Keputusan Peperiksaan UPKK 2019 Bermula 18 Disember 2019 - Cara Membuat Semakan

Baru kami para ibu bapa tertanya-tanya keputusan UPKK 2019 dalam grup whatsapp sekolah. Tetiba semalam kami diberitahu Semakan Keputusan Peperiksaan UPKK 2019 Bermula 18 Disember 2019 pukul 11 pagi.. Wah, berdebar-debar juga mama nak tunggu keputusan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) Syafi minggu depan. Semakan boleh dibuat dari 18/12/19 sehingga 25/12/19.

Ada 3 cara untuk membuat semakan keputusan UPKK 2019. Mari mama share macam mana caranya ye. Senang juga mama nak refer nanti.. 


CARA MEMBUAT SEMAKAN KEPUTUSAN UPKK 2019







Tarikh semakan: Semakan keputusan akan dibuka bermula 18 Disember 2019 jam 11 pagi hingga 25 Disember 2019.

Cara Pertama: Portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


Korang hanya perlu  klik link ni http://semakan.islam.gov.my dan isi maklumat yang diperlukan. Mama rasa mama akan check kat sini nanti. Mudah saja.

Cara Kedua : Melalui SMS







Caranya adalah  taip UPKK (jarak) No My Kid/ No Pengenalan Khas dan SMS ke 15888


Cara Ketiga:. Portal MyGovernment 


Layari website http://www.malaysia.gov.my . Jika korang belum register di laman web ni korang kena register dulu. Klik REGISTER dibahagian atas tu ye. Selepas selesai register dan log in barulah korang klik  daftar/log masuk dan pilih Perkhidmatan Digital. Di bahagian bawah tu ada "Reviewing Exam Results (STPM, MUET, UPKK)"

Tu je mama nak share. Good semua untuk anak-anak dan ibu bapa yang akan menerima keputusan UPKK nanti.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

19 Comments

Words of wisdom

  1. sekarang semua di hujung jari saja =)

    ReplyDelete
  2. Semua dihujung jari. Semoga syafi berjaya dalam upkk

    ReplyDelete
  3. Senang je varany zaman skrg Kan.. hihi

    ReplyDelete
  4. Tak macam dulu, nak kena datang sendiri ke sekolah.

    ReplyDelete
  5. lebih kurang sama dengan PT3 tarikhnya....

    PS: tu la, rietta pun teringat masa kecik pernah tgk, dh besar baru tahu harga dia ada yang terlalu mahal....

    ReplyDelete
  6. Senang sekarang boleh cek online. Tiada lagi sorok keputusan exam..hehe

    ReplyDelete
  7. Berdebar-debar ibu bapa nak tunggu result anak-anak. Mudah dah sekarang ada pelbagai cara nak check result.

    ReplyDelete
  8. sekarang semua mudah, di hujung jari semuanya

    tapi compom mak pak yang berdebar-debar lebih tuh

    ReplyDelete
  9. ammi pun berdebar gak nak tgk result anak dara sulung ammi ni.

    ReplyDelete
  10. semua di hujung jari. lebih mudah dan lebih cepat

    ReplyDelete
  11. counting days.. lagi kurang 2 hari je lagi. good luck semua anak2

    ReplyDelete
  12. goodluck utk anak2 yg ambil upsr!

    ReplyDelete
  13. selamat dah 2 dara aida tamat skola rendah.
    upkk.
    upsr.
    settle dgn jayanya.
    ijat lama lagi :) hi hi hi...

    ReplyDelete
  14. wahhh mesti debau debau students and parentsss hehehe. apa-apa pun, jangan sedihh kalau result tidak mengecewakan. jauh lagi perjalanan :D

    ReplyDelete
Previous Post Next Post