Happy Anniversary to Us

Hari ini genaplah 12 tahun mama dan ayah Syafi diikat dengan akad yang sah. Alhamdulillah sangat sekejap masa berlalu tengok2 anak dah Besar Dan umur pun dah meningkat..Happy Anniversary to Us 💘..

Photo by Giftpundits.com from Pexels

Penat mama Cari gambar kahwin rupanya mama Tak pernah upload di FB.. baru teringat mama letak Dlm hard disk Dan komputer di office je. Hmm Malas nak korek so mama tepek gambar perantin lama je la.. gambar Ni semasa kenduri Awal Dan Scha tahun 2012. Kami Masa Ni dah 5 tahun kahwin dah.. kami tumpang pelamin je haha.. Kalau nak Tau macam Mana hubungan mama Dan schawalara Boleh Lah refer tag schawalara ye.. Kalau nak tengok gambar kahwin kitaorg yg tak glemer tu boleh lah baca sini http://www.mamapipie.com/2010/05/sempena-anniversary-aku-wajib-ada-gambo.html 

Ingatkan nak letak gambar Masa kami dating masa muda dolu tapi Tak sempatlah.. harini family mama berbuka di rumah so mama sibuk sikit. Ni mama ambil dari FB rakan mama.. gambar Ni semasa sedng tunggu perantin lelaki

Ni gambar Selepas nikah.. alhamdulillah semua berjalan lancar.

Setiap pasangan yang bertunang tentu akan diuji Dan ujian mama serta ayah pula adalah apabila 2 bulan sebelum kahwin ayah Syafi disahkan menghidap kanser tahap 3. Masa kahwin Ni badan dia kurus sangat, almost 20kg turun.. mama pun risau sebab ayah Syafi Masa tu Tak boleh berdiri lama2.. tapi alhamdulillah berkat doa keluarga dan semua rakan-rakan, majlis berjalan dengan lancar. Kalau nak Tau perjalanan perit mama Boleh try godek2 entry lama mama...tajuk reminiscing kut..

Kelakar juga Masa baru kenal dulu kami satu office Dan duduk bersebelahan cubicle. Kami share charger deck phone tapi Masa tu mama Tak suka ayah Syafi. Siap muncung lagi Kalau kawan2 mama ajak lepak sama.. Tak sangka Selepas setahun mama pindah kerja lain tetiba Boleh berhubung kembali .. mama percaya jodoh kami telah ditentukan kerana semasa tu mama couple dengan orang lain dan mama Ada beberapa Kali buat solat istikharah tapi takde perasaan "fireworks" pada si dia.. tetiba ayah Syafi contact mama.. rupanya Masa tu dia pun Ada istikharah juga Dan tetiba dia teringat mama.. 

Cut short.. Alhamdulillah setelah 12 tahun berkahwin ternyata kami saling melengkapi. Dengan kehadiran Syafi hubungan menjadi semakin rapat. Semoga keluarga kecil mama sentiasa mendapat rahmat Dan menjadi keluarga sakinah Dan mawaddah.. mama selalu doa agar kami semua dapat menunaikan haji di mekah semasa kami masih muda Dan kuat Dan semua kami sekeluarga sentiasa dikurniakan kesihatan, rezeki Dan segala yang baik-baik buat kami.. Amin..

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

13 Comments

Words of wisdom

  1. selamat hari ulang tahun mama. semoga sentiasa bahagia di samping keluarga tersayang.

    ReplyDelete
  2. haha comel je kongsi charger sampai boleh muncul fireworks! Happy anniversarry kak adda!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoho.. mama x cerita charger tu kitaorg pass2 melalui lubang cubicle

      Delete
  3. wahhhh seronoknya tengok mamapie throwback balik gambar kahwin.. mesti terkenang moment2 nak akad nikah kan, hehe

    ReplyDelete
  4. Happy anniversary mamapp
    Semoga kekal bahagia selamanya.

    ReplyDelete
  5. Tqtq semua hihi sekejap je Masa berlalu kan

    ReplyDelete
  6. Happy Anniversary kak, moga kekal bahagia hingga ke syurga ya...

    alahai, sweet2 gitu kisah cinta akak mula2 tu, alhamdulillah walapun ada sikit ujian di awalnya tp alhamdulillah, semuanya berjln lancar

    ReplyDelete
  7. Happy anniversary. Semoga berkekalan till jannah.

    ReplyDelete
  8. happy anniversary..semoga berbahagia hingga ke jannah...wah cinta berputik di opis duduk bersebelahan cubicle je

    ReplyDelete
  9. Terimakasih banyak infonya happyanviersary mbak semoga yang disemogakan bisa terkbaulkan...

    ReplyDelete
  10. Happy anniversary mamapp,..
    Semoga kekal bahagia selamanya hingga ke Jannah..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post