Embah Jid Memberi Nafas Baru Lagu Irama Malaysia Menjelang Tahun 2020

Embah Jid Memberi Nafas Baru Lagu Irama Malaysia Menjelang Tahun 2020. Korang ingat tak  irama Malaysia dan lagu etnik kreatif dulu pernah melalui zaman kemuncaknya sehinggalah mama sendiri rasa seronok layan lagu-lagu irama Malaysia seperti Cindai dendangan Dato' Sri Siti Nurhaliza atau lagu Dondang Dendang dari Noraniza Idris pada tahun 90an. Masa tu banyak komposer yang berbakat luar biasa seperti Pak Ngah yang menghasilkan karya irama Malaysia sehingga menjadi siulan dan halwa telinga.. Cuma zaman sekarang ni nampaknya sudah sangat jarang mendengar ciptaan lagu baru lagu irama Malaysia atau etnik kreatif.. Kerana itu mama sangat menyokong impian dan hasrat Embah Jid untuk menaikkan semula genre ini.. Mari mama kenalkan korang dengan Embah Jid..



SIAPA EMBAH JID DAN KENAPA BELIAU MUNCUL DALAM SENI MUZIK???

Encik Majid bin Rawino merupakan anak jati Muar yang berumur 50 tahun. Menetap di Kampung Baharu Melayu Batu 28, Lenga Muar Johor. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Meminati seni tarian sejak berusia 13 tahun sehingga sekarang. Panggilan mesra "TOK JID" oleh orang kampung dan dalam seni muzik beliau digelar "EMBAH JID".


KENAPA EMBAH JID???

**Bagi orang berketurunan jawa merujuk kepada nenek/datuk.
Nenek = Embah wedok
Datuk = Embah lanang.

**Ada juga sumber mengatakan embah = Emak + Abah

Maka Tok Jid yang memang berketurunan jawa mahu nama komersialnya dikenali sebagai EMBAH JID iaitu "EMBAH" (TOK) "JID" (ORANG BARU) yang memberi makna kepada diri beliau melalui pepatah melayu "Tiada yang lama, maka tiadalah yang baru" .


PROFIL EMBAH JID :- 

- YDP Sek. Keb. Batu 28, Lenga 
- Pengerusi Muwahfakat Zon Lenga 
- Penerus Zapin Lenga dan Ceracap Inai 
- Ketua Kampung Baharu Batu 28, Lenga 
- Pensyarah Jemputan Fakulti Tari ASWARA, KL 
- Pengerusi Masjid Kampung Baharu Batu 28, Lenga 
- Tokoh Seni Budaya oleh Jabatan Kebudayaan Negara 2014 



Apabila melihat profil beliau, mama rasa bangga dengan segala pencapaian dan kagum dengan semangat beliau yang masih aktif di dalam meneruskan legasi seni tarian seperti zapin dan joget. Maka disebabkan minat yang terlalu mendalam dan ingin menarik lebih ramai lagi belia muda untuk bersama-sama menaikkan semula seni melayu, Embah Jid bakal mengeluarkan single pertama lagu "Joget Kuasa Cinta".  

Sebagai orang Muar Dan Johorean tentulah mama seronok bila lagu zapin ini diketengahkan.. best tau layan lagu zapin. In fact adik ipar mama sendiri dulu adalah penari zapin. Boleh tengok dia menari semasa kenduri kahwin dia dulu Di YouTube mama..


LAGU "JOGET KUASA CINTA" TARUHAN EMBAH JID DALAM IRAMA MALAYSIA

Lagu ciptaan BROJAM ini merujuk kepada "bercinta dalam tarian" dimana satu pasangan yang mula jatuh cinta semasa menari. Umpama cinta di hati dan cinta pada tarian itu berjalan seiring. Beliau pertaruhkan lagu berunsurkan JOGET kerana orang seni pasti akan peka pada gerakan dan kesopanan yang perlu ada. 

Menurut Embah Jid lagi, tarian mempunyai tatasusila dan kesopanan tertentu. Contohnya, Zapin Lenga mempunyai unsur islamik. Tertib kiraan bermula dengan 2 (1 tidak disebut merujuk kepada Tuhan yang Satu), 3,4 dan 6,7,8. (5 tidak disebut merujuk kepada Rukun Islam) dan Zapin Lenga berbeza daripada zapin lain. kerana pergerakan pusing melawan arah pusingan jam seperi tawaf mengelilingi Kaabah. 

Seronok bila kita dapat menimba ilmu dari orang yang berpengalaman. Semoga lagu joget ini bakal memberikan sinar baru kepada Embah Jid dan juga kepada semua orang supaya menghargai bakat seni dan seni tarian irama Malaysia.





SOCIAL MEDIA EMBAH JID :

Kalau  korang ingin maklumat lanjut berkenaan Embah Jid bolehlah korang lihat Di FB Dan Instagram dia dia bawab ni ye. 

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

8 Comments

Words of wisdom

  1. suka dgr lagu irama malaysia..
    mendayu2 je

    ReplyDelete
  2. Dulu minat sgt lagu dato ct. Hehe lg2 cindai.

    ReplyDelete
  3. Semoga terus sukses buat Embad Jig dan semoga lagu2 irama malaysia terus diingati.

    ReplyDelete
  4. bila sebut zapin pasti ingat Johor...suka tengok zaman esp yg anak2 tarikan...cukup menari dan tertarik

    ReplyDelete
  5. Excercise dengan tarian zapin boleh sweat tapi tak penat.

    ReplyDelete
  6. terkenang kan arwah Pak Ngah.
    dia la dulu yg membangkitkan irama malaysia ni.
    dgn siti nurhaliza.
    noraniza idris...

    ReplyDelete
  7. Semoga terus sukses ye.. first time baca duk terbayang dialog Indonesia

    ReplyDelete
  8. bagusnya ada pencinta budaya sebegini agar terus kekal sepanjang zaman

    ReplyDelete
Previous Post Next Post