Diri Kitalah Penentu Layanan Orang Terhadap Kita.. Sebenarnya fitrah manusia adalah suka akan kebaikan. Suka akan keharmonian dan kedamaian. Hatta kebanyakan agama, menyuruh akan kebaikan.
Sama seperti kita hidup bermasyarakat. Sudah pasti nak orang berbuat baik kepada kita. Mesti kita nak disukai dan disayangi orang sekeliling.
Tapi, sebenarnya kita yg menentukan tindakan orang kepada kita. Benda itu tak akan terjadi kalau kita sendiri tidak melakukannya.
Nak orang baik kepada kita, kita yg kena baik kepada orang dulu. Nak disayangi, kita yg kena menyayangi terlebih dahulu. Ini konsep yg kita kena ikut.
Begitulah sebaliknya. Jika jahat perangai kita, jangan mengharapkan kebaikan dari orang lain. Jika kita pun membenci, tak pelik jika kita dibenci.
'What you give, you get back'
Ada petikan dari hadis Rasulullah SAW menyebut akan hal ini:
Jika kamu ingin supaya manusia melakukan sesuatu (kebaikan) kepadamu. Maka lakukanlah kebaikan itu terlebih dahulu kepada mereka.
Sebaliknya jika kamu benci orang lain melakukan keburukan kepadamu. Maka kamu hendaklah terlebih dahulu tidak melakukan keburukan kepada mereka." (HR: Ahmad)
Dan jangan pernah risau untuk berbuat kebaikan. Ya, manusia itu tidak adil. Kita buat salah dibenci, bahkan bila berbuat baik pun boleh dibenci.
Jangan hidup untuk puaskan hati manusia. Sebaliknya hiduplah untuk keredhaanNya. Kerana Allah Maha Adil, buat baik disukai dan buat jahat dibenci.
Simple kan?
Nak baik, buat baik. Nak jahat, buat jahat.
semoga Allah mudahkan kita untuk jadi orang baik.
Jom "Amiinkan"
Sumber: FB Tim Ustaz
Tags
LIFESTYLE
Sama la mcm pepatah org2 tua. ' biar org baling tahi, kita baling bunga'
ReplyDeletebetul tu kak, walaupun kadang peritnya nk bagi bunga kt org yg bagi taik kt kita... hati ni fikir moga Allah balas kebaikan kita... itu je
ReplyDeleteMoga setiap kebaikkan yang dilakukan menjadi satu asbab kebaikkan itu kembali pada kita atau insan-insan sekeliling kita. Aamiin.
ReplyDeleteSetuju sangat. Moga kita sama-sama berbaik antara satu sama lain....amiin
ReplyDeleteaamiin..
ReplyDeleteberbuat baiklah walaupun sebesar zarah sekalipun
buat baik berpada-pada..buat jahat jangan sekali...
ReplyDeleteSetuju tu.. Baik yang kita beri... Baiklah yang kita akan dapat...
ReplyDeleteAamin, berbuat baiklah sekalipun ianya menyakitkan..
ReplyDeleteBetul tu Adda.. lebih baik kita buat baik atau perkara yang baik pada semua orang.. InsyaAllah yang datang pasti baik ja semua.. kalau yang datang tetap tak baik juga anggap ja lah ujian kan..
ReplyDeletebetul2. cara kita bawak diri, kebaikan yang dibawa. moga yang hadir semua yang baik2 shj selepas itu
ReplyDeleteye.. betul tu.. buat baik, balasannya baik.. tapi kalau dah jahat, memang jahatlah dapatnya..
ReplyDeleteSetiap perbuatan itu pasti ada kesannya..
Betul ! Gud info
ReplyDeletesetuju.
ReplyDeletetq for sharing.
peringatan kpd aida.
org bagi tahi kita bagi bunga ngan pasu sekali hehehehehe
ReplyDelete