First Time Minum Brown Sugar Boba Milk Di Xing Fu Tang

Semasa mama sekeluarga menginap di Bangi Resort [ refer sini Bercuti 3 Hari 2 Malam Di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi Selangor ], kakak ipar mama beriya-iya ajak mama pergi beli Brown Sugar Boba Milk di Xing Fu Tang. Ini adalah First Time Brown Sugar Boba Milk Di Xing Fu Tang di area Cheras. Mula-mula blur juga amenda bobba tea tu. Sempat jugalah mama survey status halal Xing Fu Tang hihi..

Pemandangan dari hadapan kedai. Ada adik ipar dan kakak ipar mama tengah tengok minuman disediakan

Status Halal Di Xing Fu Tang

Seperti yang mama bagitau tadi, mama sempat usha status halal Xing Fu Tang. Kesemua ingredient disahkan halal oleh Taiwan Halal Integrity Development Association. dan Thida ni juga diiktiraf oleh JAKIM. Boleh refer sini http://thida.org/index.php/international/jakim

Status halal Xing Fu Tang oleh MUI seperti dinyatakan dalam Facebook


Ni la minuman yg kami order


Brown Sugar Boba Milk . First time mama minum. Rasanya sedap gabungan susu dan brown sugar. Bubble di sini di masak bersama brown sugar sehingga pekat..

Strawberry boba milk pilihan Syafi dan sepupunya Yasmin. Honestly rasa air ni kureng sikit. Diorang berdua minum tak habis. Rasa straberry tu kurang dan agak masam. Mana lah budak suka. Kalau pihak Xing Fu Tang terbaca ni korang boleh try improve lagi air ni dgn tambahkan sikit manis dan keharuman strawbery tu ye..

Mango smoothie and rabbit panna cota ni sedap. rabbit ni pun comel sangat, Rabbit gebu ni adalah sejenis jeli yang anak sedara mama suka makan..

Menu dan Harga Minuman di Xing Fu Tang 

Ni adalah harga dan menu minuman ada di sini.. 


Maklumat Xing Fu Tang Malaysia

Korang boleh tengok sendiri di FB dan instagram Xing Fu Tang ye

Website: https://www.facebook.com/XFTMALAYSIA

Instagram: https://www.instagram.com/xingfutang_malaysia



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

14 Comments

Words of wisdom

  1. belum pernah minum lagi.. ada yg kata sedap.. tp Dilah belum terasa nak try lagi.. hihi

    ReplyDelete
  2. LeYa pun belum pernah minum Boba Tea kat Xing Fu Tang ni.. Tapi kalau lain-lain dah la.. Hehe..

    ReplyDelete
  3. mama pun terjebak sebab ipar mama hihi.. tapi not bad lah

    ReplyDelete
  4. Menarik betul warna brown sugar dia..

    ReplyDelete
  5. Dana kalau bubble tea pernah try yg tealive je kak... yg lain xpernah rasa lagi,jakun kan

    ReplyDelete
  6. byk boba sekarang....dh lost track jenama....panna cota, sedapnya....rietta suka juga yg jenis popping tu...mcm boba, tpi bukan boba....

    ReplyDelete
  7. wahh! teringin nak try yang ada rabbit tu.

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap! Belum ada rezeki nak cuba Boba Milk Xing Fu Tang ni

    ReplyDelete
  9. Setakat ni saya masih belum mencemar duli minum air ni kak walaupun sekarang tengah hot.

    ReplyDelete
  10. kalau dah ada label halal maka tak risau lagi nak cuba minuman tersebut juga

    ReplyDelete
  11. aida pernah try boba ni.
    tapi bukan la xin fu tang ni.
    kat melaka mana ada kan :)
    tapi tu la... tak brape nak kena la dgn boba tu, mamapp.
    tak berkenan plak. anak2 pun sama, tak minat.
    hi hi hi hi tekak melayu sgt kami nih! :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  12. kali pertama Cuya minum,jatuh hati terus..sedap sangat

    ReplyDelete
Previous Post Next Post