Doa Ketika Sakit

Setiap manusia biasa seperti kita tentu sekali sekala akan di uji dengan kesakitan. Kat sini mama nak share tentang doa ketika sakit. Boleh kita amalkan sama-sama ye.







Hadith nabi SAW

عَنْ عُثْمَانَ بْنِ أَبِي الْعَاصِ الثَّقَفِيِّ أَنَّهُ شَكَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَجَعًا يَجِدُهُ فِي جَسَدِهِ مُنْذُ أَسْلَمَ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِي تَأَلَّمَ مِنْ جَسَدِكَ وَقُلْ بِاسْمِ اللَّهِ ثَلَاثًا وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

Daripada Usman bin Abu Al 'Ash Ats Tsaqafi bahawa dia mengadukan kepada Rasulullah SAW suatu penyakit yang dideritanya sejak ia masuk Islam. 

Doa Ketika Sakit


Maka Rasulullah SAW bersabda kepadanya: "Letakkan tanganmu di tubuhmu yang terasa sakit, kemudian ucapkan Bismillah tiga kali, sesudah itu baca tujuh kali:


أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

 (Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari penyakit yang aku derita dan aku cemaskan). (HR Muslim No 4082) Status: Hadis Sahih

Pengajaran dari hadith:

1.  Setiap penyakit yang menimpa seseorang perlu diusahakan pengubatannya

2.  Rasulullah SAW  mengajar kita berdoa memohon kesembuhan dari penyakit

3.  Antara doa yang diajar oleh Rasulullah kepada orang yang sakit  ialah meletakkan tangan di bahagian yang sakit sambil membaca:

a.  Bismillah 3 kali
b.  Doa 7 kali 

أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ


Moga kita dapat mengamalkan doa ini apabila sakit

1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

14 Comments

Words of wisdom

Previous Post Next Post