Bertahmidlah Memuji Allah Ketika Sakit

Siapa saja kat sini yang tak pernah di uji dengan kesakitan. Tentu sekali semua pernah merasa sakit walaupun seringan-ringan penyakit. Walaupun kita sakit, janganlah kita lupa untuk Bertahmid Memuji Allah Ketika Sakit  kerana setiap ujian kesakitan dari Allah itu ada hikmahnya. Kepada sesiapa yang kurang sihat tu mama doakan semoga Allah memberikan kesembuhan dan kakuatan. Doakan mama sekeluarga juga dalam kesihatan yang baik. Mari renung-renungkan Bertahmidlah Memuji Allah Ketika Sakit .









Bertahmidlah Memuji Allah Ketika Sakit 


عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ بَعَثَ اللَّهُ تَعَالَى إِلَيْهِ مَلَكَيْنِ فَقَالَ انْظُرَا مَاذَا يَقُولُ لِعُوَّادِهِ فَإِنْ هُوَ إِذَا جَاءُوهُ حَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ رَفَعَا ذَلِكَ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَهُوَ أَعْلَمُ فَيَقُولُ لِعَبْدِي عَلَيَّ إِنْ تَوَفَّيْتُهُ أَنْ أُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ وَإِنْ أَنَا شَفَيْتُهُ أَنْ أُبْدِلَ لَهُ لَحْمًا خَيْرًا مِنْ لَحْمِهِ وَدَمًا خَيْرًا مِنْ دَمِهِ وَأَنْ أُكَفِّرَ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ

Daripada 'Atha bin Yasar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Jika seorang hamba sakit, Allah Ta'ala mengirim kepadanya dua Malaikat seraya berfirman;

Lihatlah apa yang ia katakan terhadap para penziarahnya, jika ia bertahmid dan memuji Allah,  maka malaikat keduanya  akan mengangkatnya ke hadapan Allah 'azza wajalla dan Allah Maha Tahu, lalu Allah berfirman; Aku berjanji kepada hamba Ku, jika Aku mematikannya, maka Aku akan memasukkan ia ke syurga. Jika Aku menyembuhkannya, nescaya Aku akan mengganti untuknya daging yang lebih baik dari dagingnya, dan darah yang lebih baik dari darahnya. Dan Aku akan ampuni keburukan-keburukan dirinya." (HR Malik No: 1475) Status: Hadis Hasan 

Renungan dari Hadis:







1.  Jika ada sahabat yang sakit, menjadi tanggungjawab kepada orang yang sihat untuk menziarahinya.

2.  Ketika kita sakit, banyakkanlah zikir memuji Allah bukan keluhan atau kesakitan.

3.  Bagi penziarah, doakan pesakit dan ucapkan kata-kata semangat dan kesabaran untuk pesakit.

4.  Pesakit yang sabar dan reda malah  mengucapkan tahmid dan pujian kepada Allah terhadap apa yang dilalui (bukan keluhan), jika ia dimatikan, Allah akan menggantikan dengan syurga. Jika disembuhkan, Allah akan menggantikan darah yang lebih baik, daging baru yang tumbuh lebih baik di samping dikurniakan keampunan dosa.


Sumber: 1 hari, 1 Hadis.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

17 Comments

Words of wisdom

  1. alhamdulillah terima kasih atas perkongsian dan renungan bersama ^_^

    ReplyDelete
  2. Allah~ terima kasih ingatkan Aien sekeluarga tengah sakit ni. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. syafakillah buat aiennie dan keluarga ye.. semoga cepat sihat

      Delete
  3. betul tu kak, sakit itu dugaan agak kita semakin dekat dan mengingati Nya kan kak...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. tq kak adda untuk perkongsian yang bermanfaat nie..

    ReplyDelete
  5. Sakit itu asbab untuk kita lebih mengingati Allah...

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing mama. Sakit ni sebenarnya 'nikmat'. Buat kita lagi dekat dengan Tuhan. Bila sihat selalunya kita lalai

    ReplyDelete
  7. Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan moga cepat sembuh jika sakit. Aaminn...

    ReplyDelete
  8. Sakit tu asbab penghapus dosa kecil. Semoga kita redha terima sakit itu.

    ReplyDelete
  9. thank you mama for the beautiful reminder.

    ReplyDelete
  10. kdg2 kita ni cuma bertahmid apabila sakit. Semasa sihat lupa plak nak bertasbih n berzikir.

    ReplyDelete
  11. Tq semua Audi baca.. sama2 Kita Dolan agar rakan2 si alam.maya semua dlm keaihatan yg semourna

    ReplyDelete
  12. Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik.. Aamiin..

    ReplyDelete
  13. sakit itu salah satu stesyen muhasabah di dunia...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post