Meneliti riwayat sirah Nabi Yunus a.s, jelas bahawa tugas menyeru manusia mengabdikan diri kepada Allah SWT dan mengajak menjauhi Taghut bukanlah suatu tugas yang mudah bahkan ia tugas yang berat.
Di dalam kisah yang penuh pengajaran ini, diceritakan bahawa, setelah meninggalkan kaumnya dan belayar membawa hati yang marah dek kerana dakwahnya ditolak, Nabi Yunus a.s "tegur" oleh Allah SWT dengan ujian yang cukup dahsyat.
Bukan sahaja dia terpaksa meninggalkan kapal pelayarannya itu kerana terlebih muatan, bahkan dia telah ditelan pula oleh ikan yang sangat besar selama beberapa hari.
Kata Qatadah, Nabi Yunus a.s "berada di dalam perut ikan selama 3 hari" dan selama itu jugalah dia menderita berada di dalam perut ikan yang sangat gelap gelita.
Kata Ibnu Mas'ud (pula), "keadaan yang gelap-gelita" itu adalah bermaksud kegelapan di dalam perut, kegelapan lautan dan kegelapan malam."
Lalu, dalam keadaan penuh derita, Nabi Yunus a.s pun berdoa dan berzikir kepada Allah SWT dengan penuh jiwa kehambaan ;
لَّاۤ إِلَـٰهَ إِلَّاۤ أَنتَ سُبۡحَـٰنَكَ إِنِّی كُنتُ مِنَ ٱلظَّـٰلِمِینَ
"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri". [Surat Al-Anbiya' 87]
Ibnu Kathir berkata ; "(Nabi Yunus a.s berdoa dan berzikir) Ini (adalah) menunjukkan sikap berlindung kepada Allah SWT disaat saat sulit"
Berkenaan doa dan zikir Nabi Yunus a.s ini pula, Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud,"Apabila seorang muslim berdoa kepada Rabbnya dengan (membaca) doa ini dalam suatu urusan pun, nescaya Allah memperkenankan (doa) nya." [HR At-Tirmidzi].
Oleh kerana itu, bilamana Allah SWT menguji kita dengan pelbagai ujian, bacalah doa dan zikir ini. Mudah mudahan Allah SWT mengurniakan nikmatNya sehingga mengeluarkan kita daripada ujian dalam keredhaanNya. Tak perlu untuk kita tunggu untuk berzikir & mendekatkan diri dengan Allah dengan berbelanja besar mengambil pakej umrah terbaik yang hampir dengan masjidil haram. Bukankah amalan yang kecil tetapi dilakukan berterusan lebih disukai Allah swt berbanding amalan besar yang dilakukan hanya sekali.
Dan pengajaran disebalik kisah ini juga adalah, sebagaimana hebat pun kita diuji oleh Allah SWT, jangan sekali kali kita berputus asa dengan RahmatNya. Wallahu'alam.
Sumber: Tazkirah Ringkas
Tags
ISLAMIK
Betul tu kak aida.. jangan sesekali berputus asa..
ReplyDeletegood sharing..tq dear!
ReplyDeletekena rajin dan terus usaha doa kan..
ReplyDeletekena selalu muhasabah diri ammi ni..
ReplyDeleteusaha dan doa, berserah pada yang Esa
ReplyDeleteallahuakhbar. semoga sentiasa redha dengan rezekiNya
ReplyDeletedan yakinlah sesuatu itu datangnya dengan penuh kebaikan..
Good sharing Adda.. Kak Sue pun selalu amal zikir atau doa nie bila ada masalah atau serabut fikiran. InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan olehNya..
ReplyDeleteYe, betul sangat tu.
ReplyDeleteTerima kasih kak. Artikel ini wajar di teladani lapisan masyarakat
ReplyDeletetanpa rahmat allah, we are nothing
ReplyDelete