Cahaya Ramadan Buffet di Funtasia Bangi Resort Hotel Mesra Keluarga.. Lagi beberapa hari saja dah nak masuk Bulan Ramadhan. Sekejap sangat masa berlalu. Mama doakan semoga semua yang membaca post ini menyambut Ramadhan dalam keadaan sihat tubuh badan dan semoga dipermudahkan urusan Kita nanti.. Kepada yang tercari-cari buffet Ramadhan yang best mama nak rekemen Cahaya Ramadan Buffet di Funtasia Bangi Resort Hotel Mesra Keluarga. Makanan di Restoran Funtasia Bangi Resort Hotel ini memang Berbaloi uols..
Pernah nampak sushi Naik ferris wheel? Kalau nak tengok meh datang ke Bangi Resort Hotel. Rare kan
Menu Yang Bervariasi & Family Friendly
Buat pengetahuuan Korang menu yang bertemakan Cahaya Ramadhan in didatangkan dengan pelbagai menu terpilih, terdiri dari pelbagai street-style food dan pelbagai makanan bukan saja makanan melayu malah ada makanan Cina, India, Jepun, Barat dal pelbagai lagi.. Lebih 200 menu disediakan dan harga pun berpatutan. Sebab tu mama kata memang berbaloi makan kat sini. Menu-menu di sini sesuai untuk seisi keluarga especially macam keluarga mama. Ini lah pertama kali mama lihat menu buffet yang mesra budak dan banyak menu Syafi ada di sini.. Jom tengok antara menu yang dihidangkan.. Interior design & penggunaan ruang tempat ni pun menarik.
Pelbagai lauk pauk Ada.. ikan, ayam, Daging, sotong, udang.. Dan kambing semua pun Ada
Ulam ulaman yang didatangkan dengan pelbagai jenis sos Dan Sambal pencicah
Salad Dan sayuran
Menu Syafi.. western.
Pizza. Confirm syafi suka. Jarang ada menu seperti ini semasa berbuka. kerana itulah mama katakan bahawa di sini sangat sesuai untuk seisi keluarga.
Ruangan luar Ada kambing golek, satay, makanan India, Kari kepala ikan yang sedap korang mesti cuba tau
Roti john
Nasi kerabu
Signature dish. Kari kepala ikan.
Kuey Teow Goreng
Kambing golek yang sangat special... Juicy, lembut dan memang sedap sangat. Ayah Syafi memang puji. Jarang dia puji makanan tau.. So, ini tandanya memang sedap la
Nasi Briyani
Satay.. my favourite food. Satay ayam dan daging dua-dua sedap. Besar saiznya..
Kuih Muih dan Hidangan Pencuci Mulut
Cerita tentang kuih muih dan pencuci mulut di sini.. Mama rasa kalau buka kuih dan pencuci mulut je dah cukup kenyang dah. Kerana terlalu banyak pilihan sampai tak tau nak makan yang mana dulu.. Dari kuih muih traditional hinggalah, pelbagai kek, ABC, gelato, serawa pulut durian dan bermacam lagi.
Pelbagai buah. Suka sangat hiasan deco meja ni
Kurma yang pelbagai
Bubur lambuk ayam
Pelbagai jenis kek
Kids corner ada poporn, nugget, fries, gula-gula dan coklat confirm budak-budak suka.. Kan mama dah kata menu sini Family Friendly. Seronok la anak-anak nanti..
Serawa durian memang sedaaap sangat.dimakan bersama pulut. Wajib cuba tau
Gelato
Kuih muih
Kecur air liur tgk jeruk
Pelbagai pilihan air
Tarikan Istimewa. Robot Masak??
First time mama lihat restoran yang canggih macam ni.. Ada 2 robot yang mama nganga tengok diorang buat keje.. Senanglah kerja chef-chef.. Boleh tumpukan masak menu lain plak. Boleh serahkan sebahagian hal memasak kepada robot.
Robot Goreng Nasi
Robowok ni kerjanya Masak Nasi Goreng utk mama. Seminit dah siap. Terasa nak pinjam.bawa balik rumah je haha. Memang mudah dan sedap nasi goreng Robowok ni..
