Top 5 Foods You Must Have in Kuala Lumpur

Top 5 Foods You Must Have in Kuala Lumpur


Memang untung tinggal di area Klang Valley sebab ada pelbagai makanan dan restoran yang menarik yang kita dapat cuba. Kerana rakyat Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum dan agama, maka makanannya juga ada bermacam-macam. Kat sini mama nak kongsikan Top 5 Foods You Must Have in Kuala Lumpur. Bagi pelancong, mereka kena cuba kesemua makanan ni barulah boleh cakap yang diorang dah datang melawat Malaysia.

1. Nasi Lemak

.com/-VVqxDACZABE/W5mt-DPPW5I/AAAAAAAAjVQ/aD7MFP1eRe4djg4JWu3CdUTWVbcNLqGgACHMYCw/
Nasi lemak, Sambal Sotong Dan Telur Mata di Nasi Lemak Antarabangsa Wanjo Kampung Baru KL.

Mama ingat lagi dulu ada petisyen online untuk vote nasi lemak sebagai makanan rasmi Malaysia.. We are proud with nasi lemak. Padanan nasi lemak yang dimasak dengan santan kelapa, sambal tumis pedas, pekat dan sedap. Dimakan bersama kacang tanah goreng, timun dan telur rebus. Itulah Nasi lemak basic yang lengkap. Kalau nak makan dengan lauk seperti paru berlada, ayam goreng berempah, sambal sotong Dan pelbagai lauk lain pun boleh. Trust me, berbaloi kalau korang cuba nasi lemak di Kuala Lumpur ni. Antara tempat yang terkenal dengan nasi lemak sedap ialah Nasi Lemak Antarabangsa di Kampung Baru dan Nasi Lemak Panas di Jalan 223. Sedap ooo..


2. Roti Canai


IMG20190715215700-600x450
Roti canai banjir

Kalau ke Kuala Lumpur jangan lepaskan peluang makan roti canai. Menu ni pun dikira menu wajib makan juga ni. Makan roti canai bersama teh tarik memang padanan yang sesuai sangat. Wow, memang best! Roti canai ada pelbagai jenis. Dari roti kosong, roti telur, roti banjir, roti tisu sehingga kepada roti sardin dan pelbagai lagi variasi roti canai. Korang takkn menyesal mencuba semua jenis roti canai ni. 


3. Ramly Burger



Pic credit to fiezasani.xyz

Ramly burger sangat mudah nak beli di Kuala Lumpur bahkan di selutuh Malaysia. Banyak gerai burger yang menjual Ramly burger. Sangat berbaloi beli Ramly burger kerana harganya yang lebih murah berbanding burger fast-food. Paling best bila kita boleh custom-made burger semasa membuat order. Nak sayur lebih atau taknak mayonnaise semua boleh di buat mengikut citarasa kita. Nak daging double atau nak nak lebih sos semua terpulang pada kita. Minta je pada otang yang jual burger tu.

Selain dari gerai, kita juga boleh dapatkan Ramly burger dari Ramly Halal Mart. Selain menjual  burger dan set burger, kedai ni juga ada menjual dan membekalkan bahan-bahan burger seperti daging burger, roti burger, pelbagai sos, mayonnaise serta pelbagai lagi barangan. Antara halal mart yang terletak di KL ialah Ramly Halal Mart Taman Sri Rampai, Ramly Halal Mart Taman Maluri, Ramly Halal Mart Mukim Batu dan Ramly Halal Mart Bandar Tun Razak.


4. Ikan Bakar


IMG_20171008_153001

IMG_20171008_152909
Ikan Bakar Warung Kak Ton D’Condo

Banyak sekali pilihan makanan ikan bakar di Kuala Lumpur seperti Ikan Bakar Jalan Bellamy, Warung Kak Ton D'Condo dn Ikan bakar Brickfield. Ada ikan bakar bodo atau juga ikan bakar berlada. Terpulanglah pada selera masing-masing. Makan ikan bakar bersama nasi panas dan dipadankan pula dengan air asam atau kuah kicap memanglah sedap sangat. Mak mertua lalu pun tak nampak u ols haha..



5. Cendol

IMG_20180128_162150
Cendol Durian

Makan cendol dikala kelelahan dan kepanasan  berjalan di ibukota tentu sangat memberikan nikmat. Badan terasa segar dan hati pun jadi riang. Cendol yang harganya murah saja boleh membahagiakan seseorang tau. Cendol pun ada banyak variasi. Dari cendol kosong dan  cendol pulut kepada cendol durian, cendol jagung dan bermacam-macam lagi cendol. Semuanya menyejukkan badan dan sedap-sedap belaka. Kombinasi santan, air gula melaka, ais kisar dan cendol memang terbaik Dan menghasilkan rasa yang sangat sedap. Never say NO tu cendol.


Top Food Delivery - FOODPANDA


Sedapnya makanan Malaysia, kan. Mama memang berbangga duduk di Malaysia kerana bukan saja 5 makanan di atas ni je yang korang patut rasa, banyak lagi makanan dari pelbagai budaya dan bangsa yang kita patut cuba. Kebanyakan makanan ni lebih mudah didapatkan dengan adanya DELIVERY MALAYSIA dari FoodPanda. Untung kita tak payah pergi ke kedai, makanan tu yang datang kepada kita. Mudah, bukan!


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

14 Comments

Words of wisdom

  1. dah lama juga xmakan ramlee burger dan cendol....

    ReplyDelete
  2. Senang kan kalau ada delivery macam nie kan..

    ReplyDelete
  3. Memang wajib sangat dah ni... paling best pun iya

    ReplyDelete
  4. inilah keindahan Malaysia atau yang ada di kuala lumpur. makanan simple je, tapi sedap ya amat kan

    ReplyDelete
  5. betul2 top 5. semua nyer memang favourite.

    ReplyDelete
  6. Nak pilih yg mana yeak.. Semua favourite ni.

    ReplyDelete
  7. sekrg ni senang nak makan, semua dihujung jari je
    tekan2 sampai ke rumah makanan. huhuh

    ReplyDelete
  8. Seronok duduk mlysian Kan byk makann sedap apatah lagi Ada service oenghantaran lagilah mudah

    ReplyDelete
  9. Ok semua tu ana suka makan. Burger ramly tu burger lejen kan. Sekali sakal makan rasa nikmat woo. Hehe

    ReplyDelete
  10. Semua tu memang wajib rasa dan semua sedap!

    ReplyDelete
  11. rindu nasi lemak masa duduk kat putrajaya dulu.. sedap..

    ReplyDelete
  12. Cendol tu memang favourite evee after tau.. Sedapnya cendol

    ReplyDelete
  13. best nya.
    da lama tak beli burger ramli.
    nasi lemak? sgt la wajib makan di KL.
    bandar pun dihidupkan dgn nasi lemak :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post