Assalamualaikum semua.. tahun ini mama dah masuk kelab empat posen dah.. Korang tau tak, bagi pekerja yang berumur 40 tahun Dan Ke Atas kita berhak untuk membuat saringan kesihatan secara percuma. Kerana itu mama tak lepaskan peluang ni sebab Saringan kesihatan melalui Perkeso ini FREE saja.. Kalau nak buat sendiri kena bayar ratus-ratus, malah boleh mencecah ribu ringgit kalau nak buat thorough checkup. So mama Mohon Nombor Baucar Saringan Kesihatan PERKESO Hanya Melalui SMS Saja. Bagaimana Dapatkan Nombor Baucar Saringan Kesihatan PERKESO Melalui SMS? Ia lebih mudah berbanding 2 tahun dulu dimana dulu baucar diberi dalam bentuk baucar dan ramai yg terhilangkan baucar.. kesian. Jom baca
Buat pengetahuan korang bermula 29hb September 2018, Program Saringan Kesihatan PERKESO telah memperkenalkan kemudahan saringan kesihatan TANPA BAUCAR dimana pencarum yang layak boleh menjalani saringan kesihatan dengan mengemukakan nombor baucar yang dihantar melalui kaedah SMS. Plus point adalah pada wanita kerana ada pemeriksaan mamogram dan pap smear. Free saja. Kalau buat sendiri beberapa ratus juga habis.
Bagaimana Mohon Nombor Baucar Saringan Kesihatan PERKESO Dengan SMS Saja
1. Masuk website Sehat Perkeso. Ini link dia https://sihat.perkeso.gov.my/v2/myhspstatus.html
2. Masukkan no IC untuk check status sama ada kita layak atau tidak. Jika layak, kita perlu masukkan no handphone dan TAC akan diberikan melalui no hp yang diberi.
3. Masukkan no TAC.. dan tadaa.. SIAP. No baucer Saringan kesihatan akan diterima melalui SMS..
Voucher mama
4. Simpan tau baucer SMS tu..Pastikan korang telefon dulu klinik panel untuk buat appointment. Seeloknya tanya siap-siap klinik tu boleh buat mamogram dan pap smear tak.. Jangan terjah aje.. Boleh check klinik panel di sini https://sihat.perkeso.gov.my/v2/hsp-panel-clinics.html

Mama tak pergi lagi checkup.. Insya Allah kalau ada free sikit akan pergi buat dgn ayah Syafi. Dia pun tak buat lagi. Semoga membantu..
Klik button RESEND SEMULA NO BAUCAR.. nanti kita akan dapat SMS.. Tu je.. mudah, kan!
Apa Nak buat Kalau Lupa Nombor Baucar Saringan Kesihatan PERKESO?
Jangan risau kalau tetiba terdelete SMS no baucar tu.. Korang hanya perlu masuk ke website https://sihat.perkeso.gov.my/v2/myhspstatus.html dan repeat langkah pertama dan kedua di atas..Klik button RESEND SEMULA NO BAUCAR.. nanti kita akan dapat SMS.. Tu je.. mudah, kan!
Tags
LIFESTYLE
good sharing mama...
ReplyDeleteskrg semua dh makin mudah kan kak... good sharing
ReplyDeleteSiapa ada perkeso tu memang patut baca entri ni sebagai panduan.
ReplyDeleteOo..gud info ni
ReplyDeleteMudah skrg ni kak. Paperless antara op yg terbaik. Xde alasan hilang dah kan.
ReplyDeleteterima kasih berkongsi... mmg x penah tau ;-)
ReplyDeleteKat tempat kerja saya memang disediakan saringan percuma untuk umur 40 tahun ke atas
ReplyDeleteTerbaik Mama
ReplyDeletePerkongsian yang bagus..
ReplyDelete