Menunaikan Umrah Menggunakan Pakej Umrah TH Travel & Services

Menunaikan Umrah Menggunakan Pakej Umrah TH Travel & Services. Sebagai seorang muslim tentu sekali impian mama ingin mengerjakan ibadat haji dan umrah. Inilah kemuncak ibadah setiap muslimin menunaikan haji, rukun islam ke 5 bagi menyembah diri kepada Allah SWT seperti Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud: “Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah”. Mama suka pakej umrah TH Travel & Services teringin plan pergi bersama-sama keluarga (Sumber: Sukamakanjalan.blogspot.com). Semoga Allah memakbulkan doa mama. Kenapa Impian mama Menunaikan Umrah Menggunakan Pakej Umrah TH Travel & Services? Kalau nak tau kenapa mama pakej ni menjadi pilihan, jom teruskan baca sampai habis ye.


Tolong aminkan doa dari sahabat mama buat mama ni. Rasa terharu sangat bila nama mama disebut di depan Kaabah.

Secara jujurnya, setiap kali mengenangkan impian umrah dan haji, mama akan terasa sangat syahdu dan seperti dipanggil-panggil saja. Setiap kali ada saudara atau rakan-rakan yang nak pergi umrah, mama akan jumpa dan peluk diorang kuat-kuat minta doakan mama sekeluarga berkesempatan ke sana bersama Syafi dan ayahnya ketika tubuh badan masih kuat dan sihat.

Mengapa Pakej Umrah TH Travel & Services Menjadi Pilihan






Umrah yang dikenali juga ‘Haji Kecil’ ini tentu sekali memerlukan perancangan rapi dan yang paling penting ialah memilih pakej umrah yang paling sesuai mengikut kesesuaian kita. Mama ada survey dan pakej pilihan mama adalah dari TH Travel & Services.

Mengapa TH Travel & Services Menjadi Pakej Pilihan?







Harga Mampu Bayar

Tentu sekali bajet adalah perkara pertama yang perlu kita consider sebelum memilih apa-apa pakej. Pakej TH Travel ni adalah pakej yang murah dan mampu bayar bagi mama. Bayangkan dengan harga serendah RM5,790 kita sudah boleh mengerjakan umrah. 

Berpengalaman, Dipercayai dan Terbukti

Dengan pengalaman selama lebih 47 tahun menguruskan haji dan umrah, tentu sekali mama percaya dengan TH Travel. Setakat ini prestasi dan imej TH memang terbukti dan dipercayai.

Jarak Hotel Yang Dekat Dengan Masjid

Pic credit to TH Travel

Dengan menggunakan pakej Baiduri, jarak antara hotel dan Dataran Masjidil Haram cuma 50m saja dan penginapan di Madinah pula lebih kurang 300m saja. Dengan jarak hotel yang dekat sebegini tentu sekali akan memudahkan untuk berulang-alik ke masjid. Jadi, tak perlu dah kita risau tentang pengangkutan ke masjid. Boleh fokus untuk beribadah saja. Janganlah kita bandingkan keselesaan hotel di tanah suci dengan bilik peranginan lain. Kerana kita ke sana untuk beribadat, bukan untuk duduk di hotel semata mata. Penting untuk jaga niat tu kan.

Tempat Kursus Umrah Berhampiran Rumah

Kursus umrah akan dijalankan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Berdekatan saja dengan rumah mama. Jadi, lebih mudah untuk ke kursus nanti. Kursus umrah ini penting bagi kita memenuhkan ilmu agar tidak ketinggalan di sana. Walaupun ada khidmat mutawif semasa di tanah suci nanti tetapi alangkah lebih afdal jika kita sendiri lebih jelas dan tahu tentang ibadah ini sendiri. 

Perlindungan Takaful Berkelompok

Pakej termasuk takaful berkelompok. Secara peribadi, perlindungan takaful ini penting kerana ia akan memudahkan kita di saat kita memerlukannya di sana nanti 

Tentatif Program Masuk Mekah

Jika boleh, mama lebih selesa dengan pakej yang masuk ke Mekah dahulu. Kerana kita pun nak beribadah, jadinya kalau boleh nak terus buat umrah dulu. Mari lihat tentatif program dari TH Travel yang pergi ke Mekah dahulu..

