Semasa mama sekeluarga bercuti di Bangi Resort Hotel [ boleh baca sini ], malam pertama tu kami makan di restoran Mohd Chan yang berdekatan. Pada malam kedua pula kami tak tau nak makan kat mana. Jalan sana, jalan sini beberapa kali kedai yang kami nak pergi tu tak buka. Last-last kakak ipar mama suggest pergi Dinner di Homst Recipe Chinese Muslim Restaurant Bandar Baru Bangi je.
Baca juga link di bawah..
- Bercuti 3 Hari 2 Malam Di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi Selangor
- First Time Minum Brown Sugar Boba Milk Di Xing Fu Tang
- Makan Nasi Kandar Melayu di Restoran Nasi Kandar Melayu Apollo @Railway Kajang Selangor
Menu Pilihan di Homst Recipe Chinese Muslim Restaurant Bandar Baru Bangi.
Ayam masak apa tah ni haha tak ingat pula mama nama dish ni
Kuey teow kungfu
Mama tak ingat ni nasi Goreng apa. Ayah Syafi order Nasi Goreng petai tapi x pasti lah yg ni atau tak.. Rasanya macam bukan. huhu sori post terperap lama ginilah hasilnya
Sayur ni di racik dan di masak. Memang rare tapi sedap tau
Kuey teow goreng untuk mama. Sedap
Claypot Yee Mee.
Macam biasa mama mesti akan order nescafe dan ternyata x rugi mama order. Sedap sangat nescafe sampai buat mama termimpi2 tau. Terasa nak tapau tapi perut dah penuh la pula takut overdose.
Ayam pandan favorite Syafi
Teh cina. Panas dan menyegarkan. Tak habis pun mama minum share dgn ayah Syafi. Banyak seteko ni
Menu Dan harga Homst Recipe Chinese Muslim Restaurant Bandar Baru Bangi
Air dan dessert..harga standard kan
Fried rice
Harga menu ikan
Harga egg Dan lala
Harga chicken Dan beef
Keadaan dalam kedai
Pengalaman Dinner di Homst Recipe Chinese Muslim Restaurant Bandar Baru Bangi
Mama puas hati dengan servis yang pantas eventhough masa tu tengah padat dengan orang. Environment tempat ini selesa dan tenang je. Makanan kat sini juga sedap-sedap. Tempat bersih dan staff sentiasa mesra melayan kerenah kami. Recommended sangat korang ke sini...Untuk maklumat lanjut boleh refer di bawah//
Homst Recipe Chinese Muslim Restaurant
Alamat: Bangi Gateway, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, SelangorWaktu perniagaan: Dibuka setiap hari dari 9:00 pagi hingga 10:00 malam
Telefon: 03-8912 8760
Tags
FOOD
wow... menarik tu... Teman nie jarang ke area Bangi... Nanti la, kalau ada rezeki ke sana, boleh la singgah...
ReplyDeletedana pernah makan kat kedai ni masa hantar adik daftar kt UKM aritu, mmg sedap dan cepat servisnya... memang teringin nk try lagi kalau ke sana...
ReplyDeletesume nmpk sedap dan harga pon boleh tahan.. hihikk
ReplyDeletedulu penah makan restoran chinese muslim kat puchong tapi tak kena selera. mungkin sebab masa tu sebab tengah alahan mengandung. huhu
ReplyDeleteIni kalau jalan2 ke selangor tak tahu nak makan apa bagus ni. ^^
ReplyDeletetak berapa minat sgt chinese food tapi tengok makanan dia nampak sedap, harga pun boleh tahan..
ReplyDeleteSemua nampak sedap tu Adda.. kalau makanan sedap, tempat selesa, layanan bagus harus lain kali datang lagi kan Adda..
ReplyDeleteBangi memang banyak tempat makan sedap. Tapi yang ni saya tak cuba lagi
ReplyDeleteNampak sedap semua menu tuh kak. Makanan cina memang favourite saya. Dekat Bangi ni kira tak jauh manalah, bolehlah saya terjah makan dekat sini nanti
ReplyDeleteNampak sedap2 semuanya
ReplyDeleteDekat Bangi Gateway rupanya. Okeh nanti boleh try sebab sha memang suka masakan cina muslim 😊
ReplyDeletetuari ade gak wak jalan2 gateway mall nih.. :p
ReplyDelete3-4 bulan lepas memang ammi teringin sangat nak makan chinese food. gi sini full house sungguh. masa tu jam pun dah pukul 8.30 malam lebih. kalau nak tunggu meja untuk 5 kang pukul brapa gamaknya nak dinner...makanya ammi pun telah liur jelah gi makan kat kedai lain.
ReplyDeleteMasa mama pegi pun ramai betul org. Aloo kesiannya dia telan air liur je
DeleteMenu sayur tu memang rare dan nampak menarik kak. Boleh lah cuba kalau ke bangi nanti.
ReplyDeleteRabia tengok nasi goreng tu nampak sedap..Rabia kan hantu nasi goreng
ReplyDeleteSedap-sedap semuanya.. Tang sayur tu je musykil dan teringin nak rasa.. hehehe
ReplyDeleteboleh tahan juga harga dia. tapi kalau sesekali apa salahnya. sedap gak tengok menu2 yang mama share..kuew teow kungfu, my fav.
ReplyDeleteWalaupun resyiran Chinese muslim.gapi makanan kat sini semuanya sedap yg tau
ReplyDeletenampak sedap-sedap belaka makanannya...paling saya suka kalo restoran cina muslim ni, nasi goreng cina dia mesti sedap!
ReplyDelete