Adakah Tanda Kematian Ini Sudah Ada Pada Dirimu?

Adakah Tanda Kematian Ini Sudah Ada Pada Dirimu? Dalam kitab Ziarah Ke Alam Barzakh karangan al-Imam Jalaluddin as-Suyuti ada mengisahkan tentang malaikat maut yang sentiasa datang kepada manusia untuk mengingatkan mereka tentang kematian. Adakah Tanda Kematian Ini Sudah Ada Pada Dirimu?

Adakah Tanda Kematian Sudah Ada Pada Dirimu?

Al-Qurtubhi menuturkan, telah disebutkan di dalam sebuah hadith bahawa sebahagian nabi pernah bertanya kepada malaikat maut, "Apakah engkau mempunyai utusan yang engkau utus agar manusia berhati hati denganmu?"

Dia menjawab, "Ya demi Allah, aku mempunyai utusan yang sangat banyak iaitu : penyakit, uban, usia tua, serta berkurangnya pendengaran dan penglihatan. Oleh kerana itu, barangsiapa yang mendapati hal itu dan tidak berusaha mengingat kematian dan tidak juga bertaubat, maka ketika mencabut nyawnya, aku berseru kepadanya, 'Bukankah aku telah mengirim utusan demi utusan, peringatan demi peringatan kepadamu? Aku ini adalah utusan yang tidak ada utusan lagi setelahku. Aku ini pemberi peringatan yang tidak ada pemberi peringatan lagi setelahku.'"

Adakah Tanda Kematian Ini Sudah Ada Pada Dirimu?


  • penyakit
  • uban
  • usia tua
  • berkurangnya pendengaran 
  • berkurangnya penglihatan

Abu Nu'aim dalam al-Hilyah mengatakan bahawa Mujahid berkata, "Tidak ada suatu penyakit yang dideritai oleh seorang hamba melainkan utusan malaikat maut ada bersamanya, sehingga jika penyakit terakhir telah bersarang pada dirinya, malaikat maut mendatanginya seraya berkata, 'Utusan demi utusan dan peringatan demi peringatan telah datang kepadamu, tetapi engkau tidak mempedulikannya. Sekarang, telah datang kepadamu utusan yang akan memutuskan hubunganmu dengan dunia.'"

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda ; "Allah telah memberikan peringatan kepada seseorang yang ajalnya ditunda hingga mencapai enam puluh tahun" [HR al-Bukhari]

Bagaimanakah reaksi kita apabila datangnya peringatan peringatan kematian kita yang pasti akan berlaku itu? Apakah ia telah menyedarkan kita, lalu kita bertaubat dan kita memperbanyakkan amal kebajikan?

Ataukah kita terus sambil lewa dan tidak menghiraukan peringatan peringatan tersebut? Janganlah begitu! Kerana apabila kematian telah tiba, ketahuilah bahawa ketika itu tiada lagi ruang untuk kita bertaubat dan beramal. Wallahu'alam.

Sumber: Tazkirah Ringkas

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

10 Comments

Words of wisdom

  1. Seram kekadang, selalu dok ingat mati je

    ReplyDelete
  2. Alamak....tajuk menakutkan....tapi itu lah hakikat....

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsiannya mamapp.

    ReplyDelete
  4. Jazakillah atas perkongsian mamapp..
    Semua tanda telah ada pd CH..
    Semoga CH akan terus meningkatkan Amal soleh..

    ReplyDelete
  5. dah ada 3 dah, memang dah dekat sangat

    ReplyDelete
  6. semoga kita semua diberikan pengakhiran yang baik. bertemu dan bahagia di syurga.
    aamin ya rabb =)

    ReplyDelete
  7. Dah ada 2.. huhuhu..
    semoga kita semua diberikan pengakhiran yang baik.. Aamiin..

    ReplyDelete
  8. kematian is anytime.
    namun, bila dah ada tanda, lebih mendekat!!!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post