Hukum Bawa Balik Makanan Dari Jamuan Rumah Terbuka.. Kita dijemput ke rumah terbuka anjuran tuan rumah atau pihak masjid, surau, pejabat dan sebagainya. Isunya ada yang bukan setakat makan di sana, bahkan ada setengah tetamu yang tapau makanan atau buah bawa balik tanpa keizinan daripada tuan rumah. Hukum Bawa Balik Makanan Dari Jamuan Rumah Terbuka
Apakah hukum bawa balik makanan atau buah tersebut?
Perkara asas yang perlu kita tahu bahawa status tetamu dalam urusan menggunakan harta atau manfaat milik tuan rumah termasuk dalam hukum ibahah.
APA DIA IBAHAH?
Al ibahah yang dimaksudkan disini bukanlah merujuk kepada ibahah dengan makna harus atau mubah.
Seperti "harta mubah" yakni harta yang harus digunakan kerana harta mubah tidak menjadi milik sesiapa.
MAKNA IBAHAH.
Adapun ibahah yang menjadi tajuk perbincangan disini bermaksud memberi keizinan kepada pihak lain untuk menggunakan harta atau manfaat yang menjadi miliknya.
Contoh ibahah ialah harta yang diberi pinjam kepada pihak lain dan juga memberi izin kepada tetamu menggunakan harta ( tasarof) dan manfaat miliknya.
TETAMU TIDAK MEMILIKI HARTA YANG DIBERIKAN OLEH TUAN RUMAH.
1).Ibahah tidak termasuk dalam akad pemilikan.
2). Harta tuan rumah samada makanan dan minuman yang dihidang tidak menjadi milik tetamu, bahkan tetap menjadi milik tuan rumah.
Tersebut dalam kitab Al baijuri Ibnu Qosim, makanan ibahah tidak menjadi milik tetamu, melainkan apabila makanan tersebut berada dalam mulutnya baru jadi miliknya.
3). Harta ibahah hanya boleh digunakan untuk diri sendiri sahaja dan digunakan pada tempat tersebut sahaja.
4). Haram tetamu memberikan makanan kepada orang lain, walaupun kepada anaknya sendiri atau kepada binatang sekalipun, kerana harta ibahah bukan menjadi milik tetamu, maka tidak sah untuk hibbahkan kepada orang lain.
Tersebut dalam kitab Kifayah al Akhyar bagi syeikh al-Imam Taqiiyuddin Abu Bakr, seorang ulama' terkenal dalam mazhab syafie, katanya orang yang diberi ibahah kepadanya tidak boleh memindahkan harta ibahah kepada orang lain.
Tetamu tidak boleh memberi izin kepada pihak lain untuk makan makanan yang dihidang kepadanya dan juga tidak harus memberi makan kepada kucing makanan tersebut.
5). Haram tetamu bawa balik makanan ibahah tanpa izin daripada tuan rumah, kerana harta Ibahah hanya diizin digunakan pada tempat tersebut sahaja.
Allahu'alam bisowab.
Sumber:Azhar Ramli
Tags
ISLAMIK
biasanya kalau saudara mara or kawan rapat, memang bagi greenlight. tapi kalau bukan saudara, segan hahaa.
ReplyDeletebetul tu kak, ramai yang ambik kesempatan kdg2 bila di majlis bsr2. Tapi, kalau rumah saya. saya halalkan je. ada permission saya atau pun tidak. bab makan saya tak nak berkira. Jangan bungkus sampai licin dan next visitor xdpt tu..hat tu jgn lah
ReplyDeleteCukuplah makan disitu..
ReplyDeleteKan kata jemputan makan dirumahnya..
Bukan tapaw bawa balik..
Lain lah tuan rumah/surau/masjid suruh bawa balik sbb takut membazir..
Selalu kat kampung...mmg camni. Tuan runah jeling jeling ehem ehem pun ...saja je...makin meriah pulak membungkus
ReplyDeleteGud info. Memang kat mana-mana ada je yang jenis nak tapau² ni hehe
ReplyDeleteSyukran for sharing..takut juga kan termakan yg haram..
ReplyDeleteIlmu baru ni, first time dengar perkataan ibahah..thanks sharing mama :)
ReplyDeleteTak manis ambil, walau pun di pelawa oleh tuan rumah.
ReplyDeleteRamai yg terlepas pandang bab ni kan kak. Tp selalunya bila ada jamuan tu kita halalkan je sesiapa yg amik.
ReplyDeleteRamai yang peduli bab ini.. selamba je membungkus untuk bawa balik..
ReplyDeletehi hi kalau sedara-mara, normally akan borak lama.
ReplyDeleteso sampai le ke habis rumah terbuka.
da abis, memang tapau la kan.
tapi, if dtg awal, takkan nak tapau :) hi hi hi hi...
but, terpulang kpd tn rumah, kan. rezeki memasing.
but this entry sgt bagus utk dibaca. tambah ilmu.