Ingat Mengingatkan di Dalam Keluarga

Ingat Mengingatkan di Dalam Keluarga. Rumah tangga yang baik terbentuk dari sifat nasihat menasihati antara suami dan isteri. Isteri dan anak-anak boleh membantu suami atau ayah mereka dengan menasihatkannya agar mencari sumber yang halal sahaja.

Nasihat buat diri sendiri. Semoga Allah membimbing kita semua.


1. Hasan al-Basri menceritakan pengalaman beliau tentang seorang peniaga yang telah berubah sikapnya. Peniaga tersebut pada asalnya suka bercakap berlebihan tentang barang dagangannya. Namun suatu hari Hasan al-Basri mendapati lelaki itu telah berubah sikap kepada yang lebih baik.

Lalu beliau bertanya kepada lelaki tersebut apa yang menyebabkan beliau berubah. Kata lelaki tersebut, aku telah berkahwin dengan seorang perempuan. Setiap kali aku keluar berniaga, dia akan berpesan kepadaku:

يا فلان ! اتَّقِ الله ولا تطعمنا إلاّ طيّباً، إن جئتنا بقليلٍ كثّرناه، وإن لم تأتنا بشيءٍ أعنّاك بمغزلنا

“Wahai suamiku, takutlah Allah dan janganlah suapkan kami (suatu makanan pun) melainkan dari sumber yang baik. Sekiranya engkau membawa pulang rezeki yang sedikit kami akan menjadikannya banyak, sekiranya engkau tidak membawa pulang apa pun, kami akan bantu dengan mesin tenun kami.” (al-Dainuri, al-Mujalasah wa Jawahir al-Ilm)

2. Perhatikan bagaimana nasihat isteri yang baik ini berjaya mengubah sikap suaminya sehingga menjadikan beliau peniaga yang soleh yang dipuji oleh Hasan al-Basri. 

3. Khuzaimah Abu Muhammad menceritakan kisah anak perempuan yang menasihatkan ayah mereka agar mencari sumber yang halal buat keluarga mereka. Kata anak-anak perempuan tersebut:

يا أبه لا تطعمنا إلا الحلال فإن الصبر على الجوع أيسر من الصبر على النار

“Wahai ayah kami, janganlah suapkan kepada kami melainkan makanan yang halal sahaja. Sesungguhnya bersabar ketika lapar adalah lebih mudah daripada bersabar ketika diseksa api neraka.” (Ibn al-Jawzi, Sifah al-Safwah)

4. Sheikh al-Nabulsi menceritakan kisah yang hampir sama, tentang seorang isteri dikalangan sahabat yang berpesan kepada suaminya:

يا فلان نصبر على الجوع، ولا نصبر على الحرام

“Wahai fulan (suamiku), kami boleh bersabar dengan kelaparan, tetapi kami tidak boleh menerima perkara yang haram.” (al-Nabulsi tidak menyebutkan sumbernya)

Prinsip ini kita boleh amalkan disegenap penjuru hidup kita. Rezeki yang haram, sekiranya digunakan untuk bersedekah, mahupun membeli pakej umrah untuk ke masjidil haram pastinya tidak akan diterima oleh Allah swt kerana rezeki yang digunakan dari sumber haram.
Sumber:
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

9 Comments

Words of wisdom

  1. saling menasihati sama2 berubah untuk kebaikan

    ReplyDelete
  2. Ego jangan dilayan sangat tak kemana pun ego tu kalau kena nasihat apa yang baik tu eloklah diikuti.

    ReplyDelete
  3. nasihat menasihati itu untuk kebaikan bersama kan kak adda..

    ReplyDelete
  4. Betul tu mamapipie...ingat mengingat tu 1 amalan dlm keluarga yg sgt baik...tq info

    ReplyDelete
  5. Tq semua sudi baca.. semoga bermanfaat buat Kita semua

    ReplyDelete
  6. setuju.
    keluarga kena support keluarga :)
    nasihat-menasihati...

    ReplyDelete
  7. lagipun saling mengingati ni kan sifat org beriman...(al-'asr: 3)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post