Genap Setahun

Hari ini genaplah setahun mama menjadi yatim piatu. Perasaan menjadi yatim apabila kehilangan mak pada tahun 2015 Dan perasaan kehilangan ayah pada tahun 2018 merangkap tahun kehilangan kedua in bapa adalah berlainan. Sangat2 lain bila dua-dua dah tiada lagi.. Perasaan kosong, tiada tempat mengadu, tergantung tanpa arah.. itulah yang mama rasa.. Kini telah genap setahun mama menjadi sebegitu dan masih lagi terkenang-kenang kenangan bersama mereka sehingga ke hari ini..

 Alfatihah buat Hajah Jamilah binti Abu Bakar.. http://www.mamapipie.com/2015/02/dah-seminggu-mak-pergi.html & http://www.mamapipie.com/2015/03/genap-sebulan.html

Alfatihah buat Haji Ahmad bin Abdul Kadir.. http://www.mamapipie.com/2018/05/bersemadilah-dengan-tenang-lelaki.html

Bila berpuasa tanpa kehadiran mereka terasa sepi dan sunyi.. Dulu selalu cari masa untuk balik dan berbuka puasa bersama mereka. Kini, rumah yang sunyi aje menyambut kami jika pulang ke kampung. Tercari-cari juga perkara yang hilang tu.. seperti ada lubang besar dalam hati mama ni..

Sehari dua ni pun teringat pada arwah abang angkat mama dari Sarawak. http://www.mamapipie.com/2017/10/kehilangan.html.. Dulu arwah mak kata dia ingatkan mama akan end my single life dgn abg angkat mama ni. Tapi ternyata hubungan kami adalah atas dasar abang-adik saja kerana mama mengenali mak ayah angkat mama di Sarawak sebelum mama mengenali abang Mili dan berjumpa dia di KL.. Baik orangnya dan suka bergurau..

Alfatihah buat mereka yang telah pergi semoga Allah mengampunkan segala dosa mereka dan menganugerahkan nikmat kubur ke atas mereka. Moga mereka mendapat syafaat dan masuk ke Syurga tanpa hisab..

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

26 Comments

Words of wisdom

  1. alfatihah utk arwah mak ayah adda

    ReplyDelete
  2. Al-fatihah buat mak ayah sis. Selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  3. Allahumaghfirlahum Warhamhum Wa’afihi Wa’fuanhum

    ReplyDelete
  4. Al fatihah. Semoga mereka ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. Amin. Selamat berpuasa sis

    ReplyDelete
  5. AL fatihah buat kedua ibubapa mamapp

    ReplyDelete
  6. alfatihah.... sedihnya kan kak, hari biasa sedih tak sesedih bila time puasa n raya

    ReplyDelete
  7. al-fatihah buat kedua ibu bapa akak. semoga dicucuri rahmat ke atas roh mereka. sedihnya kak. smeoga akak kuat dan doakan kesejahteraan mereka di sana.

    ReplyDelete
  8. Terimakasih infonya gan sukses terus...

    ReplyDelete
  9. amin yrba.. hanya doa yg mampu dikirim tq ye u ols

    ReplyDelete
  10. Al fatihah untuk yg telah pergi..

    ReplyDelete
  11. tahun ni min genap 6 tahun jadi anak yatim. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang orang beriman. amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. 6 tahun.. lagi lama.. tapi perasaaan tu mmg tak boleh gambar kan mimin

      Delete
  12. Al Fatihah untuk Mak dan Ayah Adda.. juga untuk abang angkat.. semoga mereka ditempatkan bersama orang yang beriman.. aamiin ya rabb.. Memang akan ada satu lubang dan ruang kosong dalam hati kita nie kan..

    ReplyDelete
  13. Al-Fatihah untuk kedua-dua ibu bapa akak.. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. Nak maklum, TAHNIAH kerana minggu nie akak terpilih untuk direview dalam jurnal saya..

    https://www.shikinrazali.com/2019/05/sahabat-blogger-pilihan.html

    ReplyDelete
  14. Perasaan kehilangan yang tak kan terisi.. semoga roh mereka yang kita sayang ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.. Aamiin..

    ReplyDelete
  15. Al Fatihah. Semoga insan-insan yang kita sayang ditempatkan di kalangan orang beriman. Aamiin...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post