Review Hotel Holiday Inn Penang. Bulan Oktober lepas kami sekeluarga telah pergi ke Pulau Pinang bagi meraikan adik bongsu mama yang sudah pun tamat degree. Refer entry ni http://www.mamapipie.com/2018/10/tahniah-buat-adik-bongsuku.html. Kami menginap beberapa hari di Batu Feringgi. Salah satu tempat kami bermalam adalah di Holiday Inn Pulau Pinang. Jom tengok Review Hotel Holiday Inn Penang semasa mama di sana.
Jom Baca Travelog Mama di Pulau Pinang di sini:
- Makan Di Restoran D'Sampan Pulau Pinang
- Jeruk Madu Pak Ali Wajib Singgah Jika ke Pulau Pinang
- Hantu! Pengalaman Menyeramkan semasa Melawat Muzium Perang Pulau Pinang
- Review Rasa Motel Batu Feringghi Penang
Lokasi Hotel Holiday Inn Penang ni betul-betul terletak di tepi pantai Batu Feringgi.. Gambar ni di ambil dari pantai. Dari sini boleh nampak hotel, cafe pool dan kawasan tempat orang berehat di tepi pantai..
Bilik yg luas dan selesa, tilam gebu dan bersih. Pencahayaan yang yang bagus dan terang.. Mama ada ambil beberapa gambar tapi tah ke mana menghilang. Memang selesa bilik ni. Ada kerusi dan meja, dilengkapi dengan TV dan meja solek.
Di bilik air pula ada bathtub dan alat mandian diberi seperti sabun, shower gel, shampoo, ubat gigi dan berus gigi serta sandal. Tempat meletak pakaian memang luas dan complimentary 3-in-1 drink pun ada diberi juga. Setiap bilik disediakan mini refrigerator.
Kami menginap di hotel di seberang jalan tapi masih lagi boleh melihat pantai dari bilik hotel.
Not bad pemandangan dari bilik hotel kami ni kan. Tenang aje perasaan
Selesa kan
Ruangan lobby yang selesa dan luas
Kami breakfast di sini saja. Makanan sedap, layanan tiptop. Boleh order omelette / scrambled / poarch egg melalui pesanan kepada waiter. Coffee machine juga disediakan so bolehlah menikmati latte, cappuchino, mocha or hot chocolate dari mesin tu
Yeayy.. Lepas breakfast main air kat pantai pula. Kami ambil foto je sebab selepas tu nak ke studio ambil gambar family
Pemandangan sunset.. nyaman sekali.. selain dari pantai tempat ni berdekatan juga dengan kawasan uptown di waktu malam, maka senang saja korang nak bershopping. Tapi kalau nak beli jeruk Pak Ali mama syorkan beli terus di area gelugor sebab kat sini mahal sikit
Pemandangan dari bilik pula
So far mama sekeluarga berpuas hati dengan layanan dan bilik di Holiday Inn Penang. Kalau tak masakan adik mama sambung sehari lagi di sini. Dia kata tak puas hati nak stay sehari lagi bagi puas hihi.. Kalau nak mendobi ada kedai dobi layan diri di sebelah hotel, bersebelahan pejabat pos. Jalan kaki je dah sampai. Tapi kalau ada bajet bolehlah guna laundry service hotel saja..
Untuk maklumat lanjut boleh lah lihat di bawah:
Holiday Inn Resort Penang
Alamat: 72, Jalan Batu Ferringhi,11100 Penang, Pulau Pinang
Telefon: 04-886 6666
2 thn lps ada gi Penang tp tinggal di homestay Bayan Baru.
ReplyDeletecantik juga hotel ni mama...kita tak pernah sampai penang lagi hehe
ReplyDeletelama tak pi Penang, rindu penang
ReplyDeletecantiknya view..:)
ReplyDeletecantik hotelnya..dah lama tak jejak ke pulau pinang nih
ReplyDeletetak pernah sampai lg penang tu kak.... bestnya hotel tuh
ReplyDeletedhla pemandangan lawo, bilik lak cun... tepi pantai lak tu
Okey nanti nak backpackers dengan Dania berdua..tunggu mama dia sihat sikit jer lagi...pas tu bleh ganti balik cuti sekolah yg x pi memana ni...
ReplyDeleteboleh cuba nak menginap di sini nanti
ReplyDeleteehhhhhhhhhhhh.. cantiknya view dia !! nih yang ngidam nih.. hee~
ReplyDeletecantik pemandangan, hotel pun luas. Best dekat dgn pantai
ReplyDeletecantiknya hotel dia.. katil pun besar..
ReplyDeleteLooking forward for more amazing travel posts like this one, loved your travelling experience, learned much, attained more.
ReplyDeletemeet and greet luton airport