Assalamualaikum semua.. sempena birthday mama tahun baru aritu ayah syafi belanja mama Birthday Treat Lunch di Menate Steak Seksyen 14 Shah Alam. Sebenarnya mama tak tau nak makan di mana so mama ikutkan saja ayah Syafi belanja Birthday Treat Lunch di Menate Steak Seksyen 14 Shah Alam tu. Lagipun mama pun tak pernah lagi makan di Menate. Why not, kan!
Inilah antara menu yang kami order..
Grain fed beef rib. Dengan perapan istimewa rasanya sedikit manis dan dagingnya memang lembut. sedap sangat.
Nachos cheezy corn salsa.. menu favourite kami..
Lamb loin bone.. Not bad. Lembut je tapi tak selembut rib. Mama pilihan medium well. Tak Tak nak makan yg mentah
Angus burger. sedap dan segar salad dia..
Latte ni free drinks sebab beli steak mmg dapat free drink. so, mama merasa byk juga air kat sini. yg mama suka latte ni tapi lepas minum 2 kali kepala pula dah mula pening. overdose kafein hihi
Chocolate drink utk syafi.
Fresh meat. Kat sini kalau korang nak steak kena pilih dulu daging di bahagian fresh meat. Kesemua daging ni sudah ada harga so tak risau lah kan. Boleh pilih ikut kemampuan.. Staff menate pun sentiasa ada di situ dan membantu dan menjawab semua soalan mama dan ayah yang baru first time sampai ke sini.
Air free refill dgn sebarang steak. Inilah antara pilihan air. byk juga
Interior di dalam kedai. cozy dan nampak classy
Kek pun ada. tapi mama tak beli dah kenyang sangat dah. Lagipun kami dah session makan kek dah sebelum2 tu
Outdoor seating pun ada kalau korang suka duduk di luar
Menu.. Korang kena pilih dulu daging di bahagian fresh meat, then semasa order bagitaulah korang nak daging korang dimasak bagaimana. Mama memilih medium well.
Menu special air dan smoothies
New menu di Menate. Ada Burger Rusa, Penne with chicken, pizza, etc.
New menu lagi, menu favourite syafi ni mac and cheese
Alhamdulillah.. seronok mama makan di sini... overall rasa dia sedap dan tak mengecewakan. Staff pun peramah. Mama nak order air dia siap cakap akak dah Ada 2 air free dah.. tak payah dah kot nak order lagi.. helpful.
Tq ayah Syafi belanja kami. Kalau korang nak ke sini boleh lah ke alamat berikut:
Me'nate Steak Hub (Shah Alam)
Alamat: Lot F-36, Vista Alam, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor
Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari dari 11 pagi - 11 malam
kecuali jumaat dibuka 3 petang hingga 11 malam
Telefon: 03-5523 3493
Tags
FOOD
ptt sdap nampak dging tu,, me'nate rupanya..hehe
ReplyDeletetk pernh juga lg sinngah mkn kt menate..nanti nk try la juga...seronok birthday girl layan western kt menate
ReplyDeleteLeleh air mata Sha tengok.. dah lah terbuka waktu lunch.. Kijam.. kijam.. hahaha..
ReplyDeleteSha tak pernah cuba lagi makan kat sini..
saya pun suka makan kat menate ni tapi tak pernah pergi lagi cawangan shah alam
ReplyDeletetak pernah singgah lagi, asben ada sekali p sini dgn officemate dia. Dia ckp taste steak dia okay sangat
ReplyDeletetgk kedai menate ni teringat kes dgn diva AA tu heheheh...
ReplyDeletenengok menu lahai sedap, walaupun harga agak mahal tp portion dia besar...
ada juga menu yg harga dia ok je... geram nengok steak ngn rusuk tu kak oi
kan.. diva AA dan menate punye kes dulu mmg bikin senyum je
DeleteBlom pernah singgah lagi yang kat Shah Alam ni..nampak outlet macam menarik..bila diorang nak buka kat Seremban erk..
ReplyDeleteBelum try lagi Menate ni. Burger dia nampak sedap betul. Kena tunggu besday jugak kot kalo nk kesini..hehe
ReplyDeletesedappnya
ReplyDeleteSemua nampak sedap. Bestnya air free siap boleh refill.
ReplyDeleteMemang sedap! Nih yang nak kena pergi nih
ReplyDeleteBelum try lagi makan kat Me'nate ni. Harap ada rezeki menjamu selera kat sini nanti
ReplyDeleteharga pun boleh tahan mahal gak ni.
ReplyDeleteFuh, terliur la kite. Rasa lapar pulak. Hihi...
ReplyDeleteoo ramai juga yg tak makan kat sini lagi..
ReplyDeletehehe ni insyallah time besday nak claim kat mak hahaha boleh pegi yang di Bangi =D
ReplyDeletebaru mak citer ari tu.
ReplyDeletekakak belanja mak abah sempena anak sulung dia grad U.
mak x brape plak kat menate ni. tekak tak kena, kata mak.
mak memang minat western, mamapp.
aida sendiri, lom try. will definitely try one day. gambar semua di atas memang mengundang :)
Bila la nk jejak kaki ke sini.. sedap nampak makanan yg mamapp makan tu..
ReplyDeletesalam singgah sini. semua menu sedapp ,, kalau pergi sana memang tak tahu nak pilih yang mana hii
ReplyDeletePernah makan untuk bawa balik tahun lepas masa puasa.
ReplyDeleteTeringin hendak cuba makan di kedai.