13 Cara Untuk Meraih Pahala Maksimum di Bulan Ramadhan.

13 Cara Untuk Meraih Pahala Maksimum di Bulan Ramadhan. Mama selalu inginkan Ramadhan setiap tahun mama adalah maksimum dari segi amalam dan tentu sekali kita dambakan pahala yang maksimum juga. Jom ketahui 13 Cara Untuk Meraih Pahala Maksimum di Bulan Ramadhan. 
S

1. Memperbanyakkan solat sunat.

Pada bulan Ramadan, solat sunat adalah sama nilainya dengan solat fardu. Manakala solat fardu adalah sama nilainya dengan 70 kali solat fardu pada bulan yang lain. Solat sunat rawatib adalah solat yang sentiasa dijaga pelaksanaannya oleh Rasulullah s.a.w. Ia berjumlah 43. 12 rakaat sehari semalam iaitu: Dua rakaat sebelum subuh, empat rakaat sebelum zuhur, dua rakaat selepas zuhur, dua rakaat sebelum asar dan dua rakaat selepas maghrib.

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Barang siapa yang solat dalam satu hari satu malam dua belas rakaat, selain solat wajib, dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.”
- Hadis riwayat Muslim


2. Meningkatkan kualiti puasa. 

Imam Ghazali dalam kitabnya, Ihya Ulumuddin membahagikan puasa kepada tiga peringkat iaitu:

Pertama: Puasa Awam, iaitu menahan makan, minum dan syahwat pada siang hari bulan Ramadan.

Kedua: Puasa Khawas, iaitu puasa anggota badan seperti mata, tangan, kaki dan telinga daripada melakukan sesuatu yang haram.

Ketiga: Puasa Khawas al-Khawas, iaitu mengikat hati dengan kecintaan dan mengharapkan hanya balasan ALLAH S.W.T, membenci perkara-perkara mungkar, menumpukan hati dengan ketaatan dan zikir kepada-NYA.


3. Qiamullail

Qiamullail atau bangun pada waktu malam untuk melakukan ibadat kepada ALLAH S.W.T adalah medium untuk membina jati diri dan peribadi yang tinggi. Tiada yang mampu melakukannya kecuali orang yang ikhlas. Maka paksalah diri kita untuk melakukannya kerana ganjarannya amat bernilai.

Malik bin Dinar r.a menyatakan: “Tidak ada yang tersisa daripada kelazatan dunia kecuali tiga perkara iaitu; berzikir mengingati ALLAH S.W.T, qiamullail dan bertemu sesama saudara.”

Sementara Umar bin Abdul Aziz sangat menikmati manfaat qiamullail ini. Dia menyatakan: “Aku sentiasa melakukan qiamullail dalam satu tahun, lalu kurasakan kenikmatannya selama 20 tahun.”


4. Berzikir

Memelihara tiga kesempatan dalam berzikir:

a. Zikir pada waktu pagi dan petang. Iaitu mengamalkan zikir-zikir mudah yang terkandung di dalam al-Ma’thurat sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.
Imam Nawawi berpandangan bahawa: “Tidak ada orang yang rutin memelihara zikir pagi dan petang kecuali dia orang yang bertakwa.”

b. Zikir ketika berada dalam keadaan tertentu seperti masuk dan keluar rumah, menaiki kenderaan, makan, tidur dan sebagainya.

c. Zikir hati atau tafakur iaitu memikirkan kejadian langit, bintang, matahari, bulan, gunung, laut dan pelbagai fenomena alam lainnya. Amalan ini akan dapat memantapkan lagi keimanan di dalam hati. Lalu, menumbuhkan rasa penyerahan diri kepada ALLAH S.W.T.


5. Bersedekah

Adakah kita ingin mendekati ALLAH S.W.T dan kita memperoleh darjat yang tinggi serta menemani Rasulullah s.a.w di syurga? Adakah kita ingin anak-anak aman dan terjamin kesejahteraannya apabila kita tiada kelak? Kita tidak perlu takut kepada kemiskinan hanya disebabkan kita bersedekah kerana ALLAH S.W.T tidak pernah putus memberi balasan kepada orang yang sentiasa bersedekah. ALLAH S.W.T berfirman:

Maksudnya: 
“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada ALLAH sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya ALLAH melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), ALLAH jualah Yang Menyempit dan Yang Meluaskan (pemberian rezeki), dan kepada-NYAlah kamu semua dikembalikan.”
- Surah al-Baqarah: 245


6. Bertadarus

Membaca atau bertadarus al-Quran adalah ibadat paling utama pada bulan Ramadan. Berusahalah mengkhatamkan al-Quran lebih daripada sekali pada bulan ini.


