Sebaiknya Jadilah Pemberi Bukan Peminta

Memberi sedekah adalah amat dituntut dalam Islam. Tak semestinya bersedekah itu hanya untuk orang kaya. Sesungguhnya sedekah itu besarny mengikut ratio. Bayangkan jika orang kaya yg gajinya RM 30,000 bersedekah RM 50 Dan orang bergaji RM 3000  bersedekah RM 50. Tentu berlainan, Kan. Maka, Sebaiknya Jadilah Pemberi Bukan Peminta




Jadilah Pemberi Bukan Peminta

عَنْ حَكِيمِ بْنِ حِزَامٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنْ الْيَدِ السُّفْلَى وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ وَخَيْرُ الصَّدَقَةِ عَنْ ظَهْرِ غِنًى وَمَنْ يَسْتَعْفِفْ يُعِفَّهُ اللَّهُ وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اللَّهُ


Daripada Hakim bin Hizam RA dari Nabi SAW bersabda: “Tangan yang diatas lebih baik dari pada tangan yang di bawah, maka mulailah untuk orang-orang yang menjadi tanggunganmu dan sedekah yang paling baik adalah dari orang yang sudah cukup (untuk keperluan dirinya). Maka barangsiapa yang berusaha memelihara dirinya, Allah akan memeliharanya dan barangsiapa yang berusaha mencukupkan dirinya maka Allah akan mencukupkannya”. (HR Bukhari No: 1338) Status: Hadis Sahih






Pengajaran:

1.  Bersedekah lebih baik daripada meminta-minta.

2.  Menghulurkan sedekah dan sumbangan hendaklah dimulakan terlebih dahulu kepada ahli keluarga yang menjadi tanggungan kita.

3.  Sedekah yang paling baik adalah lebihan daripada keperluan asas seseorang.

4.  Berusahalah mencari rezeki sebaik mungkin dan elakkan diri dari meminta-minta atau mengharap belas kasihan orang lain.

5.  Allah akan memelihara dan mencukupkan keperluan kepada orang yang berusaha dan bekerja mencari rezeki tanpa meminta-minta.

6.  Nabi SAW mencela orang yang suka meminta-minta (mengemis) kerana perbuatan tersebut merendahkan martabat kehormatan manusia. Padahal Allah sendiri sudah memuliakan manusia, seperti terungkap melalui firman-Nya :

وَلَقَدْ كَرَمْنَا بَنِى اَدَم َوَحَمْلنَاهُمْ فىِ اْلبَرِّ وَاْلبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيْرٍ مِمَنْ خَلَقْنَا تَفْضِيْلاً
Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam. Kami angkat mereka di daratan dan di lautan. Kami berikan mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas  kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.” (Q.S Al-Isra’ : 70).

7.  Jangan sengaja menjadi peminta. Ingatlah amaran Nabi SAW seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

مَنْ سَأَلَ النَّاسَ أَمْوَالَهُمْ تَكَثُّرًا  فَإِنَّمَا يَسْأَلُ جَمْرًا فَلْيَسْتَقِلَّ أَوْ لِيَسْتَكْثِرْ

Barangsiapa meminta harta kepada orang lain untuk memperkaya diri, maka sungguh, ia hanyalah meminta bara api, maka silakan ia meminta sedikit atau banyak (HR. Muslim (no. 1041)

8.  Lakukanlah apa juga pekerjaan yang halal dan baik seperti bertani, berniaga, mengutip tin kosong dan menjualnya, bertukang, menjadi pelayan dan sebagainya untuk keperluan hidup, jangan sekali-kali mengharapkan pemberian orang lain.

Jadilah Kita Pemberi Bukan Orang Yang Mengharap Pemberian Orang Lain.

Sumber:  1 hari 1 hadis 



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

13 Comments

Words of wisdom

  1. tangan yang di atas lebih baik dari yang di bawah, tangan yang memberi lebih baik dari menerima...

    terima kasih untuk perkongsian hari ini kak

    ReplyDelete
  2. Betul tu kak. Seeloknya jadilah pemberi daripada meminta2. Bila kita banyak memberi kepuasannya lain macam kan

    ReplyDelete
  3. beri dgn ikhlas
    pasti byk ganjarannya

    ReplyDelete
  4. sebenarnya yang benar menjadi harta kita hanyalah yang kita sedekahkan itu akan kita dapat lagi di hari kemudian

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah mengutniakan Kita Hari ug sentiasa pemjrah Dan ikhlas utk bersedekab

    ReplyDelete
  6. betul, tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. Lebih murah rezekinya bila kita bersedekah.

    ReplyDelete
  7. saya selalu teringat...

    tangan yang berada di atas lebih baik daripada yang berada di bawah

    ReplyDelete
  8. setuju, walaupun sikit jumlah yg diberi tapi keberkatan nya itu tetap ada

    ReplyDelete
  9. masih terasa susah nak didik hati part ni.. bila la nak ada kesedaran ntah..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post