Pahala Berterusan Walaupun Sakit dan Musafir
أَبَا بُرْدَةَ بْنَ أَبِي مُوسَى وَاصْطَحَبَ هُوَ وَيَزِيدُ بْنُ أَبِي كَبْشَةَ فِي سَفَرٍ وَكَانَ يَزِيدُ يَصُومُ فَقَالَ لَهُ أَبُو بُرْدَةَ سَمِعْتُ أَبَا مُوسَى مِرَارًا يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا
Abu Burdah bin Abu Musa bahawa ia menemani Yazid bin Abu Kasyabah dalam suatu perjalanan, dan pada waktu itu Yazid sedang berpuasa. Abu Burdah berkata kepadanya; Saya berkali-kali mendengar Abu Musa berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seorang hamba sakit atau dalam bermusafir (menempuh perjalanan), maka dicatat baginya pahala kebaikan sebagaimana ketika ia bermukim (menetap di suatu tempat) dan dalam keadaan sihat." (HR Ahmad No: 18848) Status: Isnad Tsiqah
Pengajaran:
1. Laksanakan amal ibadah setiap masa khususnya ketika kita sihat dan bermukim (menetap di suatu tempat).
2. Orang yang sakit, walaupun tidak dapat mengerjakan amal soleh seperti mana ketika dia sihat, dia akan tetap mendapat ganjaran pahala jika semasa dia sihat, dia melaksanakan amal tersebut. (contohnya semasa dia sihat, setiap magrib dia ke masjid dan mendengar kuliah – waktu dia sakit, tidak dapat menghadirinya – Malaikat tetap mencatat ganjaran pahala seolah-olah dia hadir)
3. Allah juga memberi ganjaran yang sama kepada orang yang bermusafir, tak kiralah untuk menghantar rombongan pengantin ke negeri lain, mahupun ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan umrah. (Sukamakanjalan.blogspot.com) Contohnya amalan puasa sunat yang dilakukan semasa tidak bermusafir. Ketika dia bermusafir, dia tidak berpuasa. Dia turut mendapat pahala puasa tersebut.
Marilah kita laksanakan amal soleh semasa kita sihat dan tidak kemana-mana. Moga Allah memberikan ganjaran yang sama walaupun kita tidak dapat laksanakan semasa kita sakit dan bermusafir.
Sumner: telegram 1 Hari 1 Hadis
telegram.me/hadisharian_ikram
Tags
ISLAMIK
Terima kasih atas perkongsian ini mamapp..
ReplyDeleteRasa nikmat tak terhingga andai kita mampu membuat amalan yang membolehkan pahala berpanjangan..
terima kasih atas perkongsian =)
ReplyDeleteAmbil peluang semasa sihat, sebelum sakit
ReplyDeleteHere you will learn what is important, it gives you a link to an interesting web page. See Instagram photos and videos from 'Pictaram' hashtag.
ReplyDeleteperkongsian yang ohsem kak Aida.. terima kasih..
ReplyDeleteterima kasih mama atas perkongsian ni
ReplyDeletebuat baikla walau dimana juga. walau kita rasa kebaikan dia tu sikit..
ReplyDeletetapi hanya Allah tahu harga nilai kebaikan itu..
teringat ms ikuti trip ke Da Nang. setiap kali nk bertolak, ketua rombongan selalu igt kn kitorang supaya berdoa sbb doa org musafir ni sgt mustajab so apa lagi, takkan kita x nk tadah tangan kn?
ReplyDeleteSelagi bergelar umat insyaAllah segala amal baik akan mendapat pahala...
ReplyDelete