Ajar Anak Anakmu Tentang Agama. Melihat anak anak kecil, hati sentiasa merasa khuatir memikirkan masa depan mereka. Entah bagaimana agaknya mereka nanti. Kita sendiri menyaksikan betapa edannya fitnah kehidupan manusia hari ini sehingga tidak ada satu pun yang terselamat daripada terkena fitnah fitnah manusia durjana. Bahkan agama kita lebih teruk lagi dihentam dengan fitnah fitnah jijik dan keji yang menjadikan manusia takut untuk hidup beragama seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT dan Nabi SAW. Maka, Ajar Anak Anakmu Tentang Agama.
Benarlah kata Nabi SAW bahawa umat akhir zaman ini akan beramal dengan agamanya seperti sedang menggenggam bara api. Disebabkan fitnah fitnah yang berlaku inilah manusia hilang pertimbangan dan pedoman hidup lalu melemparkan sahaja agama yang menjadi panduan hidup mereka. Bagi mereka, agama ini hanya menyusahkan hidup mereka sahaja. Wal'iyyazubillah.
Kita mungkin telah memahami hakikat kebejatan umat akhir zaman ini, tetapi bagaimana pula dengan anak anak kita? Apakah mereka juga merasai dan memahami kekhuatiran yang kita hadapi ini?. Mereka belum pun mampu memahaminya lagi bahkan kitalah yang diharapkan oleh mereka agar mengajarnya tentang kehidupan ini.
Maka kitalah sebagai ibu bapa yang sewajibnya mencorakkan kehidupan mereka dengan agama selain mereka juga mendapat didikan agama yang dipelajari di sekolah.
Disamping kita mengajarkan agama kepada anak anak, jangan lupa untuk berdoa kepada Allah SWT. Ada satu doa yang kita boleh amalkan setiap hari untuk mendoakan anak anak agar mereka faham agama.
Doa untuk mendoakan anak lelaki :
اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ
“Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).''
Doa untuk mendoakan anak perempuan:
اَللَّهُمَّ فَقِّها فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْها التَّأْوِيْلَ
“Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).''
Cuba amalkan doa ini dengan mendoakan anak anak kita setiap hari atau sebaiknya sekerap yang boleh. Mungkin sahaja ketika mereka sedang enak tidur, ketika mereka sedang makan, ketika mereka sedang bermain dan mungkin juga ketika menghantar mereka ke sekolah.
Mengapa pentingnya doa ini? Ia penting kerana kata Nabi SAW, "Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan kepadanya, maka Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama."
Oleh kerana itu, dengan memahami isi agama pasti anak anak kita berada di dalam kebaikan (RahmatNya) yang mana kebaikan kebaikan inilah yang akan menyelamatkan mereka ketika mereka terpaksa mendepani fitnah fitnah yang tidak kunjung habis di akhir zaman ini.
Percayalah! Tidak ada yang lain selain agama yang boleh menyelamatkan kita dan anak anak kita daripada segala bahaya fitnah yang merosak. Wallahu'alam.
Sumber: Tazkirah Ringkas
Tags
ISLAMIK
terima kasih berkongsi...itulah yang ditakuti kita sebagai ibubapa sekarang ni kan, nak menerapkan ilmu agama pada anak2 sebab kita tak tahu sepanjang mana lagi sisa hidup kita ni takut tak sempat nak beri sepenuhnya ilmu agama kepada anak2.
ReplyDeleteya doa itu memang diamalkan setiap hari, saya bacakan diubun2 mereka setiap hari inshaAllah
nice share..
ReplyDeleteamiin..
good sharing Adda...kalau bukan ibu bapa yg mendoakan untuk anak2 siapa lagi kan dan ibu bapa pun jgn ambil ringan soal agama..ajari anak kita supaya ia akan menjadi panduan dan bekalan untuk mereka
ReplyDeletegood sharing. saya selalu amalkan solat tahajud malam2, minta doa pada Allah lindungi anak-anak saya dan selalu baca surah luqman
ReplyDeleteMudah2an pendidikan agama menjadi panduan hidup kita semua
ReplyDeleteNice sharing...
ReplyDeleteTerima kasih berkongsi ilmu agama untuk panduan semua :)
ReplyDeleteInsyaallah. terima kasih di atas perkongsian :)
ReplyDeleteTerima kasih kaka perkongsian yang bagus.. Akan cuba diamalkan..
ReplyDeletetq for sharing.
ReplyDeleteaida memang pentingkan agama.
nurin da selamat ke skola menengah agama.
izzat darjah 1 dah aida anta ke skola agama thn ni.
syuhada darjah 6. moga next year dpt join kakak nyer.
asas agama penting. bakal membentuk peribadi yg baik. in shaa Allah.