau. Jom tengok Resepi Oden Mudah Dan Sedap ni.
Inilah kejadian Oden kami. Guna rice cooker aje masaknya sebab di office je kami masak ni. Oden ni sesuai di buat untuk makan ramai-ramai. Lebih meriah dan naik selera gitu.
Jom kita tengok bagaimana cara nak buat Oden ni.
Resepi Oden Mudah Dan Sedap
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Perencah Asam Pedas 2 paket
- Perencah Tomyam – 2 paket
- 1 kiub perencah tomyam
- Air
- Gula dan garam secukupnya
- Beberapa helai daun limau purut
- 2 barang serai diketuk
- Bahan oden seperti fishball, crab stick, tahu kering, sosej, cendawan atau sayuran pun boleh letak kalau mau. Ada sayur barulah seimbang kan.
Sori ye gambar terbalik haha.. inilah antara pes yang kitaorang guna. Kaut apa yang ada saje kat Checkers tu
Cara-cara membuat oden:
- Tumis perencah asam pedas seketika (tak perlu minyak sebab dalam tu dah ada minyak)
- Masukkan air sehingga tiga suku periuk atau ikut suka
- Kemudian, masukkan perencah tomyam beserta kiub tomyam, serai dan daun limau purut.
- Perasakan dengan gula dan garam.
- Siap!
- Boleh masukkan segala bahan yang nak dimakan ke dalam periuk dan didihkan seketika bila nak makan. Sedap woo.. rasa masam, pedas dan sedap memang berbaloi buat sendiri. Korang cubalah ye.
Tags
Resepi
Sedapnya kak.. Saya pn kenal oden dr Family Mart
ReplyDeleteRamai dh buat sdiri..yela sejak2 viral oden kt familymart..tp puas hati la kn..yummmm laparrr
ReplyDeleteYa Allah memang kena cuba ni. Semedang queue punya la panjang kat family mart tu
ReplyDeletedah pernah buat memang sedap, lagi best and jimat bila buat sendiri :D
ReplyDeleteoden ni apa?
ReplyDeleteOden merupakan sejenis makanan musim sejuk masyarakat Jepun yang terdiri daripada bahan-bahan seperti telur rebus, lobak daikon, konnyaku dan kek ikan yang diproses dan distew dalam sup soya dashi yang ringan. Bahan-bahan adalah berbeza mengikut kawasan dan kediaman. Dr en wiki hihi
Deletebuat kt opis mkn ramai2 mmg best kan kak...
ReplyDeletesedap mkn isi dia hirup lak sup... layan lak time musim hujan ni best sgt kak oi
sedapnyaaaa , hujan2 nie teringin plak nak makan , familymart takde kat kuantan nie . Try buat sendiri la . tq resepi kak .
ReplyDeleteSha save dulu resepi.. Rajin nanti boleh buat.. Menarik sangat.. :)
ReplyDeletebestnya dapa oden hujan2 ni!
ReplyDelete*dapat, typolah pulak hihi
ReplyDeleteOden-oden ni lebih puas hati buat sendiri... dah banyak kali buat sendiri, tak pernah pon rasa yang dekat family mart tu he he he
ReplyDelete