1 Jam Selepas Subuh Menentukan Bagaimana Hala Tuju Hidup Kita.

1 Jam Selepas Subuh Menentukan Bagaimana Hala Tuju Hidup Kita.

Semua kita kena jadi morning person. Beruntung morning person kerana banyak kebaikannya bergantung kepada bagaimana kita memulakan kehidupan harian kita dari hari ke hari. 1 Jam Selepas Subuh Menentukan Bagaimana Hala Tuju Hidup Kita. Tak kiralah semasa kita di rumah, mahupun semasa berjalan jalan melancong bersama keluarga. [Baca review menginap di Pulai Spring Johor Bharu]


Jadi, apakah yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh?

1. Jangan tidur lepas subuh. Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas. Dan selepas itu rehatlah tak mengapa. Rezeki ni bukan setakat duit & harta ya. Kesihatan & anak anak yang baik semua tu rezeki. [Baca - Petua untuk mengandung]
2. Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri. Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Cubalah!

3. Sarapan. Makan sikit diwaktu pagi membuatkan sistem penghadaman akan berfungsi dengan baik. Ambil sepotong roti pun takpe. Segelas susu dan kopi pun baik. Janji makan atau minum sikit.

4. Ini yang terpenting. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di Youtube pun tak mengapa. Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah.

1 jam kita buat semua ini, insyaAllah hidup akan bermakna. Dan kita mampu melangkah lebih jauh dan bertenaga.

Kredit : Sweet Terapi

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

20 Comments

Words of wisdom

  1. yg no. 1 biasanya hari bekerja je..hari sabtu ahad mmg memanggil2 sungguh katil tu.

    ReplyDelete
  2. tenkiuuu shareee! sangat bermanfaat! yang no.1 tu ehemmm hahahahaha. tengah try tak tido lepas subuh tapi selalunya terbabas lagi2 bila period muehehe

    ReplyDelete
  3. Ya betul kak, pagi ni banyak juga benda nak kena buat. Kalau tidur, alamat ya byk yg tergendala

    ReplyDelete
  4. Semoga nasihat ini memberi teguran yang lembut pada diri Naim amnya hehe

    ReplyDelete
  5. Sangat bagus info ini.. peringatan untuk kita semua

    ReplyDelete
  6. terimkasih perkongsian berharga ini setakaf ini ramai pula yang tidor selepas subuh sayapun demikian

    ReplyDelete
  7. Assalamualekum, MashaAllah the way you write is a joy to read. The Knowledge gained from this lot, InshaAllah I'll try to carry it with me forever. Umrah Packages umrah packages from delhi

    ReplyDelete
  8. Bagus pesanan ni. Thank you mama sebab sudi share pesanan yang hebat mcm ni👍

    ReplyDelete
  9. Thanks share ilmu nie mama.. yang no 1 tue memang hari keja jea boleh bangun tapi hari minggu nie, walau dah mandi dan solat pun mata bagaikan digam-gam.. hihihi

    ReplyDelete
  10. Saya rasa diri paling rajin pada waktu selepas subuh.

    ReplyDelete
  11. Yes, kena jadi morning person. Lebih murah rezeki dan banyak kerja boleh buat

    ReplyDelete
  12. kalau yang bekerja memang lepas subuh takde yang tidur cuma time hujung minggu tu, alahai payah bebeno

    ReplyDelete
  13. orang Islam memang disarankan berpagi pagian. pintu rezeki sedang luas terbuka..
    memang time tu godaan tinggi nak tidola apa la..

    ReplyDelete
  14. terima kasih mamapp atas entry yang penuh nasihat tu. sekarang sedang berubah untuk mandi pepagi subuh. hehe
    tp kalo weekend or ahri cuti..adushhh susah sungguh nak buat..hihi

    ReplyDelete
  15. alangkah rugi sesiapa yang melepaskan subuh begitu sahaja... setiap hari...

    ReplyDelete
  16. tq for reminding me, mamapp.
    ni la terbaik.
    permulaan hari yg ohsem.

    ReplyDelete
  17. Peringatan yang bagus untuk semua

    ReplyDelete
Previous Post Next Post