Mengasihilah Untuk Dikasihi

Mengasihilah Untuk Dikasihi


Mengasihi Untuk Dikasihi

أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَبَّلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَسَنَ بْنَ عَلِيٍّ وَعِنْدَهُ الْأَقْرَعُ بْنُ حَابِسٍ التَّمِيمِيُّ جَالِسًا فَقَالَ الْأَقْرَعُ إِنَّ لِي عَشَرَةً مِنْ الْوَلَدِ مَا قَبَّلْتُ مِنْهُمْ أَحَدًا فَنَظَرَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ مَنْ لَا يَرْحَمُ لَا يُرْحَمُ

Bahawa Abu Hurairah RA berkata; "Rasulullah SAW pernah mencium Al-Hasan bin Ali sedangkan di samping baginda ada Al-Aqra' bin Habis At-Tamimi sedang duduk, lalu Aqra' berkata; "Sesungguhnya aku memiliki sepuluh orang anak, namun aku tidak pernah mencium mereka sekali pun, maka Rasulullah SAW memandangnya dan bersabda: "Barang siapa tidak mengasihi maka ia tidak akan dikasihi." (HR Bukhari No: 5538) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap kita wajib memiliki sifat pengasih dan penyayang terhadap orang lain khususnya kepada anak-anak kecil.

2.  Satu daripada cara mengasihi dan menyayangi anak-anak kecil adalah mencium dengan penuh kasih sayang seperti Rasulullah SAW mencium cucunya Saidina Hassan.

3.  Belailah dan kasihilah anak-anak kita dengan penuh kasih sayang.

4.  Sesiapa yang tidak memiliki sifat untuk mengasihi orang lain, sesungguhnya Allah tidak akan mengasihinya.

Bersifat rahmahlah kita dengan mengasihi anak-anak, menyayangi ahli keluarga dan orang di sekeliling kita nescaya Allah akan mengasihi kita.

Sumber :
telegram.me/hadisharian_ikram

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

9 Comments

Words of wisdom

  1. Setuju.Bila kita memberi kita akan menerima.Begitu juga bila kita mengasihi inshaAllah kita akan dikasihi.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih mamapp perkongsian hari Jumaat :)

    ReplyDelete
  3. Jangan membeza2kan kasih sayang di antara anak2 kita

    ReplyDelete
  4. memang betul..

    kasih sayang itu begitu indah..

    mengasihi orang dahulu sebelum kita dikasihi..

    ReplyDelete
  5. kasih sayang tu salah satu nikmat Allah kan kak. berkasih sayang sesama kita amatlah digalakkan utk wujudkan masyarakat harmoni.

    ReplyDelete
  6. semoga anak2 kita mengasihi kita sebagaimana kita mengasihi mereka.. Insyaallah.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post