Lunch Di Spiced Pumpkin Cafe & Bakery Seksyen 3 Shah Alam.. Pssst.. Ada cafe baru dibuka di area Shah Alam maka haruslah kami anak beranak usha tempat baru ni. Special sebab cafe ni ada lontong goreng kegemaran ayah Syafi. Maka pergilah kami Lunch Di Spiced Pumpkin Cafe & Bakery Seksyen 3 Shah Alam hari Sabtu lepas.
Berikut adalah menu yang kami order
Menu di Spiced Pumpkin Cafe & Bakery Seksyen 3 Shah Alam
Resoles Chicken yg sedap. Dalam ni Ada cheese, ayam dan salad. RM3/piece. Sedap tau
3 layer tea dan milo t-rex
Spagheti utk anak mama
Lontong goreng bersama rendang daging. Rasa lontong goreng ok sedap cuma ada version lain yang mama lagi suka. Lontong goreng ni macam lembab-lembab sikit. Mama suka yang ditumis garing
Nasi Maqlubah yakni nasi briyani pakistan.. Rasa nasi tu memang rich dan mama yang kuat makan berkuah ni pun tak letak kuah banyak. Sedap dah
Syafi tengah omnomnom. Belikan dia cheesy fries takut dia lapar lagi. Tapi end up mama dgn ayan dia yang terpaksa makan haha
Menu Dan harga di Spiced Pumpkin Cafe & Bakery Seksyen 3 Shah Alam
Jom kita tengok menu dan harga pula
Harga makanan
Harga Minuman
Keadaan Di luar kedai
Interior yang cozy dan selesa
Pengalaman Makan di Spiced Pumpkin Cafe & Bakery Seksyen 3 Shah Alam
Lokasi tempat ni terletak di bangunan baru dan parking mudah juga. Maka tak perlu risau lah korang kalau nak ke sini. Mama lihat ramai juga yang makan di sini mungkin sebab ada hotel di bangunan yang sama. FoodPanda pun ada deliver menu dari kedai ni. Interior kat sini cosy dan pekerja pun sentiasa membantu dan ramah dengan senyuman. Makanan dan minuman kat sini semua sedap. Next time mama nak try menu lain pula lah..Kepada yang nak cuba rasa makanan di sini bolehlah ikut alamat ni ye..
Spiced Pumpkin Cafe & Bakery
Alamat: 2.0 Kompleks KPPMS Lot, 291, Jalan RU 3/9a, 40000 Shah Alam, SelangorWaktu perniagaan: Isnin - Rabu 2:00 ptg – 9:30mlm
Khamis - Sabtu 12:00 tgh hari – 10:30 mlm
Ahad Tutup
Telefon: 019-272 8317
Tags
FOOD
Kalau boleh setiap hari tengok blog akak..sebab suka melihat gambar makanan dalam blog akak ni
ReplyDeleteHihii tq Rabia.. nampak sgt akak ni mmg hantu suka makan
Deleteahai harga sangat murah ini belum sempat ke cafe ini suatu hari kalau ke Kuala lumpur lagi nak cari di sah alam ya
ReplyDeleteHuwaa..kenapa semua makanan favourite keluar ni. Tapi Resoles Chicken belum pernah makan lagi. macam sedap je tu
ReplyDeletesepertinye I will try in my kitchen
Deleterosales tu nampak besar betul kak, puas makan
ReplyDeletesedap2 tengok semua menu... harga pun nampak berpatutan sangat
Resoles tu nampak macam sedap je kak. Harga pun boleh tahan jugak kan
ReplyDeletesedapnya semua menu-menu dia..terliur kita tengok dessert dalam menu tu..
ReplyDeletebestnya tengok close up gambar makanan ni. kedai pun nampak cantik juga
ReplyDeleteTerliur tengok Syafi makan. Huhu
ReplyDeletemilo t-rex. uniknya nama. macam milo tabur kan. best la menu dia
ReplyDeleteJemput singgah www.hellokerja.com
the menu is so..wow!
ReplyDeleteSemua nampak sedap. Lontong goreng tu saya tak pernah cuba lagi.
ReplyDeleteaa dah lama teringin resoles tu :3
ReplyDeletemenarik.
ReplyDeleteterpaku aida bila tgk milo tabur tu, mamapp.
feveret all the time :)
Ya Allah cheesy fries tu nampak sedapnya. So mouthwatering :)
ReplyDeleteNanti boleh lah singgah sebab bila pegi area tu selalu tak tau nak makan kat mana.
Asyik pergi tempat yang sama je.
resoles chicken tu favourite ray!
ReplyDelete