Compilation Syafi Dan Kek Birthday dari Setahun hingga 11 tahun

Tiba-tiba hari ini mama tergerak hati nak tepek gambar kenangan Compilation Syafi Dan Kek Birthday dari Setahun hingga 11 tahun. Untuk tatapan mama sendiri. Sebab mama sendiri pun tak ingat kek apa yang pernah ditempah/dibeli sepanjang birthday dia. So, mama decide untuk buat Compilation Syafi Dan Kek Birthday dari Setahun hingga 11 tahun. Eh macam nak buat album pula bunyinya yer hihi..


 Syafi Dan Kek Birthday untuk tahun Ni

 Dengan cousins

11 tahun. Tema DanTDM Diamond Minecart. Selalunya kalau mama tanya nak kek apa automatik dia akan bagi terus apa yang dia nak.. Contohnya kek ni haa..

Masa umur 10 tahun kami x sempat celebrate. Masa tu arwah tokmat di ICU mama memang Tak sempat langsung belikan kek Syafi huhuu.. Tahun paling sedih bagi mama..

9 tahun. Kek Minecraft. Kek ni memang dalam Minecraft rupa dia macam ni. Mujur lah kawan mama  Aju boleh buatkan mcm yang Syafi nak.

8 tahun. Kek FNAF. Masa Ni dia memang fanatik FNAF so tema memang Tema FNAF. Kek pun dah rupa hantu dah haha. Aju juga yang buatkan..

7 tahun.. tahun kesedihan mama. Tahun nenek Milah meninggal  Sambut ala kadar je setakat ada kek tu pun mama tetiba teringat nak beli. Beli yang kecik je sebab itu je yg ada kat kedai masa tu

6 tahun.. kek minion. Masa ni dia obses dengan minion.. Hari-hari tengok movie minion tanpa jemu

5 tahun.. Ni kek beli siap aje.. Ambil mana yang menarik kat kedai. Dia memang obses dengan spongebob masa ni so beli kek Spongebob je la.. Masa ni si Syafi pun suka Batman so pakai baju batman masa birthday dia. 

4 tahun. Minat main game angry birds. Terer betul dia main sampai level atas2. Mama pun tak reti main macam dia.. Masa ni pengajaran buat mama.. Jangan buat kek letak muka sebab orang tak sampai hati nak makan haha.. punyalah sedap kek ni sampai habis dimakan kecuali part muka Syafi tu tiada siapa yang sentuh. Berhari-hari simpan dalam peti sejuk tau. Sama juga dengan kek mama yg ada muka mama dulu.. memang takde orang nak makan tang muka haha..

3 tahun.. kek mickey mouse.. order dari kawan mama Aju. Kalau tempah mama memang akan tempah dari Aju kerana Aju akan buatkan sejibik macam yang mama nak. Memang puas hati sangat tau. 

2 tahun.. Kek mickey mouse dan ada figurine favourite syafi seperti Ultraman, Doraemon, etc.

1 tahun.. First time sambut birthday dengan kek Mickey Mouse. 

Siap akhirnya kompilasi kek Syafi. Baru mama perasan byk juga kek Mickey mouse masa birthday dia. Kalau tak buat kompilasi ni mesti mama pun tak perasan hihi..


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

21 Comments

Words of wisdom

  1. Comel jer dia..best plak buat kompilasi macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sernok la sebab saya sendiri pun lupa dah kak kek dia haha

      Delete
  2. Wah siap ada simpan lagi yang gambar lama-lama. Bagus juga kan dapat kita flash back balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. simpan buat kenangan kak. itu pun ada juga yg tak tau letak mana. So kena korek di FB

      Delete
  3. Setiap kek melambangkan Syafi.Perubahan minat dan zaman juga..tidak kisah apa pun yang Syafi suka..moga terus menjadi ank yang taat dan mewah dengan kerendahan hati.sihat selalu ya Syafi.

    ReplyDelete
  4. comel betul. semoga jadi anak soleh ye Syafi

    ReplyDelete
  5. setiap tahun mesti berubah tema kan..anak-anak macam tu lah, ada je benda baru yang dia minat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul yaya.. seronok juga layan minat dia tu

      Delete
  6. minat bertukar seiring umurnya hehe.. kek paling atas tu agak rare sikit design nya

    ReplyDelete
  7. betul cik itah. masa kecik2 dulu dia mmg suka disney channel tu yg byk kek mickey mouse tu

    ReplyDelete
  8. meriah kek busday ...mcm2 design..birthday boy pasti happy

    ReplyDelete
  9. Comelnya semua kek Syafi! Senang nak cari contoh kalau buat kompilasi macam ni..

    ReplyDelete
  10. Oowahhh bestnya.. nanti nak tepek jugalah camni

    ReplyDelete
  11. bagus la mama buat compilation gambar kek2 tu semuanya..

    ReplyDelete
  12. Betul lah kalau ada muka dikek tak sampai hati pula nak potong kat tempat tu kan :))

    ReplyDelete
  13. Comel je Syafi dan kek2 birthday nya. Hehe. Bagus buat compilation macam ni untuk jadikan kenangan :)

    ReplyDelete
  14. Hihi tqtq Semua mmg nak jadikan kenangan tu

    ReplyDelete
Previous Post Next Post