Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api. Bila puasa ni mulalah mengidam macam-macam makanan yang kita jarang makan. Contohnya seperti Ayam masak lemak cili api ni. Tak ingat Ramadhan keberapa lauk ni dimasak. Sedap juga untuk berbuka puasa.. Jom mama sharekan Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api.
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api
Memandangkan mama malas nak menaip jadinya mama copy resepi dari Azie Kitchen je la ye. Sama je cara buatnya tu cuma mama tak perap ayam tu. Mungkin kalau buat style Azie Kitchen lagi sedap kut. Boleh cuba nanti..
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi
Oleh: Azie KitchenBahan bahan:
1 ekor ayam - potong 16 dengan kulit sekali
1 biji kelapa parut - asing santan pekat dan cair
Garam
1 keping asam keping
1/2 helai daun kunyit - hiris halus
Bahan tumbuk halus:
5 - 8 tangkai cili api kampung hijau
5 - 8 tangkai cili merah Pakistan
2 saiz ibu jari kunyit hidup
1 ulas bawang merah
Cara cara:
Ayam diperap dengan garam dalam 30 minit hingga 1 jam. Tabur sedikit serbuk kunyit bagi tidak menjadikan ayam berwarna pucat.
Sementara itu, bolehlah menumbuk bahan tumbuk dan sediakan bahan bahan lain. Bahan tumbuk dihiris halus supaya senang menjadi lumat.
Masukkan ayam dalam periuk dan nyalakan api perlahan. Kacau sehingga kulit ayam nampak kering sedikit.
Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan asam keping.
Sebaik ayam empuk, masukkan daun kunyit yang dihiris halus.
Kemudian tambah santan pekat. Selepas masuk santan pekat, masak dalam 6-8 minit sahaja. Tutup api dan terus dikacau.
Kemudian buka api perlahan sahaja supaya kuah mendidih kecil supaya tiada buih buih dalam kuah. Sesuaikan rasa. Tambah garam, jika perlu.
Bila nampak kuah pekat dan terbit minyak cantik, bolehlah ditutup api dan sedia dihidangkan. Sedap dihidangkan ketika kuahnya tidak terlalu panas supaya terasa kepedasannya.
Tags
Resepi
ray lg suke kuah lemak kaler putih tu
ReplyDeleteye ke.. mama suka yg kuning2 nampak meriah hihi
Deletesedapnya lahai.. msk lemak cili api tak pernah tak memikat
ReplyDeletesedap tu..fav juga..tp menu ni blum masak lg utk berbuka puasa
ReplyDeleteBaru buat semalam..buat pedas skit..sedap makan..
ReplyDeleteAduhh mbak itu ayam cili api keliatananya sangat - sangat mantap cukup paten kalau aku coba pas lebaran pasti enak banget apalagi kumpul bareng maknnya, i like very good....
ReplyDeleteMakan dgn ikan yg baru dilancing tentu sedap kn
DeleteSedapnya mamapp.. Sha baru buat gulai lemak semalam tapi ikan bawallah..
ReplyDeleteSedap dapat tu.. nyummm nyummm
ReplyDeleteLagi pedas lagi menyengat
ReplyDeleteWah nampak sedapnya klu tambah cili lgu
ReplyDeleteaduhai..sedapnya...belum merasa lagi masak lemak cili padi ayam bulan puasa ni
ReplyDelete