Homestay Nature Inspiration & Gathering Place Batu Pahat yang Luas dan Selesa
Mama sangat suka overal deco dalam rumah ni sebab dia berkonseptakan nature inspiration. Rumah ni sangat bersih. Mama sangat suka bahagian wet kitchen yang terletak dibahagian belakang rumah ni. Luas sangat dan banyak aktiviti boleh buat kat sini. Sesuailah untuk kami yang ramai ni.
Keadaan di hadapan rumah.. Rumah ni terletak di corner lot so ada banyak laman ditepi tu boleh muat satu lagi rumah tau.
Ada ruangan utk budak-budak main.. seronok sangat budak2 kecik tu
Tak rugi rasanya berjalan ke Batu Pahat Johor dalama keadaan demam, Sebenarnya mama hampir nak cancel join diorang sebab mama demam dah 2 hari masa ni.. So, kebanyakan masa mama zzz je la. Dari hari sebelum berangkat dan dalam perjalanan pun duk makan ubat sebab nak cepat sihat hihi. Sebab demam mama ni datang.. baik dan datang balik. Dah ramai-ramai ni seronok melayan kerenah anak sedara kecil-kecil comel mama yang selalu check mama. Dah macam doktor dah. Sekejap-sekejap pegang dahi dan muka check suhu dan tarik tangan cecepat cakap "eh, panasnya". Pastu panggil sepupu dia pula suruh rasa, then discuss pula macam-macam. Dah macam tikus eksperimen pula mama ni. Apapun, mama terhibur mama walaupun tak sihat. [Baca tentang kisah kami tinggal di Teega residence suite waterfront]
Deco rumah yang cantik
Jom kita tengok deco rumah homestay ni yang mama memang suka..
Ruang tamu. Tengoklah wall tu cantik kan.. owner rumah guna cat saja utk wall tu. Memang memberikan inspirasi lah utk cuba
Ni pula ruang makan.. love tu pun di cat.. cantik kan
Bedroom 1 - 1 king bed,1 floor mattress
Bedroom 2 - 1 king bed,2 floor mattresses
Bedroom 3 - 1 double bed. Bilik mama tidur dengan Ayah Syafi. Syafi dan sepupu-sepupu lelaki tidur depan TV di living room.
Bedroom 4 - 1 double bed. sama macam bilik mama. Tepi bilik mama tu adalah wet kitchen dan ruang mendobi yang cantik.
Ruangan mendobi. Seronok duduk sini sebab dilengkapi washer dan kami sempat jugalah basuh baju dan gantung semalaman baju diruangan ni. Ada kipas dan esoknya baju kitaorang pun sempat kering tau.
Lepak sekeluarga kat sini.. best.
Dilengkapi makanan yang banyak.
Luas kan..
Disebabkan takde pool macam kat hotel maka kami bawa pool sendiri untuk budak-budak. Diorang main air dan bubble kat area luar rumah. Seronok bukan main lagi
Mama book Homestay Nature Inspiration & Gathering Place Batu Pahat ni dari Airbnb. Kalau korang nak book boleh cari nama homestay tu kat Airbnb. Memang puas hati duduk sini. Cuma kawasan ni memang kawasan perumahan so jangan expect sangat ada byk tarikan area sini ye.. Anda boleh juga rujuk blog ibusyurga untuk senarai homestay terbaik untuk family day.
https://abnb.me/VLNbOMHFQY
cantik betul rumahnya... luas sangat... dapur dia tu mmg best luas segala apa lengkao... cuma kalau dana malam2 takmo pi sorang2 seram sbb open sangat hhehehe...
ReplyDeleteharga dia pun berpatutan sangatlah kak... dengan rumah cantik bersih, lengkap segala nya ddk 2-3 family pun ook
paling jatuh cinta dengan design love dan kaler bedroom 2 dan bedroom 3. paling menarik ^_^
ReplyDeleteberbaloi kak, rm420 reramai ddk mcm ni
ReplyDeleteCantiknya homestay ni
ReplyDeleteCantiknya deko dalaman dia, luas pulak tu..berangan nak sebiji rumah macam ni..
ReplyDeleteCantiknya homestay ni. Sukalah tengok design dan deko deko rumah ni. ceria dan memang selesa kalau stay sini
ReplyDeletemama mmg terpikat dgn deco dia. siap berangan nak buat kat umah sendiri lagi hihi
ReplyDeleteluas dan berwarna-warni rumah ni
ReplyDeleteseronoknya.paling suka tengok dapur dia
ReplyDeleteSubahanallah cantiknya homestay ni kak. Terpikat saya tengok hiasan dalaman rumah ni. Wallpaper yang digunakan dan susun atur perabot cantik belaka
ReplyDeleteBesar betul rumah dia.. Bersih dan cantik.. memang best dan berbaloi..
ReplyDeletecantik betul deco nya...beri sy ilham utk mengecat rumah x lama lg...
ReplyDelete