Mari tengok video macam.mana Robowok buat kerja
Robot Buatkan air dan Aiskrim
Selain dari Robowok, ada juga Robbie si tukang buat air dan aiskrim.. Pelbagai jenis air kopi, coklat dan juga aiskrim dia pandai buat. Untuk aiskrim boleh pilih topping. Cuma perlu masukkan order di monitor dan Robbie akan beraksi..
Syafi dan aiskrim buatan Robbie
Video Robbie buat kerja dia
Pilihan Makanan Lain
Disebabkan terlalu banyak pilihan makanan korang tengok je lah video ni. Semuanya ada kat sini. Tengok time puasa lagi best tau haha
Kemudahan Berbuka di Bangi Resort Hotel
Memang buka puasa di Bangi Resort Hotel ni Mesra Keluarga kerana terdapat kemudahan yang menjadikan plus point kalau berbuka di sini.
Pemandangan Hijau
Seronok berbuka di sini. Selain dari suasana hotel yang cozy dan nampak kelas bila kita pandang ke luar nampak pokok menghijau suasana alami. Memang segar dan menarik
Kolam Ikan
Sementara menunggu waktu berbuka puasa bolehlah bawa anak-anak ke kolam ikan di tingkat bawah Restoran Funtasia. Boleh beri ikan makan lagi..
Pemandangan Hijau
Seronok berbuka di sini. Selain dari suasana hotel yang cozy dan nampak kelas bila kita pandang ke luar nampak pokok menghijau suasana alami. Memang segar dan menarik
Kolam Ikan
Sementara menunggu waktu berbuka puasa bolehlah bawa anak-anak ke kolam ikan di tingkat bawah Restoran Funtasia. Boleh beri ikan makan lagi..
Surau
Surau yang selesa ada disediakan. Ye lah ada orang yang lebih selesa solat dului sebelum menjamu selera. Maka, sesuai lahsebab surau dekat je
Harga Buffet Cahaya Ramadhan 2019
Makanan sedap, ambient cantik, semuanya best kat sini.. Korang nak tau berapa harga Cahaya Ramadan Buffet di Funtasia Bangi Resort Hotel jom baca di bawah:
Harga Biasa (Walk In) :
RM120++ (dewasa) dan RM60 (kanak-kanak)
Harga tempahan 24 sebelum visit (telefon):
RM90++ (dewasa) dan RM45++ (kanak-kanak)
Harga dalam talian (online)
RM85+ (dewasa) dan RM42.50+ (kanak-kanak).
Setiap 1 pax dewasa RM3.50 akan di salurkan ke tabung Islamic Relief Malaysia. Sambil berbuka sambil beramal..
Untuk Harga diskaun Grouping (lebih 10 orang) boleh terus email Bangi Resort di info@bangiresorthotel.com atau http://www.bangiresorthotel.com/en-us/home/
Untuk pertanyaan dan tempahan boleh hubungi:
Bangi Resort Hotel
Alamat: Off Persiaran Bandar, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Telefon : 03-8210 2222
Website : www.bangiresorthotel.com
Website : www.bangiresorthotel.com
Instagram : @bangi.resort.hotel
Tags
FOOD
Teringat pengat durian dia kak. Sedapnya. Antara bufet yang sedap2 makanan dia semua.
ReplyDeletebanyak menu dia, bab robot tu nasib baik anak tak perasan. kalau tak, kat situ je lah depa ddk
ReplyDeleteBanyak pilihan menu kat sini kan Adda, semua sedap-sedap..
ReplyDeletewahhh ada robot buat aiskrim! First time nampak ni
ReplyDeleteMeriah menunya.
ReplyDeletensb la belum pose lagi... sedapnya semua menu tuh kak... segala mcm pencuci mulut... siap ada robot tlg msk n bt sekerim... mesti bdk2 seronok kn
ReplyDeletebagus..menjamu selera sambil beramal..
ReplyDeleteperghhhh. boleh pula kc datang sini tengok aneka makanan buffet Funtasia Bangi malam malam ni waduhhh terliur! hahahhaa
ReplyDeleteMenu dia semua best-best. Wahhh....boleh dipertimbangkan nanti bila ke sana
ReplyDeleteBa yak juga menunya ye kak. Macam macam piluhan ada . Harga pun berpatutan
ReplyDelete