Colours of Ramadan, Buffet Ramadan 2019 di The Venue Shah Alam

Sehingga hari ini masih ada lagi yang tercari-cari buffet Ramadhan di sana sini. Kawan-kawan mama pun keep on tanya mana tempat berbuka yang ada di area Shah Alam. Ni mama nak bagitau tentang Colours of Ramadan, Buffet Ramadan 2019 di The Venue Shah Alam. Harga berbaloi, makanan sedap dan ada pelbagai kemudahan lain. Kat sini selain dari dari Bufet Ramadhan sering juga diadakan event lain seperti kenduri kahwin, majlis rasmi dan lain-lain.. Jom tengok Colours of Ramadan, Buffet Ramadan 2019 di The Venue Shah Alam..

The Venue Shah Alam. Pemandangan dari hadapan The Venue.

Colours of Ramadan, Tema Buffet Ramadan 2019 di The Venue Shah Alam

Tahun 2019 ni konsep Buffet Ramadhan di The Venue adalah "Colours of Ramadan". Menu yang dihidangkan adalah kebanyakannya aneka menu tradisional dan ada juga pelbagai menu lain. Kalau nak tau boleh baca di bawah ni..

Antara hidangan yang disediakan di The Venue.. Yummmy!

Menu Buffet Ramadan di The Venue Shah Alam

Terdapat pelbagai menu yang tentunya akan membuatkan kita kecur air liur.. Antara hidangan makanan utama yang tentunya orang cari semasa iftar kebanyakannya ada di sini seperti Kambing Golek, , Grill BBQ, Nasi Briyani Bukhara, Nasi Arab, Nasi Tomato, pelbagai lauk ayam, ikan, sotong, seafood dan daging.. Juga disediakan pelbagai pencuci mulut, aneka bubur, steamboat dan pelbagai kuih tempatan..


Ayam percik sangat sedap tau. Tak manis macam typical ayam percik lain. Versi ni mama suka sebab terasa rempah-rempah dia. Selain ayam percik, ada juga Ayam Cili Padi, Ayam Rendang, Ayam Masak Kurma, Kari Ayam, Ayam Kerutuk dan macam-macam lagi.


Pelbagai seafood seperti pepahat, lala, kupang, udang ada dalam hidangan ni. Sesuai untuk penggemar seafood

Pelbagai kuih melayu 

Nasi Briyani,/ Nasi Arab, Nasi Minyak semua ada

Ikan bakar

Alahai sedapnya kambing

Roti jala yang sedap. Kari roti jala dan hidangan kari di The Venue ni mama memang puji sebab sedap sangat.

Steamboat

Antara hidangan minuman

Buah-buahan

Lauk-pauk



Kemudahan bagi Pengunjung The Venue Shah Alam

Alhamdulillah, bila berbuka di sini memang terasa mudah dan selesa kerana pihak The Venue telah menyediakan kemudahan bagi pelanggannya. 

Terdapat surau di tingkat satu. Jadinya kepada orang yang selalunya makan lambat macam mama ni sesuai la solat dulu then baru sambung beriftar.


Ruang dewan besar dan selesa. Dewan ini boleh memuatkan sehingga 400 pax. Dewan ini beraircond so sangat selesa untuk semua pengunjung. Sambil berbuka ada Live Band yang menghiburkan dan memberikan mood untuk makan hihi..

Parking di sini mudah dan FREE sebab di perkarangan The Venue ada kawasan lapang yang boleh memuatkan banyak kereta untuk parking. 


Harga Buffet Ramadan di The Venue Shah Alam

Masih belum terlambat kalau nak book untuk iftar di sini. Harga seperti berikut
Dewasa RM 55
Kanak-kanak RM30 (7-12 tahun) 
Kanak-kanak bawah 7 tahun - FREE


Hubungi The Venue Shah Alam

Bagi sesiapa yang ingin menghubungi The Venue untuk tempahan berbuka puasa atau event boleh refer alamat dan no telefon di bawah


The Venue Shah Alam 

Alamat: Jalan 15/23, Seksyen 15, Shah Alam.
No telefon: 019-8585825 / 019-8585375 

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

14 Comments

Words of wisdom

  1. Wahh makanan yang tersedia.. So marvelousss! Look deliciouss hehe

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Mama yh tgk sekali LG Ni on terasa merecik juga Ni hha

      Delete
  3. Wah meriah ni. Tempat pun selesa

    ReplyDelete
  4. Sedapnya Adda pilihan makanan kat sini, harga pun tak mahal sangat kan..

    ReplyDelete
  5. nasib baik dah kenyang. kalau tak terliur habisss haha

    ReplyDelete
  6. Nyum.. nyum.. sedap sungguh menu-menu dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Sha.. pandai chef dia masak masakan traditional

      Delete
Previous Post Next Post