7. Menyegerakan bertaubat

Taubat adalah penyesalan terhadap perkara-perkara buruk yang pernah dilakukan dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi. Setiap hari kita semua perlu bertaubat terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini.


8. Beriktikaf 

Iktikaf adalah sebahagian daripada sunnah yang sentiasa dilakukan Rasulullah s.a.w pada sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan. Bahkan pada tahun kewafatan baginda, Rasulullah s.a.w melakukan iktikaf selama 20 hari. Iktikaf bermaksud mendampingi masjid. Tujuan iktikaf ini ialah untuk membersihkan hati dengan mengingati ALLAH dan taqarrub (berdamping) dengan-NYA yang Maha Pencipta dengan hati yang ikhlas.


9. Redha di atas segala ketetapan ALLAH S.W.T.

Orang yang paling gembira di dunia ini adalah yang sentiasa redha dengan ketetapan ALLAH S.W.T. Keredhaan adalah tingkat yang lebih tinggi daripada sifat sabar. 

Sayidina Ali bin Abi Talib r.a berkata: “Barang siapa yang redha dengan ketetapan ALLAH S.W.T ke atas dirinya, maka ia akan mendapat pahala. Dan barangsiapa yang tidak redha terhadap ketetapan ALLAH S.W.T ke atasnya, ketetapan itu akan tetap terjadi dan ia tidak mendapat pahala amalannya.”


10. Sentiasa memaafkan orang lain dan mengeratkan silaturahim

Memaafkan adalah sifat yang mulia. Perasaan marah tidak wujud di dalam diri sekiranya kita bersedia untuk memberi kemaafan. Ini juga merupakan sikap baginda s.a.w.


11. Bahagiakan orang tua (ibu bapa)

12. Bersungguh-sungguh meraih lailatulqadar 

Merupakan malam yang paling mulia dalam satu tahun dan tiada keutamaan yang menyerupainya. Ibadat pada malam itu lebih baik daripada 1000 bulan. Terdapat hadis yang menyebut bahawa malam tersebut jatuh pada salah satu malam sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan, terutamanya pada malam-malam ganjil. Malam-malam ganjil itu ialah malam ke 21, 23, 25, 27 dan 29.

Aisyah r.a meriwayatkan bahawa dia bertanya:
“Wahai Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mengetahui lailatulqadar, apa yang harus aku ucapkan di dalamnya?” Baginda menjawab, katakanlah: “Ya ALLAH, sesungguhnya ENGKAU Maha Pengampun, ENGKAU mencintai pengampunan maka ampunilah aku.” - Hadis riwayat Ahmad, Tarmizi dan Ibnu Majah

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

18 Comments

Words of wisdom

  1. bagus perkongsian ni kak. peringatan buat kita semua utk di amalkan.

    ReplyDelete
  2. Semoga kita istiqamah beribadah dalam bulan Ramadhan

    ReplyDelete
  3. terima kasih utk perkongsian kak

    ReplyDelete
  4. ada ustaz bagi tazkirah baru-baru ni. dalam bulan ramadan, dalam sehari tolong lakukan 3 perkara. Baca quran, sedekah dan tambah ilmu.

    ReplyDelete
  5. tq for sharing..smoga kita dpt memperoleh pahala yg berganda di bulan ramadhan yg mulia ini

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian. Semoga kita dapat merebut pahala maksimum tersebut. InshaAllah aamiin

    ReplyDelete
  7. mampukah sy peroleh pahala maksimum?

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. another good read here

    ReplyDelete
  9. Jazakillah atas perkongsian..
    Semoga Kita dipermudahkan Allah untuk meraihnya.

    ReplyDelete
  10. banyak yg saya belajar hari ini drp mama. tazkirah yg ringkas tp padu. Thanks, mama!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama cuma sharing je Abam.. utk bacaan Kita sama2. Ini pun utk mama baca juga

      Delete
  11. Semoga bermanfaat buat Kita semua ye.. tq baca Dan senoga Kita mendapat krbrrkatan mksimum Ramadhan Kali ni

    ReplyDelete
  12. rasa rugi pulak tak sempat nak buat semua..

    apa-apapun masih ada masa lagi

    ReplyDelete
  13. Bulan puasa tahun ni belum start bangun qiamullail lagi..huhuhu

    ReplyDelete
  14. Semoga kita istiqamah beribadah dalam bulan Ramadhan dan juga bulan-bulan selepas Ramadhan..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post