Breakfast Di Nasi Dagang Vintage Kuala Terengganu. Pagi kami bertolak ke Pulau Redang kami dah bertolak ke Jeti Shahbandar seawal pagi untuk booking parking. Lagipun feri bertolak pukul 9 pagi so kami kena berada di Jeti sebelum kul 8.30pagi.. Selepas setel urusan parking maka kami pun Breakfast Di Nasi Dagang Vintage Kuala Terengganu yang terletak berhampiran Jeti Shahbandar.
Baca juga:
- Review Redang Lagoon Pulau Redang Kuala Terengganu
- Breakfast di Nasi Dagang Atas Tol 2 Kuala Terengganu
- Kami Accident di Highway LPT2 Kerteh Terengganu
- Review Hotel 88 Chukai Kemaman Terengganu
- Pergi Pasar Payang Terengganu 2 Minggu Sebelum Dirobohkan
- Lunch di Restoran Singgang Budu Kuala Terengganu
- Keropok Losong Adik Beradik Kuala Terengganu
- Breakfast Di Nasi Dagang Vintage Kuala Terengganu
- Bercuti 3 Hari 2 Malam di Pulau Redang Terengganu, Tips, Itinerary Dan Harga Pakej
Roti goyang.. roti Besar, kaya Dan butter banyak dan telur separuh masak yummy.. Roti goyang RM3
Kat sini kena tunggu pekerja restoran letakkan Makanan Dan lauk utk Kita, termasuklah Nasi Goreng dan Mee Goreng
Nasi Goreng telur Mata. Sedap Nasi Goreng dia
Nasi dagang yang dimakan oleh mak mertua.. dah separuh dimakan haha.. Nasi dagang Ni RM4 je.
Selain Ni Syafi Ada order Nasi lemak ayam Goreng berharga RM5.50. Tambah telur Mata RM1
Nomnom... Belakang tu jalan nak ke parking jeti. Dalam 200m juga nak ke sana
Keadaan di hadapan kedai. Kedai Ni terletak di tepi jalan je..
Makanan Kat sini semua sedap Dan air dia pun sedap Tau. No escafe tarik Dan teh ais memang kaw. Mama Ni selalunya akan rate air yang Sedap Kalau nescafe Dan teh tarik dia sedap..so, kedai ni air dia sedap. Kalau nak air minuman kena order di kaunter air Dan self pickup ye..
Ni alamat Dan detail Nasi Dagang Vintage Kuala Terengganu..
Nasi Dagang Vintage Kuala Terengganu
Alamat: 12, Jalan Tok Lam,Kampung Dalam Bata,
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Dibuka setiap hari dari 5pagi Hingga 2 petang.
Hari Rabu tutup
Nasi dagang terengganu memang terbaikkkkk
ReplyDelete👍👍👍
Nanti dtglah terengganu lagi ye. Kot2 boleh jumpa akak
ReplyDeletesy xpernah dtg kedai ni walaupon selalu je lalu situ.. haha
ReplyDeletenasi dagang teganu mmg best..roti goyang pun nmpk sedap..
ReplyDeleteramai pelancung nak ke Pulau Redang..
terliur nengok... harga pun di kira murah kak...
ReplyDeleteSaya baru je dapat makan nasi dagang ori terengganu.
ReplyDeleteMak mertua adik ipar saya buatkan ... khas dihantar ke rumah sbb dia tahu saya suka makan nasi dagang ...
Seronok bila ada orang yang ingat pada kita walaupun lama tak bertemu... dah la tu, bukan sedara kandung ..huhu
wow, telur goyang tu bikin jiwa aida goyang tau :)
ReplyDeletesgt suka sarapan gaya gitu - telur goyang atas roti. marveles.
aida tgh plan nak holiday weekend Hari Malaysia nanti.
saje present utk Syuhada yg in shaa Allah mata tu da settle upsr.
tgh fikir samada penang or terengganu.
dua-dua tempat food hunting yg terbaik :)
sedap nmpk tgk roti goyang tu..terliurrrr
ReplyDeletealaaa sedapnya roti goyang tuuu
ReplyDeleteWah.. nescafe sedap.. kena cuba nie.. makanan dia pun not bad.. ada nasi dagang.. yang mengancam dah tentulah telur goyang bersama roti tu.. hehehe..
ReplyDelete