First Time Makan KFC Zinger Double Down

Cerita basi lagi.. Dah sebulan kot mama First Time Makan KFC Zinger Double Down bersama anak mama. Ni baru nak cerita kat sini sebagai kenangan.. Ni menu baru dari KFC dan punyalah menariknya menu ni dan iklan menu ni sampaikan anak mama teringin nak beli dan makan tau.  Sedangkan dia tak pernah pun makan Zinger burger sebelum ni. Disebabkan menu ni dah quite some time, tentu dah ada antara korang yang dah rasa KFC Zinger Double Down ni kan. Harga satu set ni dalam RM16++. Pada mama, masih lagi berpatutan. Yelah, ada 2 keping burger tu.

Pinjam gambar dari KFC..Ini lah rupa saiz hidangan yang sepatutnya. Dalam set ini ada air Pepsi (kalau nak tukar air lain boleh request), Zinger double down dan kentang wedges. Makanan ni nampak sihat kan sebab kurang karbohidrat. Kalau nak hidangan ni lagi sihat kena tukar air pepsi kepada air mineral. Insya Allah tak gemuk kalau makan menu ni. Ada kawan mama diet makan KFC tau, memang kurus je dia.

KFC Zinger Double Down

Uniknya burger Zinger Double Down ni sebab ia takde roti. Burger ni terdiri dari 2 keping ayam Zinger yang dijadikan sandwich dan di tengahnya pula ada cheese, bacon ayam dan sos. Daging ayam zinger tu rasa crunchy, best!

Ini pula rupa Zinger Double Down yang kami beli.. First impression dari Syafi, "Nape Tak sama Macam dalam TV?" Haha.. nak tergelak pula mama dengar komen dia. Walaupun rupanya tak berapa comey tapi rasanya sedap.. Kalau tak takkan lepas habis makan dia komen "Sedap!". Gabungan ayam zinger, bacon, cheese dan sos memang terasa sedap aje di tekak ni.

Korang dah rasa belum  KFC Zinger Double Down? Kalau belum rasa lagi, selain dari membuat pesanan di kaunter KFC korang boleh juga order melalui KFC Delivery oleh FoodPanda Malaysia. Order dan pesanan terus dihantar depan pintu rumah, office atau mana-mana tempat je tak kisahlah jika semasa gathering keluarga atau kawan-kawan dan juga jika ada sebarang event. Mudah aje kan nak dapatkan order KFC sekarang. Mama pernah order melalui Food Panda dan melalui pengalaman mama penghantaran memang cepat dan makanan yang di order memang masih panas seperti makan kat kedai. So, kalau korang order Zinger Double Down confirm burger ni berkeadaan baik dan kerangupan tu sama macam yang dihidang di restoran KFC.

Hehe tu je la mama nak cerita.. korang yang beli Zinger double down penah dapat tak rupa tak hensem yang macam mama dapat ni.. Try order guna FoodPanda lah mana tau rupanya lagi ensem dari yang mama beli ikut Drive-Thru ni. Yang menariknya kalau order melalui FoodPanda ada banyak kupon diskaun yang ditawarkan. So, kita akan dapat harga yang lebih menarik mengikut kupon diskaun yang ditawarkan.

Meh, share sikit pengalaman korang di komen

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

18 Comments

Words of wisdom

  1. rupa dlm iklan bukan main seksi lagi ye.

    terima kasih y3 mama... ammi baru tau ada menu baru ni

    ReplyDelete
  2. Hahaha soalan tu bijak tapi jawapan dia susah. Selalunya dapat yang sama dalam TV, besar pastu tak habis makan. Bab sedap tu memang sedap hihi

    ReplyDelete
  3. Hahahahaha biasa lah. Semua indah khabar dari rupa je. Kikiki Nasib sedap. So okay lah tu

    ReplyDelete
  4. dlm tv sume nmpk best2..
    nsb baik rupa xcntik tp sedap! haha

    ReplyDelete
  5. tengok iklan tu mmg boleh terpikat..hehe..

    ReplyDelete
  6. realitinya memang tak pernah sama dalam iklan.hihi

    ReplyDelete
  7. Ana dah rasa kak. Penuh dgn isi ayam saja.

    ReplyDelete
  8. realiti dan iklan memang menyakitkan.. hehehe..
    Tak cuba lagi yang ini..

    ReplyDelete
  9. tak pernah cuba yang ni, belum terbuka hati lagi nak cuba...hahahhaah

    ReplyDelete
  10. Huhuhu... sedap ye... Nak try taste jugak la...

    ReplyDelete
  11. Memang sedap. Saya dah beli dua kali tapi masa ada promo code Foodpanda lah. Kalau x fikir banyak kali untuk beli sebab harganya.

    ReplyDelete
  12. Tak cuba lagi KFC yang ni. Tapi ramai kata best

    ReplyDelete
  13. boleh la sebulan sekali pekena menu begini..

    selain untuk kesihatan dan jaga badan hehehe

    ReplyDelete
  14. xsempat try sbb bla g kfc order benda lain hehehe

    ReplyDelete
  15. mama tgk skrg ada lagi menu ni.. not bad lah boleh cuba

    ReplyDelete
  16. Banyak kali dah makan kak. Memang puas hati. Makan separuh saja dah kenyang.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post