Cadangan Amalan 10 Hari Terakhir Ramadhan. Sekejap saja kita sudah berada di 10 malam terakhir Ramadhan. Terasa sekejap saja masa berlalu kan. Rasa sedih bila kenangkan Ramadhan akan meninggalkan kita tak lama lagi. Jom sama-sama baca Cadangan Amalan 10 Hari Terakhir Ramadhan ni.. Untuk rujukan mama juga ni
Cadangan Amalan 10 Hari Terakhir Ramadhan
1) Tunaikan Solat Fardhu pada awal waktu dan secara berjemaah.
2) Laksanakan Solat Tarawih dan Qiyamullail pada setiap malam.
3) Bersedekah walaupun RM 1 pada setiap malam.
4) Membaca al-Quran walaupun satu muka surat setiap malam.
5) Berbuat baik dan banyakkan khidmat bakti kepada ibu bapa, isteri dan anak-anak.
6) Banyakkan berzikir, beristighfar dan berdoa.
7) Ulang sebanyak-banyaknya doa yang diajar oleh Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam kepada isteri Baginda, A'isyah Radhiayallahu 'Anha:
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
8) Banyakkan bertenang dan jauhkanlah diri daripada sebarang perbalahan.
9) Banyakkan berdoa semoga Allah menerima segala amal ibadah yang telah dilakukan.
10) Hindarkan diri daripada sifat riya', 'ujub, sum'ah dan takabbur dengan amalan yang telah dilakukan.
"Ya Allah, taufiqkanlah kami untuk melaksanakan ibadah sebaik mungkin untuk-Mu khususnya pada penghujung Ramadhan yang mulia dan terimalah segala amalan kami".
- Abu 'Anas Madani
Perkongsian dari Ustaz Muhadir di IKIM ...
Bermula malam ni amalkan paling kurang bacaan..1. Al Fatihah 3x
2. Al Zalzalah 2x
3. Al Kafirun 4x
4. Al Ikhlas 3x
5. Yaasin 1x
Sebaik2nya satu set baca di waktu pagi dan satu set dibaca pada waktu malam...
Kalau mahu baca lebih dari satu set juga digalakkan...
Ini adalah bacaan paling minima buat 10 malam terakhir Ramadhan...
Mudah2an kita tergolong dalam golongan yang mendapat lailatul qadar.
Aamiin.
Juga amalkan Bermula dari sekarang dan sepanjang 10 mlm terakhir, jangan tinggal doa:
"Allahuma, Innaka, 'Afuwwun, Tuhibbul, 'Afwa, Fa'Fu'Anni"
Ya Allah sesungguhnaya Kau maha pemaaf, senang memaafkan., maka maafkanlah aku.
Tags
ISLAMIK
Terima kasih kak berkongsi ilmu. Jom rebut 10 malam terakhir Ramadhan. RAMADHAN KAREEM.
ReplyDeleteterima kasih mamaaaa
ReplyDeletePecutan akhir Ramadhan.Moga Allah redha.Aamiin.
ReplyDeleteTk
ReplyDeleteIn syaa Allah
terima kasih atas perkongsian =)
ReplyDeletesama2 kita meningkatkan amalan utk 10 mlm terahir ramadhan
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian yg sangat baik..jom misi mencari malam lailatul qadar..InsyaAllah semoga dipertemukan dgn malam lailatul qadar :)
ReplyDeletesekarang dah semakin berakhir bulan Ramadan..
ReplyDeleterasa sedih sudah terasa