Citarasa Nostalgia Buffet Ramadhan Hotel Summit USJ Subang Jaya

Assalamualaikum semua.. diam tak diam kita dah pun masuk bulan Rejab dan menandakan bahawa Syaaban dan Ramadan juga akan menyusul. Semoga kita mendapat ganjaran terbesar di dalam bulan-bulan mulia ini. Mama doakan semoga sesiapa yang membaca post ini agar panjang umur dan dapat malalui Ramadhan tahun ini dengan sihat dan beribadat dengan sempurna. Cerita tentang bulan Ramadhan ni tentu sekali kita akan teringat bulan puasa kan. Kalau korang nak tau sudah ada hotel dan restoran yang menawarkan tawaran berbuka puasa seperti Citarasa Nostalgia Buffet Ramadhan Hotel Summit USJ Subang Jaya ni. Mama ada pergi ke preview Citarasa Nostalgia Buffet Ramadhan Hotel Summit USJ baru-baru ini dan sesungguhnya semua menu memang membangkitkan Citarasa Nostalgia mama kerana banyak hidangan di sini mengingatkan kembali nostalgia makanan tradisional dulu-dulu..

Citarasa Nostalgia Buffet Ramadhan Hotel Summit USJ Subang Jaya

Citarasa Nostalgia

Citarasa Nostalgia adalah tema sajian di Hotel Summit USJ Subang Jaya tahun 2019. Kalau korang tengok menu memang sesuai dengan namanya kerana banyak menu yang mengundang nostalgia. Terdapat 200 hidangan menu yang terdiri Dari selera kampung, bazar dan bermacam lagi. 

Menu Buffet Ramadhan Hotel Summit USJ 

Kambing Golek, Rendang Rusa, Rusuk Lembu Bakar Sos Meletop, Udang Kering Berlado, Pucuk Paku Lemak, Kari Ikan Pecah Kepala, Sembilang Salai Lomak Omak Den, Kerutuk Ayam Kelantan, Bihun Goreng Chili Kasar Minang, Satay Raja Alang, Briyani Kasih Bonda.. itu adalah antara hidangan unik Kat sini.. Jom kita tengok apa yang ditawarkan dan yang akan membangkitkan nostalgia korang.. Buat pengetahuan korang sekarang sedang ada promosi tau. Boleh dapatkan harga istimewa untuk buffet ni. Kalau nak tau kat bawah nanti mama akan ceritakan ye..

Kesemua 200 jenis hidangan yang disajikan sempena buffet ini di masak oleh team Chef Sakya, chef famous yang banyak pengalaman (lebih dari 26 tahun dalam industri masakan). Jom lihat gambar menu yang sempat mama ambil..

Citarasa Nostalgia Buffet Ramadhan Hotel Summit USJ Subang Jaya
Nasi Briyani. Sedap juga rasa nasi briyani ni boleh dimakan bersama kambing panggang atau lauk briyani

Citarasa Nostalgia Buffet Ramadhan Hotel Summit USJ Subang Jaya
Kerutuk Ayam Kelantan. Lauk ni memang feveret mama.. sedap

Citarasa Nostalgia Buffet Ramadhan Hotel Summit USJ Subang Jaya
Rendang Rusa ni pula memang rare. Rasa rendang ni memang sedap. sesuai dimakan bersama nasi impit atau ketupat palas

Citarasa Nostalgia Buffet Ramadhan Hotel Summit USJ Subang Jaya
Aneka Pencuci mulut.. semua nampak sedap kan.. rambang mata nak makan yang mana satu

Citarasa Nostalgia Buffet Ramadhan Hotel Summit USJ Subang Jaya
Sedapnya Ubi sira gula Melaka tu. Membangkit nostalgia mama

Citarasa Nostalgia Buffet Ramadhan Hotel Summit USJ Subang Jaya
Satu antara kek-kek yang pelbagai jenis



