Mama tengah homesick ni.. Teringat pula kampung mama di Muar. Rindu nak ziarah kubur arwah mak dan ayah. Walaupun mak dan ayah sudah tiada lagi di dunia ini tapi ukhuwah dengan adik-beradik mereka berdua serta jiran-jiran selalu mama jaga. Jiran mama siap telefon mama lagi tanya kenapa dah lama tak balik kampung.. Mama kalau balik kampung mesti akan pergi Dinner di Medan Selera Pesta Muar Johor.. Kitaorang memang suka Dinner di Medan Selera Pesta Muar Johor. Masa arwah berdua ada pun kami selalu bawa diorang ke sini.. Jom tengok menu favourite kami..
Ini lah Chicken chop special kegemaran Syafi. Rm15.50 je. Memang sedap. Kuah dia balance, ada bermacam dalam tu, sosej, telur, cheese, bake bean, kacang peas, roti, fries.. eh apa lagi.. cuma kuahnya tu diasingkan tu yg nampak kering je tu
Ni pula Nasi lemak special favourite ayah syafi. Rm5.50. Kesedapannya tentulah terletak pada sambal yang pekat dan sedap.. alahai lapar la plak
Chicken chop biasa..
Otak2 kini sedap tau..
Tempat ni sebenarnya tempat terbuka.. open air gitu.. banyak stall di sini
Satay sini pun sedap.. semua sedap sebab tu lah mama suka makan kat sini..
Ada skrin besar dan diorang selalu pasang astro kat sini.. Pelbagai bangsa makan kat sini, melayu.. india.. cina semua ada.. satu Malaysia gitu..
Mama rekemen sesapa yg ke Muar untuk singgah sini. Mama suka environment meniaga kat sini sebab semua peniaga kat sini berniaga secara sihat, saling bantu-membantu dan makanan dia pun pelbagai
Kalau nak ke sini boleh la ikut alamat ni
Medan Makan Pesta Baru
Pesta (Muar)84000 Muar, Johor
Waktu perniagaan: 7 malam hingga awal pagi esoknya
Tags
FOOD
mamaaaaa ray lapar ni!!! hahahaha
ReplyDeletesedapnya nampak..
ReplyDeletelah akak org johor jgk ye kak...
ReplyDeletedana klu balik johor semua menu nk cuba... susah nk jumpa menu makanan johor kt kl ni, klu ada pun beberapa jenis je...
Akak org muo.. Dana Johor area Mana?
DeleteTempat jatuh lagi dikenang inikan pulak tempat makan-makan eh! macam tak kena jer... hahaha
ReplyDeleteKalau dah semua sedap kena datang banyak-banyak kali tu baru boleh rasa semua.
Adui...lapar tengok makanan sedap-sedap ni
ReplyDeleteKalau ke Muar nnt bleh lah try singgah. Mcm2 ada. Hehe
ReplyDeleteKak Adda orang Muar rupanya, pernah pergi sekali je kat sana. Chicken Chop Special tu nampak sedap, meriah betul bahan dia :D
ReplyDeletehttps://www.farhanajafri.com/
Tak pernah try lagi makan kat sini. Kalau ada peluang, insha Allah saya dan isteri boleh try ni.
ReplyDeleteMuo mesti ada satay kan
ReplyDeleteMenarik tempat macam nie Adda, makanan pun nampak sedap tu..
ReplyDeleteChicken chop Syafi tu nampak sedap sgt kak. Berbaloi dengan harga dia. Meriah bahan2 dalam tu.
ReplyDeletemakanan kat situ mmg sedappp nmpk smua.. jumlah pun bnyk.. berbaloi
ReplyDeletemana mi bandung muo?😆
ReplyDeleteSuka konsep gerai macam ini.. Banyak pilihan di satu tempat..
ReplyDeletesedapnyaaa
ReplyDelete