Amalan-Amalan Sunat Bulan Zulhijjah

Amalan-Amalan Sunat Bulan Zulhijjah. Alhamdulillah kita akan dipertemukan dengan bulan Zulhijjah lagi beberapa jam lagi.. Walaupun kita tak berpeluang lagi untuk menunaikan haji & umrah, tapi sebenarnya kita masih boleh mendapatkan ganjaran besar dengan cara meningkatkan amalan dan ibadat pada bulan Zulhijjah ini. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa nikmat di bulan Zulhijjah tidak seperti bulan Ramadan. Namun kita jangan lupa 10 hari awal ZuIhijjah ini sebenarnya mempunyai kelebihan tersendiri. Amalan-Amalan Sunat Bulan Zulhijjah.

Allah SWT sedia untuk memberikan kepada hamba-Nya pintu keredaan, keampunan dan kerahmatan. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Demi waktu fajar dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).” (Surah al-Fajr, ayat 1-2)


Memperbanyakkan amalan soleh pada 10 hari awal Zulhijjah merupakan sunnah Nabi SAW dan amalan para sahabatnya. Ia merangkumi semua amal soleh seperti berpuasa, membaca al-Quran, berzikir, berdoa dan sebagainya.

Ibnu ‘Abbas R.anhuma berkata: “Berzikirlah kalian kepada Allah pada hari-hari yang ditentukan iaitu 10 hari pertama Zulhijjah dan juga pada hari-hari tasyriq. Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah pernah keluar ke pasar pada sepuluh hari pertama Zulhijjah, lalu mereka bertakbir, lantas manusia pun ikut bertakbir. Muhammad bin ‘Ali pun bertakbir setelah solat sunat Aidil Adha”. [HR Al-Bukhari]

Hari-hari Puasa Sunat di Bulan Zulhijjah 2019

1 zulhijjah = 2 Ogos 2019
2 zulhijjah = 3 Ogos 2019
3 zulhijjah = 4 Ogos 2019
4 zulhijjah = 5 Ogos 2019
5 zulhijjah = 6 Ogos 2019
6 zulhijjah = 7 Ogos 2019
7 zulhijjah = 8 Ogos 2019
8 zulhijjah = 9 Ogos 2019
9 zulhijjah = 10 Ogos 2019

~ tarikh 2 ogos hingga 8 Ogos 2019 disunahkan berpuasa dan perbanyakkan amal soleh kerana pahalanya akan dilipat gandakan.
~ *Puasa Tarwiyah 8 zulhijah = 9 ogos 2019*

Hari Haram Puasa Bulan Zulhijjah 2019

*10 zulhijjah = 11 Ogos 2019*
*11 zulhijjah = 12 Ogos 2019*
*12 zulhijjah = 13 Ogos 2019*
*13 zulhijjah = 14 Ogos 2019*

~ *Puasa Arafah 9 zulhijah = 10 Ogos 2019*

~ *Aidil Adha 10 zulhijjah = 11 Ogos 2019*

~ _Tarikh 12/13/14  Ogos 2019 (bersamaan 11,12 d 13 zulhijjah) adalah hari TASYRIK = HARAM BERPUASA


Membanyakkan takbir bermula pada Subuh 1 Zulhijjah sehingga Asar 13 Zulhijjah.

Ibnu ‘Abbas R.anhuma berkata: “Berzikirlah kalian kepada Allah pada hari-hari yang ditentukan iaitu 10 hari pertama Zulhijjah dan juga pada hari-hari tasyriq. Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah pernah keluar ke pasar pada sepuluh hari pertama Zulhijjah, lalu mereka bertakbir, lantas manusia pun ikut bertakbir. Muhammad bin ‘Ali pun bertakbir setelah solat sunat Aidil Adha”. [HR Al-Bukhari]


Berpuasa

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Puasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah), aku berharap agar Allah menjadikannya penghapus dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya”. [HR. Muslim]


Membanyakkan takbir bermula pada Subuh 1 Zulhijjah sehingga Asar 13 Zulhijjah.

Ibnu ‘Abbas R.anhuma berkata: “Berzikirlah kalian kepada Allah pada hari-hari yang ditentukan iaitu 10 hari pertama Zulhijjah dan juga pada hari-hari tasyriq. Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah pernah keluar ke pasar pada sepuluh hari pertama Zulhijjah, lalu mereka bertakbir, lantas manusia pun ikut bertakbir. Muhammad bin ‘Ali pun bertakbir setelah solat sunat Aidil Adha”. [HR Al-Bukhari]


Berdoa

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Sebaik-baik doa adalah doa hari Arafah, dan sebaik-baik perkataan yang aku dan nabi-nabi sebelum ku katakan adalah: Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu untuknya, bagi Pemilikan (seluruh alam), baginya segala pujian, dan Dia Berkuasa di atas segala sesuatu”. (HR. At-Tirmidzi)

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

18 Comments

Words of wisdom

  1. haiii. terima kasihh atas peringatan yang berguna ni. kalau taakde apa apa halanan, boleh lah kita semua berpuasa sunat

    ReplyDelete
  2. penuh barokah, kan.
    bermula mlm td, mlm jumaat.
    then now pagi jumaat.
    semua nyer positif :)
    permulaan yg baik.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian. semoga kita istiqomah mengamalkan ibadah yang digalakkan.

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian..btw Sy follower bru, jemput follow my blog :)

    ReplyDelete
  5. good info..terima kasih mamapipie share info ini..

    ReplyDelete
  6. sama2 la kita menambah amal ibadat di bulan zulhijjah

    ReplyDelete
  7. moga doa-doa kita dimakbulkan tatkala kita menadah tangan sewaktu hari Arafah nnt...aminnn

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. terima kasih untuk perkongsian yang bagus nie mamapp.. Semoga setiap dari kita berpeluang untuk menunaikan haji.. Aamiin..

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post