Citarasa Nostalgia Buffet Ramadhan Hotel Summit USJ Subang Jaya

Citarasa Nostalgia Buffet Ramadhan Hotel Summit USJ Subang Jaya

Citarasa Nostalgia Buffet Ramadhan Hotel Summit USJ Subang Jaya
Kuih muih Dan Pencuci mulut.. Semua nampak sedap kan

Citarasa Nostalgia Buffet Ramadhan Hotel Summit USJ Subang Jaya
Salad, pelbagai kerabu dan sayuran. Ini penting kerana semasa berbuka puasa kerana kita perlu banyakkan makanan yang berserat semasa berbuka

Citarasa Nostalgia Buffet Ramadhan Hotel Summit USJ Subang Jaya
Ulaman ni ppun makanan yang berserat dan awet muda

Citarasa Nostalgia Buffet Ramadhan Hotel Summit USJ Subang Jaya
Ketupat palas

Citarasa Nostalgia Buffet Ramadhan Hotel Summit USJ Subang Jaya
Kari ikan pecah kepala.. rare nama menu dia kan

Citarasa Nostalgia Buffet Ramadhan Hotel Summit USJ Subang Jaya
Pucuk paku lemak

Citarasa Nostalgia Buffet Ramadhan Hotel Summit USJ Subang Jaya
Udang kering berlado. Plus point sebab Ada petai kegemaran ayah Syafi

Citarasa Nostalgia Buffet Ramadhan Hotel Summit USJ Subang Jaya
Rusuk lembu bakar sos meletop. rasanya manis-manis sikit dan ada bau asap hihi.. ye la kan dah namanya bakar

Citarasa Nostalgia Buffet Ramadhan Hotel Summit USJ Subang Jaya
Rendang Rusa


Citarasa Nostalgia Buffet Ramadhan Hotel Summit USJ Subang Jaya
Kambing golek yang dimakan bersama kentang lenyek dan sos lada hitam memang sedap..

Citarasa Nostalgia Buffet Ramadhan Hotel Summit USJ Subang Jaya
Satay Raja Alang ni memang memikat citarasa mama yang memang seorang penggemar satay.. kalau berbuka ada menu ni memang ini lah yang mama tuju tau

Citarasa Nostalgia Buffet Ramadhan 2019 Hotel Summit USJ Subang Jaya
Kaunter satay raja alang. Selain dari satay ada roti bom dan kebab

Citarasa Nostalgia Buffet Ramadhan 2019 Hotel Summit USJ Subang Jaya
Aneka sayuran Dan kerabu

Citarasa Nostalgia Buffet Ramadhan 2019 Hotel Summit USJ Subang Jaya
Puding roti

Kebab

Citarasa Nostalgia Buffet Ramadhan 2019 Hotel Summit USJ Subang Jaya
Sate
Murtabak Dan roti John..



Citarasa Nostalgia Buffet Ramadhan 2019 Hotel Summit USJ Subang Jaya
Aneka minuman


Kerepek Dan keropok

Citarasa Nostalgia Buffet Ramadhan 2019 Hotel Summit USJ Subang Jaya
Bubur sagu

Aiskrim

Citarasa Nostalgia Buffet Ramadhan 2019 Hotel Summit USJ Subang Jaya
ABC. Selain dari dinyatakan ada juga biskut raya, Yong Tau Fu , pelbagai jenis hidangan mee dan bermacam lagi. Kalau nak tau bolehlah datang makan sendiri dan lihat sendiri pelbagai menu yang sedap-sedap..


Kalau korang susah nak bayangkan apa yang mama cerita ni, bolehlah jenguk Youtube mama. Kat sini lagi senang nak tengok apa menu yang ada ditawarkan di Citarasa Nostalgia Buffet Ramadhan Hotel Summit USJ. Jom layan..