HARI 1 LAPOR DIRI DI KAUNTER THTS
Check-In Bagasi, Serahan Pasport & Lencana, Serahan Boarding Pass
BERLEPAS KE JEDDAH
Bermiqat Umrah di Qarnul Manazil
“Ya allah, terimalah kami sebagai tetamu Mu yang istimewa dan permudahkanlah urusan kami”
TIBA DI LAPANGAN TERBANG JEDDAH
Proses Imigresen / Pengambilan bagasi, Disambut oleh wakil THTS
BERTOLAK KE HOTEL MAKKAH DENGAN BAS
Check-in hotel,
MELAKUKAN TAWAF/SA’EI & TAHALLUL UMRAH DIPIMPIN OLEH MUTAWIF

HARI 2 ATURCARA BEBAS

HARI 3 PROGRAM LAWATAN DI MAKKAH 1
Padang Arafah / Jabal Rahmah, Muzdalifah / Mina, Masjid Ja’ranah (Miqat Umrah 2)

HARI 4 ATURCARA BEBAS

HARI 5 PROGRAM LAWATAN DI MAKKAH 2
Masjid Hudaibiyah (Miqat Umrah 3)

HARI 6 ATURCARA BEBAS

HARI 7 KEBERANGKATAN KE MADINAH
Turunkan barang Pelaksanaan, Tawaf Wada’,
BERTOLAK KE MADINAH DENGAN BAS
TIBA DI MADINAH: Check-in hotel


HARI 8 ZIARAH DALAM
Makam Rasullullah SAW & Raudhah, Perkuburan Baqi’

HARI 9 ZIARAH LUAR DI MADINAH
Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud & Maqam Penghulu Syuhada’, Medan Peperangan Khandaq

HARI 10 ATURCARA BEBAS

HARI 11 KEBERANGKATAN PULANG KE MALAYSIA
Turunkan barang, Ziarah Selamat Tinggal,
BERTOLAK KE LAPANGAN TERBANG MADINAH
Serahan passport / boading pass, Disambut oleh wakil THTS
BERLEPAS PULANG KE K. LUMPUR

HARI 12 TIBA DI KLIA SEPANG
Proses Imigresen , pengambilan Bagasi dan Bersurai

Seronok pula bila tengok aturcara program ni terasa macam dah ada di Mekah pula.

Ya Allah, Jemputlah Kami menunaikan Haji dan Umrah

Pic credit to TH Travel

Semoga mama dan semua yang membaca post ini dapat mengerjakan ibadah haji dan umrah dan mendapat haji dan umrah yang mabrur. Sungguh tidak dapat digambarkan perasan jika diberi rezeki dan peluang oleh Allah SWT dapat mengucapkan salam serta berdoa di makam Baginda SAW. Bagaimanakah hebatnya perasaan apabila kali pertama melihat Kaabah ddi depan mata, tentu tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Semoga kita berpeluang melawat rumah kelahiran Nabi Muhammad yang kini dijadikan perpustakaan di Masjidilharam, tapak asal telaga zamzam, Bukit Safa dan Marwah. Teringin juga berdoa di Raudhah. Semoga Allah memakbulkan doa kita. Amin.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

15 Comments

Words of wisdom

  1. Semoga Allah makbulkan hajat mama untuk melakukan haji dan umrah bersama keluarga ,insyaallah , aamiin...

    ReplyDelete
  2. Amin.. semoga Kita semua berpeluang

    ReplyDelete
  3. moga satu hari nnti berpeluang ke sana...terharunya bila ada org sudi doakan utk kita disna kan....

    ReplyDelete
  4. Semoga suatu hari nanti rabia dapat pergi ke sana..Aamiin doakan rabia sekeluarga ya

    ReplyDelete
  5. amin.. amin berkah hari jumaat ni mama aminkan doa semua

    ReplyDelete
  6. Rindunya..semoga termakbul hajat mama nak ke sana

    ReplyDelete
  7. teringin sangat jejakkan kaki juga di tempat suci ini semoga kita semua bisa kesana

    ReplyDelete
  8. Ada rezeki tunaikan umrah boleh guna pakej umrah yang akak share ni.

    ReplyDelete
  9. moga ada lah rezeki kita untuk sampai ke sana, suami dah pernah sampai sana dah... kita dengan aiyan je belum pernah sampai lg

    ReplyDelete
  10. Aamiin.. Aamiin..
    semoga ada rezeki untuk ke sana..

    ReplyDelete
  11. Pakej yang bagus dari TH Travel ni. Semoga ada peluang kita jejak kaki ke tanah suci satu hari nanti. Aaminnn

    ReplyDelete
  12. Semoga kita semua berpeluang menunaikan haji dan umrah.. antara pakej yang menarik dari TH dan murah pula tu

    ReplyDelete
  13. aminnnn

    mudah-mudahan kita semua dipanggil oleh-Nya suatu hari nanti

    ReplyDelete
Previous Post Next Post