Sejak renovation inilah pertama kami pergi Makan di Nasi Lemak Panas Jalan 223 Petaling Jaya Selangor yang Berwajah Baru. Kebetulan kami baru balik dari jenjalan di KL semasa cuti sekolah aritu. So, on the way balik terus decide nak makan kat sini. Craving gitew hihi.. Untuk post tentang nasi lemak panas Jalan 223 PJ sebelum ni boleh refer post mama http://www.mamapipie.com/2018/01/nasi-lemak-panas-medan-selera-jaya-223.html. Sebelum tu minta maaf banyak-banyak ada post giveaway yang mama tak sempat lagi nak terjah.. Sesiapa yang belum join tu silakanlah join ye. Kalau ada masa nanti mama sambung singgah entry penyertaan korang..
Nasi Lemak Panas Jalan 223 PJ Berwajah Baru
Nampak semkin cantik, kemas dan proper ruang makanan open air ni. Mama lihat skrg dah x macam dulu. Dulu sampai atas pavement pun di letak meja. Sekarang lebih proper
Menu Pilihan Nasi Lemak Panas Jalan 223 PJ
Inilah menu yang kami order arituNasi Lemak panas favorite kami.
Air kami anak beranak. Nescafe sedap,carrot susu yg bagus untuk mata dan barli ais
Cheese naan meleleh. Saiz dia mcm kecil sikit tapi rasa sedap
Otak otak sedap. Walaupun Ada 2 kedai tapi keduanya pun sedap
Beli Nasi lemak biru sebab masa ni yg merah baru nk buka. Kat sini ada 2 Nasi lemak panas iaitu yang Biru dan Merah. Nasi lemak biru ni manis dan pedas. Nasi lemak merah pula kurang manis dan pedas gak. Mama lihat ramai yang suka nasi lemak Merah.
Tengok tu, nasi lemak merah belum buka tapi org dah beratur panjang tau
Nampak makin cantik dah bahagian dalam ni
Mama suka makan kat sini sebab servis memang cepat. Belum duduk tapi dah kena hurung dengan tukang2 yang ambil order. Masing-masing nak promote menu memasing. Walaupun ramaiorang tapi servis sangat laju.. Harga pun sangat berpatutan..
sedapnya kak, lepas tu terliur nengok otak-otak tu... rasa dah lama lak tak makan otak-otak nih...
ReplyDeleteJommdana.. lepak2
Deletebaca pun dah terasa nak pi. kalau lah ada kereta terbang. huhu :P
ReplyDeleteAlolo.. umi duk manatu? Jauh ye
DeleteMasa study kat UM dulu selalu gak supper kat sini dgn kwn2 sekolej. Konvoi ramai2 naik motor Honda C70 je dlm kul 11 malam. Tu masa awal 90an la. Kenangan terindah zaman muda-mudi
ReplyDeleteMasa mama.kat um mama xtau Pula tempat ni. Selalu makan kat SEK 14 je Abam. Dgn suka nasi goreng ayam Di central market
DeleteWah menarik nie Adda, teringin pulak nak rasa cheese nan tu..
ReplyDeleteNasi lemak tu nampak menyelerakan
ReplyDeleteMasa belajar dlu selalu lepak ngn ex kat sini makan nasi lemak.. Hukhuk.. Sbb dekat ngn UM..
ReplyDeleteWow aisyalieza dulu um juga ke. Batch tahun berapa? Faculty apa
Deleteunik betul ada pilihan warna. Tapi kalau saya yang blur mesti ingat merah tu yang pedas
ReplyDeleteDua dua pedas Di gelak mama sal.. tapi yg biru tu lebih manis
DeleteKalau ana prefer nasi lemak merah kak. Baru puas makan bila pedas. Hehe
ReplyDeleteSama dgn ayah Syafi la ana ni.. boleh geng
DeleteWah.. ada cheese nan.. sedapnya.. lama tak makan..
ReplyDeletecheese nan tu sedappp
ReplyDeleteBila ada cheese nan tu kan kak terus saya tak pandang nasi lemak tu dah.. Hahaha dak Mimi pantang tengok menu ada cheese ni
ReplyDeletedapnya tengok menu nasi lemak tu. cheese nan tu pun menggoda.
ReplyDeleteSebenarnya as satu menu lagi Kami order iaitu sup.kambing tapi mama X tepek sebab malas nak korek.gambar hikhik
ReplyDeletenampak sedap gak nasi lemak dia tu..
ReplyDeletelama benor aida tak ke PJ ni.
ReplyDeletedulu kala gi sebab abg ipar dok sini.
now dah lama pindah subang bestari.
menu ohsem semua tu, mamapp.
menarik.
yg menangkap minat aida always that gojes nasi lemak :)
telur goreng nyer tu hah...