Harga Promosi Buffet Ramadhan 

Jom dapatkan banyak lagi hidangan buffet 'Citarasa Nostalgia' Ramadhan di Summit Hotel USJ dengan 200 sajian nostalgik dengan harga promosi RM68 untuk dewasa bagi pembelian sebelum 5 Mei 2019 (Harga asal RM88 (Dewasa) dan RM40 (Kanak2).. Lebih untung dengan tawaran "Dah Murah Percuma Lagi" iaitu dengan setiap pembelian 5 voucher FREE 1 voucher sebelum 31 Mac 2019  Boleh menang Pakej Percutian Ke Luar Negara lagi!. Promosi Bufet Ramadhan ini akan berlangsung dari 6 Mei 2019 hingga 2 Jun 2019.

Plus point kalau berbuka di sini


Laman Ghazal


Rasa bahagia bila makan dan mendengar lagu ghazal. Memang membangkit nostalgia. Di sini ada laman Ghazal. Sedap-sedap alunan suara dan lenggok penyanyi ni.. Jom layan lagu Perigi Biru


Surau



Jika berbuka di luar surau memang lah sangat penting sebab bila menikmati hidangan buffet tentu sekali akan mengambil masa kan. Ada juga yang suka berbuka dengan kurma dan air, then solat dulu baru menikmati juadah buffet. Kemudahan untuk solat ini memang sangat convenience. Surau berada di tingkat lima.

Promosi Hotel Summit USJ Sempena Ramadhan

Sempena bulan Ramadhan ini, Summit Hotel Subang USJ menawarkan harga bilik istimewa pada harga RM188 termasuk hidangan sahur mewah untuk 2 orang. Terdapat pelbagai lagi tawaran menarik korang bolehkan klik website atau pergi ke FB Summit Hotel ye.



Citarasa Nostalgia Buffet Ramadhan Hotel Summit USJ Subang Jaya

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi 

Hotel Summit USJ Subang Jaya
Alamat: Persiaran Kewajipan, Usj 1, 47600 Subang Jaya, Selangor
Tel : +603 - 8023 3000 ext 3021
Website: www.summithotelusj.com
Email : oceania@summithotel.com.my

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

12 Comments

Words of wisdom

  1. Boleh tahan makanan kat sini kan..utk berbuka je banyak macam ni..mesti best...eh bleh la tempah cepat utk dapatkan harga early bird

    ReplyDelete
  2. Allah, nak diet masa Ramadhan terus tak jadi tengok lambakan makanan berbuka. Haha.. ^^

    ReplyDelete
  3. Wow memang klasik hidangan dan dekorasi tu. Menggamit kenangan 😁😁

    ReplyDelete
  4. Dah mula dah buffet Ramadhan.. macam-macam pilihan ada kan..

    ReplyDelete
  5. bab bab buffet ramadhan ni memang terliur tengok makanan sedap2.
    pejam celik jee kan dah nak posa. banyak leee offer untuk berbuka =D

    ReplyDelete
  6. Uihh syok tu menunya.
    Rusa pun ada 😱

    ReplyDelete
  7. Makanan dia boleh tahan sedap! dapat makan daging rusa tu ! bkn senang nak dapat menu macam tu, jadi siapa nak nmat makan daging rusa bolehlah ambik pakej ramadhan bufet dekat sini!

    ReplyDelete
  8. sedap belaka tu. rambang mata dibuatnya. selamat menjamu selera....

    ReplyDelete
  9. Wah.. ada rendang rusa.. sedapnya..

    ReplyDelete
  10. Dulu-dulu, rajin jugak la bawa family berbuka di luar... tak kira la kat mana... tapi sekarang nie dah tak berapa minat... bukan apa, teman and family nie tak banyak mana makan pun... bila tengok makan berlambak tu, terasa satu pembaziran la pulak...

    ReplyDelete
  11. bila p buffet ramadhan mmg rambang mata..mcm2 nk mkn..sedapnya tgk dessert tu...fav tu sagu gula melaka

    ReplyDelete
Previous Post Next Post