Assalamualaikum semua.. pagi2 tadi buka whatsapp grup sekolah Syafi mama baca guru besar dah wartakan hari ini cuti kerana bacaan IPA dah mencapai 216. Baru tadi mama check IPA takde penurunan sangat cuma 219 je setakat kul 11 pagi tadi.
Mama selalu check bacaan IPA di website APIMS
Masa nak ke office tadi nampak masjid Shah Alam Ada sikit berjerebu. Harini nampak teruk sikit dari semalam.macam berasap je kan.. Hmm.. inilah akibat dari pembakaran yang tak terkawal. Tak dapat bayangkan keadaan di Kalimantan yg IPA 1000 tu macam mana..
Mama Dan Syafi batuk dah Seminggu lebih dan so far tak nampak lagi perkembangan nak baik.. Kat opis pun ramai dah batuk2 dah.. mungkin ni adalah akibar jerebu..
Sini mama nak share sedikit perkara yang patut kita lakukan.
Tindakan Semasa Jerebu
1. Gunakan penutup hidung dan mulut apabila berada di luar sepanjang masa2. Sejauh yang boleh, tinggal di dalam rumah/bangunan dan elakkan berada di luar
3. Minum banyak air
4 Kurangkan aktiviti luar/riadah/bersukan yang agresif
5. Dapatkan rawatan di hospital/klinik (pesakit asthma, sakit mata, batuk , selesema & sakit jantung) jika bertambah buruk
6. Nyalakan lampu kenderaan apabila jarak penglihatan berkurangan
Menjaga diri dari ancaman penyakit Jerebu Cara Alami
Jerebu mengandungi bahan kimia asing halus yg terbakar. Bahan ini amat mengancam keseimbangan oksigen didalam sel melalui sistem pernafasan yg terancam.Jgn lupa minum air kelapa dan limau nipis ketika bencana ini.
Air kelapa mengandungi oksigen larut mudah menembusi sel. Limau nipis adalah vitamin C asli yg dpt menyerap asid sebelum sempat bertukar menjadi gas yg lebih merbahaya.
Sumber: Prof. Dr Norhisham Wahab.
Tags
Berita
Aah...hari nampak teruk dari semalam.
ReplyDeletesemoga cepat la berakhir musim jerebu ni..
ReplyDeletesian kat ank2 kecik..
sy pon dh seminggu batuk ni..
tengok jugak dlm web APIMS tuh kak, shah alam sekolah banyak kene tutup ye kak... sampai kul 1 tadi pun masih 219 , aduhai
ReplyDeleteBalik kerja ni nak pi cari air kelapa la kat sungai buloh...ada jual kat tepi2 jalan tu...mana tau boleh membantu akak yang ketat dada dah berapa hari ni
ReplyDeletesama-sama kita menjaga kesihatan pada musim jerebu ni...
ReplyDeleteBilalah masalah jerebu ni nak selesai.
ReplyDeleteTiap2 taun ngadap masalah yang sama
semalam teruk sangat kan. kat klang pun teruk.
ReplyDeletetadi headline dekat twitter malaysia negara pencemaran udara nombo 1 paling teruk.. bahaya sangat kesian kat budak2 sekolah humm..
ReplyDeleteSyafi pun start cuti dah semalam. Memang dok rumah je lah. Nk kuar rasa tak sihat sgt.
ReplyDeleteJgn lupa pakai mask
ReplyDeleteEsok banyak sekolah tutup sebab jerebu makin teruk tapi dekat negeri sembilan dengan melaka dah bukak balik sebab IPU berkurang. Take care kak adda sekeluarga!
ReplyDeleteBagus juga sekolah tutup demi menjaga keselamatan anak-anak.
ReplyDeletehabis hutan dibakar yg tak elok tu oleh syarikat2 Malaysia.
ReplyDeletesemalam teruk jerebunya dekat tempat sha nie.. memang seharian lah dalam rumah..
ReplyDeletenow melaka dah berkurang.
ReplyDeletehujan dah 4-5 hari.
moga terus menerus lah jerebu ni berkurang dan hilang...
1st time dpt tgk puncak klcc ms lps jerebu rs sgt2 membahagiakan! betapa besarnya nikmat bla dpt cuaca cerah
ReplyDelete