4 Kesilapan Yang Sering Dilakukan Di Bulan Ramadan. Semoga salah faham tentang amalan-amalan yang dinyatakan dapat diperbetulkan dan kita dapat mempertingkatkan lagi tingkat ibadat sesempurna mungkin. Mudah-mudahan ALLAH permudahkan segala urusan demi kebaikan bersama. Semoga ibadah kita diterima oleh NYA.. 4 Kesilapan Yang Sering Dilakukan Di Bulan Ramadan
1. Solat witir selepas tarawih
Sabda baginda s.a.w,
“Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam.”
Tidak salah melakukan solat sunat witir selepas solat tarawih. Cuma, jika seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka lebih afdal melewatkan witirnya pada akhir malam.
2. Bersahur di tengah malam
Ada di kalangan individu yang bersahur pada waktu tengah malam sebelum tidur kerana malas bangun pada akhir malam. Orang yang melakukan amalan ini terhalang daripada mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi s.a.w dan pastinya bertentangan dengan sunah baginda.
3. Tidak produktif
Ada juga segelintir individu yang bermalas-malasan dan tidak produktif dalam melakukan kerja-kerja pada siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan kerja yang dilakukan dengan niat ibadat pasti akan menambahkan pahala pada bulan yang mulia ini.
4. Tidak ikhlas dalam beribadat
Setiap kali kedatangan Ramadan, ramai jemaah yang hadir ke masjid atau surau untuk memakmurkannya. Ada yang datang kerana kemeriahannya dan mengharapkan ‘moreh’nya sahaja. Maka, amat malanglah bagi mereka yang hadir ke masjid bukan di atas dasar keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala ALLAH S.W.T. Ingatlah bahawa setiap amalan kita dikira dengan niat.
Tags
ISLAMIK
yang no 1 tu tiada kesalahan, lakukan awal kerana dalam bulan Ramadhan. Jika nak solat tahajjud time sahur x perlu solat witir balik. kerana tiada dua solat sunat witir dalam satu malam.
ReplyDeletetq info :)
ReplyDeleteterima aksih
ReplyDeletetapi sya selalu x tidurt sampai sahur hihihi
tkut x sedar
Alhamdulillah. sikit2 belajar untuk ubah to be a better person
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tq for sharing. Moga amalan kita sepanjang Ramadan mendapat keberkatan darpada-Nya. In shaa Allah.
ReplyDeletemenarik dan kesilapan begini masih ada masa lagi untuk meemperbetulkannya
ReplyDeleteTapi ini yang selalu orang kita buat kan kak
ReplyDeleteApa apa pun bermula daripada niat kan mama..
ReplyDeleteGood sharing mamapp.. yang no 2 tu Sha selalu buat masa bujang dulu.. Huhuhu.. Sekarang ini memang bangun sahur tiap-tiap hari..
ReplyDelete