Aktiviti Cuti Sekolah

Cuti sekolah tahun ni mama sekeluarga tak ke mana-mana pun. Sejak kaki mama injured aritu memang mama susah dah nak berjalan. In fact nak g shopping mall beli barang harian pun malas. So, memang Syafi pun tak kemana-mana lah. Duduk rumah aje. Cuma mama plan nak balik Muar Dan ke melaka je lagi 2 minggu. Tu je la..







Walaupun duduk rumah aje tapi mama bagi homework kat Syafi setiap hari. Disebabkan result subjek Bahasa Melayu dia dapat C masa peperiksaan akhir tahun aritu, maka mama suruh dia banyak baca buku Dan suratkhabar.


Ada masanya mama suruh dia buat latihan. Tepuk kepala juga bila check memang banyak yg salah..  nak tergelak pun ada bila dia bagi jawapan "jerut" tali leher. 







Bila tengok results Bahasa inggeris dan bahasa  Arab elok pula dia dapat A. Tetiba bahasa melayu pula dia kantoi huhu.. so, Sekarang mama nak tambahkan vocab dia Dan mahirkn dia dari segi simpulan dan peribahasa. Harapnya adalah perubahan sikit. Next week nak mulakan latihan matematik Pula.

Tahun depan dah nak ambil upsr dah. So, tak boleh main2 dah budak ni. Cuma mama takdelah pressure dia buat byk2 sangat latihan.. sekadar ada aktiviti setiap hari cukuplah..




mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

19 Comments

Words of wisdom

  1. wah. terbaik la.
    anak2 aida enjoy kat umah tu.
    atok uwan diorang ada. so, memang tak boleh la aida nak suruh diorang belajar.
    next week baru nak start suh diorang buka buku.
    terutama si kakak - pt3 next year.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah banyak manfaatnya sama2 buat aktiviti dengan anak2 di musim cuti sekolah ^_^

    ReplyDelete
  3. Waa~ memang manfaatkan cuti sekolah betul ni. All the best Syafi for UPSR next year.

    ReplyDelete
  4. aiyan cuti ni bawak pi opis memang kene bagi buat latihan kak... kalau tak main hp je...

    ReplyDelete
  5. Rajin Mama, memang bagus isi masa cuti sekolah dengan perkara berfaedah macam ni, Moga ada peningkatan nanti

    ReplyDelete
  6. Samalah dgn anak kita mamapipie, BM tu yang kurang baik resultnya. Tapi realitinya subjek BM sekarang sangat tricky. Very technical & sangat rigid dari segi pemarkahan :(

    ReplyDelete
  7. Samalah kita kak.. Sha pun suruh Amani banyak baca buku bahasa melayu dan buat karangan.. Adiknya pun duk ajar menulis dan mengira..

    ReplyDelete
  8. Bagus aktiviti yang akak buat ni. Salah satu cara meningkatkan pembelajaran anak anak kan.

    ReplyDelete
  9. semoga yang baik-baik sahaja untuk anak akak =)

    ReplyDelete
  10. hehe..matilah terjerut tu. Bagus gak ada buat latihan macam ni cuti sekolah. at least dia ada belajar. harap tahun depan BM bertambah maju.

    ReplyDelete
  11. kadang-kadang bahasa melayu lagi susah dari bahasa Inggeris. Huhu

    ReplyDelete
  12. Rajin betul cuti skolah bt latihan mcm ni. Terbaiklah mama. BM ni mmg kne bg latihan jugakkan. Penting sbb ssh jugak tgk anak nak kuasai even bhs sendiri

    ReplyDelete
  13. rasanya org melayu ni BM payah nak score sebab kat rumah kita ni jenis cakap asal boleh. kita tak guna vocab yg betul kan.

    anak ammi kat rumah tu kena siapkan buku2 latihan lelama gak.

    ReplyDelete
  14. Dekat rumah ni pun ana bg syafi buat revision. Kalau tak, main saja dia tu. Hehe

    ReplyDelete
  15. Sebenarnya BM mmg Susah Kan. Lagi Pula syllabus zaman skrg kesian budak2

    ReplyDelete
  16. menjerut tali leher tu tak daya baca.. hahaha.. kejam noo syafi oiii..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post