Peluang Pahala Free Dari Allah

Salam hari Jumaat penuh barokah. Sebagai seorang muslimah seharusnya kita berasa gerun sebab kebanyakan ahli nerasa terdiri dari kaum wanita. Justeru itu jika ada Peluang Pahala Free Dari Allah maka seharusnya kita tidak lepaskan peluang untuk mendapatkannya, agar timbangan amalan kita lebih berat di sebelah kanan di sana nanti.







Mari sama-sama kita baca petikan di bawah dan sama-sama kita mengambil yang positif.

Peluang Pahala Free Dari Allah


Sumber gambar

PERHATIAN!! Jualan hangat. Beli 1 free 1.
PERHATIAN!! Makanan free untuk sesiapa yg hadir.


Seronok kan bila dengar benda-benda free ni. Cepat-cepat pergi mendapatkannya. Rela berebut-rebut, janji dapat yg free tu.

Ingat kah kita bahawa Allah SWT adalah Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Terlalu banyak peluang-peluang pahala free yg ditawarkan kepada kita. Betapa pemurahnya Allah SWT. Tak perlu kita berebut-rebut untuk mendapatkannnya. Semua orang akan dapat. Tunggu kita kutip je.

Namun, sejauh mana kita mengejar pahala tu?

Senyum pun dah dapat pahala. Terlalu amat mudah kan?

Rasulullah SAW bersabda:

"Wahai setiap wanita, bersedekahlah dan perbanyakkan lah istighfar. Sebab aku melihat kalian sebagai majoriti di neraka".


Sungguh! Sabda ini mengkhuatirkan kaum wanita. Tambah mengkhuatirkan bagi suri rumah kan? Bagaimana nak bersedekah kalau tiada sumber pendapatan. Namun ingatlah Rahmat Allah itu amatlah luas. Segalanya ada jalan keluar.

Jangan disempitkan makna sedekah itu:
  • Senyum itu sedekah.
  • Solat Dhuha itu sedekah.
  • Amar Ma'ruf itu sedekah.
  • Bagi makan binatang itu sedekah.







Terlalu banyak untuk di senaraikan. Dan sudah pasti ini bukan peringatan bagi wanita semata-mata. Sama juga bagi kaum Adam.

Kesimpulannya, apa yg ingin disampaikan adalah tantang istighfar dan sedekah. Yg mana dapat jauhi kita dari Neraka. Maka perbanyakkanlah 2 amalan ni. Marilah bersama-sama kita meraih pahala free..


Sumber: Ustaz Atia. Tim Nusrah Prihatin

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

8 Comments

Words of wisdom

  1. Banyak perkara senang boleh dapat pahala kalau niat kerana Allah.

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat Adda.. tq for sharing.. ❤

    ReplyDelete
  3. Niatkan semua yg dilakukan Itu kerana Allah, insha Allah.terima kasih mamapp, perkongsian yg sungguh menarik dan berilmu.

    ReplyDelete
  4. Tq for sharing. Surirumah ni boleh kumpul banyak pahala kan. MasyaAllah. Hebat aturan Allah. Buat sesuatu niat kerana Allah, pasti ada ganjarannya.

    ReplyDelete
  5. Betul tu, terlalu banyak cara untuk kita mendapat pahala. Ni pun tengah senyum 😊

    ReplyDelete
  6. Betul tu.. banyak je boleh dapat pahala free dari Allah.. nak dengan tak nak je kan kak.. Tq share kak..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post