Peringatan Buat Orang di Usia Senja

Peringatan Buat Orang di Usia Senja. Sejak usia dah meningkat ke angka 40 ni mama terasa seperti usia tu dah semakin meningkat dan ajal pun terasa semakin hampir. Ye lah kan, orang disekeliling ramai yang dah meninggal termasuklah mak dan ayah mama. Nak tak nak kenalah get ready dan mempersiapkan diri. Tak semestinya usia sudah tua maka semakin hampir ajal kerana usia kita ni rahsia Allah. Masa muda pun boleh ditariknya bila-bila masa.. Peringatan Buat Orang di Usia Senja.. Kebetulan mama dapat ni dari Whatsapp, maka mama nak tepek sini sebagai peringatan untuk diri mama sendiri.. 

Ramai orang tua hidup derita sebab tak merancang! Kalau derita sekadar di dunia ok lagi, tapi yang ditakuti derita dunia akhirat. Di usia pencen ini tak payah lah sibuk bela kucing, cari Pokemon, ralit dengan game, media sosial atau apa saja yang tak faedah. Badan dah tak berapa larat tu eloklah buat plan ibadah agar mati dalam iman/ibadah. Sekarang banyak majlis ilmu. Mengajilah... Refresh balik ilmu yang telah kita tinggalkan sejak dulu.



Cadangan Perkara yang perlu dilakukan:

1. Mantapkan ilmu aqidah/Tauhid untuk memastikan aqidah kita betul sebab jika salah/syirik/kufur tanpa sedar pun kita akan masuk neraka. Akidah kunci syurga.
Mantapkan juga ilmu feqah dan tasauf. Jangan asyik belajar tajwid dan taranum saja sedangkan kita dah fasih baca quran. Lain lah kalau tak pandai baca quran, wajiblah kita belajar. Bagi yang dah mahir baca, ingatlah tak ada siapa nak dengar suara tua kita yg merdu tu. Yg penting banyak tadabbur quran dan bukan hanya baca saja tanpa faham isi alquran.

2. Banyakkan taubat. Taubat tak kira tempat. Di mana pun boleh taubat. Bukan di Mekah saja. Kita banyak dosa. Jangan abaikan taubat walau sehari.

3. Qadha segala solat yang pernah kita tertinggal, abaikan. Perbaiki ilmu solat. Jangan pulak masa terluang yg banyak tu kita asyik tengok drama bersiri dan drama cinta. Ingat, awak tu dah kerepot. Takde siapa main cinta dah!

4. Dapat RM pencen jangan sibuk shopping bergaya macam orang kaya2. Itulah RM belanja penyambung nyawa kita 10-15 tahun lagi. Jangan pula asyik belikan cucu2 baju pula. Sesekali tak apalah! Yg penting, guna RM untuk settle fidyah puasa dan qodha. Itu semua hutang kita kepada Allah. Jangan lupa hutang pada manusia yang belum dibayar!

5. Kalau belum ke Mekah & dah ada RM pergilah Mekah. Jangan sibuk renovate rumah. Duduklah rumah yang ada tu seadanya. Kalau nak repair pun repair bumbung sebab takut kena hujan.

6. Banyakkan sedekah jariah dan wakaf. Bukan sedekah kepada orang buta yang ada sindikit tu tapi jariah bermaksud sedekah kepada orang buat masjid, pondok ngaji dsbnya. Sedekah jariah itu akan mengalir pahalanya bila kita dikambus tanah.

7. Pagi dan petang jangan lupa buat senaman & check up hospital selalu. Supaya kita tak sakit, menyusahkn anak2 jaga kita waktu tua. Mereka pun bergelut dengan kehidupan sendiri. Kesian anak2. Bila sihat mudahlah buat ibadat.

8. Jangan banyak tidur sebab kita pun tak lama lagi nak tidur lama!

9. Jangan jadi kuli anak waktu tua. Waktu inilah anak2 yang tak fikir keperluan ibubapa, suka landingkan anak2 mereka pada kita untuk kemudahn mereka melaram pergi kenduri kahwin/shopping. Lainlah kalau sesak sesekali kerana kerja dsbnya. Tapi bukan selalu. Ingat tu!

10. Jangan sesekali terlibat dengan bisnes! Cukuplah pencen/simpanan yang ada tu untuk makan kita yang dah tak berapa selera ni sebab hidup kita pun tak lama. Andai kalau bangkrap, jawabnya jadi cleaner/pak guard lah kita sampai mati.

11. Berhati2 bagi anak pinjam RM untuk perkara yang tak penting bagi mereka. Kalau penting sangat bolehlah beri tapi pastikan mereka bayar balik! Itu RM hari tua kita. Jangan sampai kita mengemis sebab kerakusan anak2. Sayang anak biar bertempat. Jangan sesekali kita diperbodohkan.
Mereka sepatutnya perlu bijak uruskan kewangan seperti mana kita dulu yang ikat perut besarkan mereka. Terkadang anak menantu hidup ikut nafsu. Pantang ada duit sikit, shoppinglah mereka tanpa fikir masa depan anak2 mereka. Baju penuh almari. Mekap yang mahal2. Sambil perhatikan, berilah nasihat.

12. Berziarahlah kawan2 dan sedara mara sebab usia kita pun tak panjang. Kita pun banyak dosa dengan mereka waktu muda dulu. Mengumpat, gosip, pinjam duit tak bayar. Waktu inilah kita tebus segala dosa agar kita clear dengan manusia bila mati.

13. Akhirnya, bersabarlah hidup di hari tua. Ujian macam kelkatu.Banyak ingat Allah & baca quran. Agar kita selalu tenang hinggalah bertemu Allah.

Jangan sesekali menyusahkan orang atau anak2 asbab kelemahan kita tak plan hidup atau berlagak sampai tua. Ingatkan anak2 jangan ambil kesempatan rezeki hari tua kita. Inilah masa anak2 nak balas budi pada kita, sementara nyawa ada. Bila balik rumah kita jangan kata rindu masakan emak. Padahal ini lah masa anak masak untuk orang tuanya, bukan nak order je. Dulu kita dah susah payah besarkan mereka. Biar sisa2 umur yang kita ada ni dihargai oleh anak2.

🌾 Semoga bermanfaat.... renungan utk kita sama2

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

12 Comments

Words of wisdom

  1. Terima kasih untuk peringatannye mamapp.. 👍🏻

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian. sangat lah membantu ^_^

    ReplyDelete
  3. Terima kasih mamapp untuk peringatan ini..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas peringatan mama tu

    ReplyDelete
  5. sama-samalah kita ingat mengingatkan ye

    ReplyDelete
  6. saya sudah masuk usia senja juga nie.

    in shaa Allah sedaya upaya untuk perbaiki amalan dan iman

    ReplyDelete
  7. rasanya untuk semua lapisan usia pun nasihat2 ni bermanfaat sebagai peringatan.. alhamdulillah dah brenti cari Pokemon =P

    ReplyDelete
  8. no 7 tu penting.
    badan sihat, badan fit, in shaa Allah kehidupan mudah di hari tua.
    bila sakit, anak2 bakal susah hati, kan.
    aida da anggap umur aida skang ni, start ikut tips di atas.
    more to life dgn anak2. keje seamanah yg boleh, jgn berlebihan stress.
    aim tunaikan haji di kala masih sihat.
    then, releks releks jer :)

    ReplyDelete
  9. Perkongsian yang sangat baik kak utk renungan kita semua.

    ReplyDelete
  10. MasyaAllah....kak laili nak ucapkan terima kasih banyak atas perkongsian ni mamapp 😘

    ReplyDelete
Previous Post Next Post