Siapa suka Bubur Nasi Ayam McD angkat tangan. Mama dari dulu especially kalau tak sihat memang cari bubur McD je. Dulu mama memang suka makan bubur nasi dan mama secara tak sengaja terbuat bubur yang rasanya macam bubur McD. Senang sangat cara buatnya. Resepi Bubur Nasi Ayam ala McD yang mama tulis kat sini mama combinekan juga dgn idea yg mama dapat dari FB.
Bubur Nasi Ayam ala McD. Mama buat bubur ni sebagai salah satu hidangan semasa open house raya aritu. Korang nampak tak? punyalah lama terperam entry ni baru mama nak up. Bubur ni sesuai untuk hidangan semua peringakat. Masa mama buat raya aritu seronok tengok budak-budak semua makan bubur ni termasuklah makcik pakcik yang tak berapa ada selera tu..
Resepi Bubur Nasi Ayam ala McD
Bahan-bahan:
2 cawan beras
1/2 batang lobak merah (potong dadu)
1 inci halia (dihiris halus)
1 kiub pati ayam
1/4 ayam (Ambil bahagian isi)
Sedikit garam
Air secukupnya
Bahan Hiasan
1 biji lada merah
Sedikit daun bawang dan daun sup (hiris)
Bawang goreng (Nak tengok resepi bawang goreng sedap tengok sini Resepi Bawang Goreng Sedap Dan Rangup)
Sedikit minyak bijan (ingredient paling penting)
Cara-cara memasak:
1. Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan simpan air rebusan ayam.
2. Basuh beras dan masak dalam air rebusan ayam tadi. Masak beras hingga kembang, (Untuk senang masak bubur, rendam beras dulu dalam setengah jam supaya bubur cepat lembut.
3. Bila bubur hampir masak masukkan halia, kiub pati ayam, lobak merah dan sedikit garam. Tambahkan air jika perlu di sepanjang proses memasak sehinggalah bubur jadi lembut mengikut citarasa kita. Siap
Cara Menghidang
1. Ayam yang direbus tadi disiat-siat
2. Masukkan bubur ke dalam mangkuk
3. Tabur ayam yang disiat, hirisan cili merah, bawang goreng dan daun bawang/sup ke atas bubur.
4. Titiskan dengan sedikit minyak bijan.
Siap untuk dimakan.. yummy!
Tags
Resepi
sedap tu.. :-)
ReplyDeletesedapnya. kat rumah, saya suka tambah ikan bilis bila makan bubur nasi..
ReplyDeletehaa terjumpa kat sini resepinya, terima kasih Mamap sebab kak AJ laa nii tengah sakit gusi, nak try buat bubur sedap2 hehe :)
ReplyDeleteminyak bijan tu mmg bagi bau dia tu menyelerakan...
ReplyDeletemudah jugak resepi bubur ala2 mcD nih... nnti nk try buat jugak lah
sgt suka bau masakan yg ada minyak bijan :)
Deleteharum nyer lain mcm...
wah..sedap ni..:)
ReplyDeleteBagus gak yek menu bubur untuk open house. Senang untuk parents yang ada anak kecik...takyah pikir nak bagi makanan apa kat anak
ReplyDeleteFavorite Syafi ni kak. Boleh cuba nanti.
ReplyDeleteSedap tu kak. Lepas ini, boleh Naim try buat
ReplyDeleteBiasa saya makan bubur lambuk pada musim puasa atau Ramadan
ReplyDeletesaya selalu jugak buat bubur nasi atau moi (kata org utara) terutama bila rasa nak demam..laju jer makan hehee
ReplyDeletesedapppnyaaa..tq for sharing this recipe.
ReplyDeletetgk pun sedap, kalau bubur nasi ala mcd memang confirm semua org suka♥
ReplyDeleteNt nk try.. Saya suka bubur nasi
ReplyDeleteKalau baru buat dental treatment tak boleh makan makanan keras bubur inilah jadi penyelamat :)
ReplyDeleteBetul la bila BC balik entry no.dan Komen korang terasa nak.buat plk esok.. sedap.kan
ReplyDeleteMakan bubur ayam McD ni kalau sakit je tapi kalau teringin tu memang buat sendiri je sbb larat. kalau sakit je beli. hihi. tq resepi ni kak
ReplyDeleteaduh sedap nyer :)
ReplyDeleteaida peminat bubur.
Wahh boleh cuba ni.
ReplyDeleteorg skt kalau mkn bubur ni trs bertambah2 hehehe
ReplyDeleteTerima kasih share resipi kak. Nanti saya dalam pantang boleh bagi resipi ni kat suami minta dia buaykan sebab senang sangat
ReplyDelete