Jadilah kita seorang yang kuat. Bagaiman menjadi seorang yang kuat itu? Orang Yang Kuat Adalah Yang Berjaya Menahan Marah
Gambar sekadar hiasan
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah orang yang kuat itu yang pandai bergusti, tapi orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan nafsunya ketika ia marah." (HR Bukhari No: 5649) Status: Hadis Sahih
Kesimpulan dari hadis di atas:
1. Mukmin yang kuat lebih disukai Allah daripada mukmin yang lemah.
2. Kekuatan seseorang bukan terletak pada fizikalnya
3. Orang yang kuat adalah yang berjaya mengawal nafsu menahan marah
4. Orang yang sedang marah akan hilang kewarasan fikiran, hilang pertimbangan, lidahnya akan memaki hamun dan anggotanya mungkin bertindak diluar kawalan.
5. Kekuatan mukmin bukan terletak kepada kemenangan semasa berkelahi tetapi kemampuan menguasai emosi di saat ia sedang marah.
6. Latihlah diri dengan akhlak yang mulia seperti sabar, lemah lembut dan pemaaf. Kawal dan kuasai diri ketika didatangi perasaan marah, iaitu dengan mengingati akibat buruk yang akan menimpa dan kelebihan pahala orang yang menahan marah.
Berusahalah mengekang hawa nafsu dan mengawal emosi diri ketika berlaku perselisihan agar tidak cepat marah. Jadilah insan yang lambat marah dan jika marah, ia cepat reda.
Sumber:
telegram.me/hadisharian_ikram
Tags
ISLAMIK
bila dlm keadaan marah..mmg tkleh nk fikir dgn tenang...tu psl disarankan amik wuduk utk tenangkan keadaan..smoga kita dpt mengawal kemarahan dlm diri kita
ReplyDeletebetul tu kak....sabar tu benda yg paling ssh nk buat
ReplyDeleteAkak sedang berusaha untuk menahan sabar dan menahan marah..kalau boleh tak nak jadi panas baran tapi tu la..banyak benda yang buat akak susah nak sabar..contohnya menunggu lama..hahahha...Adda faham la kan...
ReplyDeleteI agree with you!
ReplyDeleteInstead of focusing on what made you mad, work on resolving the issue at hand.
Would you like to follow each other? If the answer is yes, please follow me on my blog & I'll follow you back.
http://www.okcheori.com
azam tahun ni nak cuba tingkatkan lagi kesabaran..almaklom laa zaman bawang2 ni mmg byk menguji kesabaran..ehhehe
ReplyDeletenak lawan api kena dengan air juga.. iaitu wuduk
ReplyDeleteMereka bukan sekadar kuat, bahkan sangat hebat...
ReplyDeleteSemoga kita juga akan menjadi orang yang kuat dan hebat..
ReplyDeleteSemoga Kita semua tergolong dlm org yg kuat2 ye
ReplyDelete